Pengganti John

Okeh... penat troubleshoot javascript ni.Belum lagi nampak cahaya, blur saja.Mehla update blog jom.

22 April 2014 Unid terbeli ikan laga.Terbeli sebab memang tak fikir nak beli pun hari tu.Memang ada berangan nak bela ikan kat office macam dulu-dulu.Tapi tak pernahnya tekad nak beli.

Hari tu masa temankan member pi bank, unid singgah satu kedai ikan ni.Saja usha-usha sebab boring tunggu member settlekan urusan bank.Lepas dia settle, kitaorang pi makan area situ.

Then dah masuk kereta nak balik office,tiba-tiba jer unid cakap,'Rasa cam nak beli jer ikan tu.'

'Beli jer la.'

So terus masuk balik kedai tu dan pilih ikan dan segala keperluan berkaitan.Ikan laga lah yang paling sesuai dibela di office setakat yang unid tau.Sebab tak perlu space besar, tak cerewet, dan yang unid suka sebab dia aktif.Teringat ikan lama unid nama John, nak dekat dua tahun unid bela dia(2 tahun tu termasuk tempoh masa dia bukan hak milik unid lagi).Bila tuan dia resign, dia bagi kat unid.Tapi tak tau mati sebab apa, hopefully ikan yang kat office baru ni panjang umur lebih lagi.

Nah layankan picture-picture officemate unid yang baru.Nama masih lagi dalam pertimbangan.Nak letak nama John sama macam ikan dulu tak boleh sebab ada manusia nama John kat office,kang konflik pulak.Bleu Tiger or Baby Blue or Bleu Fin or Blurry Blue adeh...tatau nak boh nama apa ni??

Pokok tu bukan plastik ya.

Ring tu adalah dari botol Spritzer.


Letak batu, tapi temporary sampai jumpa batu lain.Sebab?Batu tu bukan hak milik saya =)

Ikan rm6 , tank rm 15 , anti chlorine =? ,pellet=? .pastinya total rm25


Kadang kadang pi letak cermin dekat tank, saja nak bagi dia marah.



Bila marah semua jadi kembang.Lawa kan..tapi takleh lama-lama sebab nanti stress.
Bila dah mula bela ikan, maka rajin mencari pengetahuan pasal ikan ni.Ni antara web yang unid rasa menarik BettaCare101.Mula banyak tanya kat sesiapa yang ada experience.=) . Kan, bertambah pengetahuan.

Yang bestnya, bila boss nampak dia cuma pesan,
"Jangan buat satay fish sudahlah ye."

Comments

Popular Posts