Monday, June 18, 2012

Ironi?


Budaya yang biasa...

Contoh 1
Luar biasa jika anak perempuan tidak diajar memasak, bangun awal, mengemas rumah, malah berkebun.

Biasa jika anak lelaki tak tahu buat kerja rumah, jangan kata kerja perempuan kerja lelaki seperti membersihkan laman rumah kalau anak lelaki tak nak buat pun tak jadi kontroversi.Malah biasa untuk anak perempuan disuruh sediakan semua untuk anak lelaki,walhal anak lelaki bangun ...nonton tv, main bola.

Bila ditanya..'Biasalah lelaki..'.Kalau perempuan sudah jadi umpatan dowh.

Contoh 2
Biasa jika ibu bekerja, dengan duit kerja tu lah banyak keperluan rumah di support.Balik kerja, memasak , mengemas... jarang ibu bekerja skip kerja rumah.

Luar biasa ada bapa yang rajin memasak , membasuh dan mengemas.Kalau ditanya kenapa...'Lohh..itukan tanggung jawab perempuan'.


Contoh 3
Pong pang pong pang label perempuan yang tak menutup aurat murahan.Tapi jika ada isteri bertudung litup, perempuan seksi masih dijeling.Jika ditanya..dijawab 'Rezeki...'

Malam-malam pula surfing porno, fikir-fikirkanlah.

Contoh 4
Kalau lelaki merokok...walaupun rokok itu haram.Itu biasa.Cuba kalau perempuan merokok, mintak simpang dijadikan isteri, doanya

Contoh 5
Kahwin 4 itu sunnah yang digembar gemburkan.Tapi bila disuruh adil bising.Silap haribulan isteri dimaki hamun.Solat...puasa ... tepuk dada tanyalah iman.

Contoh 6
Jika perempuan buat list... untuk calon idaman dikatakan cerewet.

Kalau list lelaki... cuba lah check facebook ke memana mesti banyak ciri-ciri perempuan solehan lagi banyak dihebahkan daripada ciri-ciri suami yang dihebahkan.

Contoh 7
Bila nak masuk meminang anak orang... marah sebab apalah perempuan nyusahkan nak hantaran tinggi.

Tapi bila anak sendiri dipinang... pandai pulak buat alasan untuk mintak hantaran tinggi-tinggi.Sudah jadi bapa, bukankah anda sudah ada kuasa untuk mansuhkan hantaran?Kebanyakan hantaran tidak diputuskan oleh si anak, tetapi ibu bapa.[Adakah anak pompuan state dia nak hantaran berapa berapa?Tak nah jumpa lagi la takat ni.]

No comments:

Post a Comment