Jambatan Pulau Pinang
Malam Ahad, selepas berbuka sepatutnya saya balik ke Penang tapi ntah kenapa hati jadi takut and was was.
Setelah mendengar pujukan emak dan adik, saya memutuskan untuk bertolak ke Penang keesokan paginya.
Pagi Isnin, sesudah Subuh saya terus drive.Jalan dari kampung sudah sibuk.Pekerja-pekerja kilang sudah mula keluar.Semoga Allah merahmati kita yang mencari rezeki yang halal.
Pukul 7, saya sudah sampai ke simpang masuk ke Jambatan Pulau Pinang.Jammmmm..hish teruk benar ni.Lane kanan pula yang jam.Rupanya depan ada accident melibatkan tiga buah kereta.Kereta yang tengah-tengah tu la teruk, depan belakang kena.
Kemudian selamat masuk tol , tapi jalas atas jambatan sungguh slow.Rupanya dekat tengah jambatan tu ada juga accident.Yang saya nampak dua buah kereta.Perjalanan diteruskan lagi.
Sungguh slow walaupun dua buah accident yang saya nampak sudah berlalu.Hampir sejam kami stuck atas jambatan.Banyak tekan brek dari dari tekan minyak, kereta auto tak perlu tekan minyak pun- angkat brek automatik kereta jalan sendiri dengan slownya.
Dengan kereta polis lagi mencelah di atas jambatan yang macam sardin tu.Humm...kekadang datang juga imaginasi yang menakutkat, bayangkan kalau Tuhan hantar tsunami ke, habislah kami di atas jambatan.
Rupanya betul-betul di pertengahan jambatan tu ada eksiden.Pegawai peronda kelihatan sibuk.Saya nampak body yang ditutup dengan kain putih di lane kiri.Cuma yang terdedah kaki sahaja.Rasanya mayat penunggang motosikal.
Dari Allah kita datang, kepada Nya kita kembali.Siapa tahu pagi yang kita rasa indah ini, ada orang yang menangis sebab kematian.Ntah bila giliran kita pula.
Kepada pengguna jalan raya, berhati-hati dan berdoalah.Semoga Tuhan melindungi kita dari kecuaian, kelalaian dan juga menjadi mangsa samseng-samseng jalanan.
Nota : Pagi Isnin tu, Alhamdulillah saya sampai office pukul 8.15 walaupun kelihatan banyak halangan
Comments
Post a Comment