Murtabak

Jiranku dengan baik hatinya memberikan murtabak sorang sebungkus kat kami.

Tapi Unid sudah kenyang.Dah pukul 10 pm lebih, memang la murtabak tu wangi, panas dan ummpphh.Tapi perut ni kalau disumbat mesti pecah.Perut unid takleh masuk banyak-banyak.Old machine!

So simpanlah buat sahur...uppss.. breakfast. Makan lebih kurang pukul 7 pagi (exception untuk perempuan sahaja). Bau dia still ok, nak dibuang sayang so makanlah.

Lebih kurang pukul 9 pagi di office.Kepala pening semacam, rasa berputar.Nak muntah! Bwweekkkk...
Lebih kurang dua kali unid muntah, keluar murtabak.

Selama ni unid sahur roti , kurma ngan susu tak pernah muntah.Rasa cam bertahun tak pernah muntah.Haih..muntah memenatkan ditambah pula kat office.Kalau kat rumah surela tidur tak sedar dunia, di bawah jagaan ibu tersayang.

Tapi tulaa, kalau makanan beli ni, memang tak tahan lama.Cepat basi.So natijahnya, kalau rasa nak basi atau rasa was-was tak payah la makan.Kalau tak muntah, cirit birit dan sebagainya.

Tepon ngadu kat emak, emak cakap "Perut tu kosong.Tu la kurang makan."

Eh..selama ni makan sikit tak pernah muntah, tiba-tiba makan banyak muntah pulak.

Comments

Popular Posts