Koko Lemak Berkrim

Pagi-pagi saat saya membuka pintu mahu pergi ke kerja, seekor anak kucing berwarna krim, bertelinga dan berhidung coklat berada di dalam grill pintu rumah.

Saya tertanya-tanya, dari mana kucing comel yang kurus di tingkat sembilan ini.Saat saya membuka pintu gril dia mengekori saya ke dalam lif.Di dalam lif dia dia kelihatan resah.Saat lif sampai ke bawah, saat saya keluar dari lif, dia seperti teragak-agak mahu keluar.Dia takut pintu lif tertutup, lantas saya terpaksa mencapainya dan meletakkannya di luar.

Kucing itu sangat comel, dan saya mahukannya.Sangat kasihan sebab kurus, tapi saya sudah terlewat kerja, jadi saya berjanji pada diri sendiri.Jika waktu petang, saya jumpa kamu lagi, saya akan bawa kamu balik ke kampung.

Sepanjang ofis, ditimbuni dengan kerja yang bertimbun, sayaasyik  terfikir fasal anak kucing itu.Nama yang sesuai mungkin si Koko Lemak Berkerim, atau Creamy Cocoa.

Waktu petang saya melilau mencari di sekeliling apartment.Jenguk di bawah kereta, tapi belum berjumpa.Akhirnya saya penat dan naik ke atas dalam keadaan hampa.Mungkin si Koko Lemak Berkrim itu bukan ditakdirkan untuk saya.:(

Comments

Popular Posts