Saturday, April 12, 2014

Restoran Cergas??!!

Baru-baru ni member unid bawak pi makan satu restoran ni.Before pi makan dia dah bagitau yang restoran ni ramai orang, sedap and bla..bla..(ayat puji pujian). Tapi bila dengar dia sebut nama restoran,unid jadi terpikir banyak kali,FYI member unid ni cina.

"Around Bayan Lepas, the restaurant name is Cergas.'

Cergas??Untuk restoran cam tak sesuai jer nama tu.Pastu unid syak mesti member ni salah sebut.

Takperla...cool ,so kita orang pun pi la.Restoran ni dekat area Bayan Lepas dekat dengan airport.Nak cari parking agak susah.Once dah settle,dia pun tunjuk kat unid restoran tu.

-RESTORAN CARGAS-

Memangla member unid salah sebut Cargas jadi Cergas tapi...adakah cargas ejaan lama bagi perkataan cergas?Berfikir lagi.Bila masuk restoran tu, punya la ramai manusia tak kira bangsa beratur.
Pakat nak amik nasi pastu pilih lauk.Hah...beratur la kami.

Unid amik gulai ikan pari(seumur hidup ni la first time makan ikan pari masa gulai), sotong , sayur cendawan,sayur bayam, pastu isi lala goreng ke(tak sure,tapi bukan kerang).Banyaknya compare dengan member yang just amik dua jenis lauk.Pastinya depa amik ayam goreng dan unid tak amik.Oh, plus air oren unid kena charge rm10.50. (T-T) Banyaknyer unid makan.

Masa dok makan tu masing masing dok perati logo restoran tu.

Unid rasa yang bulat tu bukan jam, sebab jarum dia tak cukup 12.

Dia pun kira gambar jarum yang ada kat logo tu.
Yala..tak cukup 12 jarumnya.Dia pun setuju la dengan unid.

Kami sama-sama berfikir apa makna logo tu, sekali unid datang dengan idea.
Mungkin betul nama restoran ni CarGas (Gas Kereta) sebab bentuk logo bulatan dengan jarum tu boleh jadi gas measurement.Dia pun -'Yala.. boleh jadi betul.'


Wah...seronoknya kami bila jump to the conclusion.Walaupun serious tak logic.Apa kena mengena gas kereta dengan restoran??Atau lebih tepat mungkin angin kereta?

Beberapa hari kemudian, unid dinner seorang member ni.So unid pun bercerita pasal restoran ni and nama dia yang pelik.Sekali member unid gelakkan unid.

.
.
.

Memang maksudnya lebih kurang sama dengan cergas.Tapi makna dia boleh jadi macam rushing atau cepat.Contoh rushing serving food,rushing eat.
'Cargas cargasla bila hidang tu.'Ayat buatan sendiri tah betul atau salah.

 Sampai sekarang unid tak jumpa lagi rujukan yang jitu tentang makna cargas. Tapi pastinya kereta gas bukanlah makna nama restoran tuh.Jenuh jugak unid kena gelak.(T-T)

Nota:Pesanan member unid, next time you should try their fried chicken.

No comments:

Post a Comment