Flash back 2012

Assalamualaikum [Peace be Upon You]

Dah berlalu 2012.Rasa macam baru ja sebulan dua , cepat sangat masa berlalu sekarang ni.

Well, unid nak flash back a few things yang terjadi dalam 2012.Moga-moga unid menjadi orang yang bersyukur.

Menjahit
Unid masuk kelas jahitan.Dah hampir complete semua class cuma tinggal satu class je lagi.Alhamdulillah, Unid berjaya menjahit beberapa helai baju kurung dan one of it for my mom.Emak unid banyak complaint tapi at last it turn up to be her favorite baju kurung.Well done for me.Unid ingat lagi, masa pagi raya emak menjerit bila unid jahit cangkuk kain terbalik.Tapi boleh la pakai :).Selain tu, unid jahit simple curtain sempena adik unid kawin.Tak adalah cantik sangat tapi jimat cost.:)

Unid juga dah beli mesin jahit portable, brand singer. :)

Rumah
Alhamdulillah, tahun 2012 adalah first time kami sambut raya di rumah yang agak okay dibandingkan dahulu.Dahulu tak ada tandas yang selesa, tak ada sinki basuh pinggan dan dapur yang selesa.Bocor sehingga kadang-kadang terpaksa guna payung di dalam rumah.Timba, besen terpaksa disediakan bila hujan lebat.Bila angin kuat rasa sangat takut, takut rumah terbang dibawa angin.

Tahun 2012 , rumah dibaiki.Walaupun tak sebesar mana tapi sudah ada dapur dan tandas yang selesa.Mungkin boleh diperbaiki lagi di masa hadapan, tapi bukan sekarang.Nak dapat yang satu ni pun seksa.So sekarang rasa sangat bersyukur dengan apa yang ada.

Kenduri kahwin
Tahun ini angah kahwin, and unid dapat adik ipar.First time kami buat majlis di rumah semenjak unid tinggal kat sini.Sebelum ni kami tak pernah buat kenduri kendara.Penat buat kenduri rupanya, banyak benda yang perlu difikirkan.Alhamdulillah kami sekeluarga dapat buat kenduri ni, walaupun tak adalah semewah mana.Just cukup kan syarat kenduri.Makanan cukup, orang yang datang kenyang siap boleh tapau lagi.ALHAMDULILLAH.

Moga-moga perkahwinan adik unid kekal sampai ke syurga.Amin

Emas
Unid berjinak-jinak membeli emas sekarang ni.Sebelum ni unid tak ada barang kemas.Jika ada pun digadai emak untuk keperluan kami sekeluarga.

Sekarang nak kumpul balik, bukan semata-mata kumpul tapi niat mengikut sunnah.Kalau boleh biarlah sampai unid layak memberi zakat emas.

Dalam tahun ni juga, unid hilang rantai tangan.Yang paling malang, unid cuma sedar selepas beberapa hari hilang.Sedar pada suatu pagi saat unid memegang stereng kereta, so it become untraceable. Tapi tak apa, Allah akan ganti yang lagi baik.Kecewa tu memang kecewa, tapi kita kan mempunyai banyak nikmat lain yang perlu disyukuri dari yang perlu ditangisi.


Kereta
Si Ceri ni agak manja tahun ni.Unid tak salahkan dia, unid agak abaikan dia sejak berpindah di Penang.Jarang dibasuh dan sentiasa kotor.

Dalam masa sebulan dua kejadian tayar pancit. Mula-mula kat depan , kemudian beberapa minggu lepas tu tayar belakang.Dan akhirnya kena tukar keempat-empat tayar.RM RM mana mau cari.

Baru ni, windscreen retak.Well it caused by clumsy lorry.Ianya buat unid terfikir, kadang-kadang kita tetap ditimpa kemalangan walaupun kita sudah cukup berhati-hati.Unid followed lori tu jauh.Anggaran dalam empat buat kereta boleh muat di hadapan unid, tapi setakat itu sahaja yang unid boleh jauhkan.Jika unid jauhkan lagi, unid mungkin dipenyek oleh lori lain yang mengekori belakang unid.

Nasib baik juga unid apply windscreen insurance.Walaupun menghadapi masalah membuat laporan polis, tapi akhirnya unid berjaya claim tanpa menggunakan laporan polis.Hikmah dari kemalangan ini, unid berjaya mendapat geran original dari bank. :)

Samsung Galaxy  S3
Well, unid tutup tahun 2012 dengan membeli handphone yang costnya almost RM2k .Unid tak beli guna package dari syarikat telekomunikasi.Well, hutang perlu dihabiskan secepat mungkin ya Unid.

Handphone unid Nokia E66 sudah berkhidmat selama hampir 4 tahun.S3 adalah handphone keempat dalam hidup unid.I like it.Hopefully, ianya akan menolong unid menjadi lebih productive untuk tahun-tahun yang mendatang.


2012 yang bijak.
Mungkin banyak lagi yang terjadi di dalam tahun 2012 yang unid lupa nak tulis.Tapi yang penting, tahun yang lepas mengajar banyak perkara.Kadang-kadang kita tak akan dapat apa yang kita nak, tapi kita akan sentiasa dapat apa yang kita perlu.KEHENDAK dan KEPERLUAN adalah berbeza kan? Deng! Teringat kelas ekonomi dulu-dulu. :P



Comments

Post a Comment

Popular Posts