Gaji
'Dalam semua semua gaji kita paling sikit.Kita rasa rendah diri'
Sedih aku dengar.Ini semua gara gara seorang malaun sibuk bagitau and bertanya gaji orang.Dengan alasan, ala nak tau jer...kita kan kawan.Yela...kalau nak tanya gaji orang kena bagitau gaji sendiri dulu kan.Kemudian ditakdirkan cerita gaji engkau paling tinggi, and check check ada pula yang paling rendah.So bila dah segroup tau estimate gaji semua orang, agak agak orang yang bergaji rendah tu nak rasa happy ke?Tambah pula umur lebih kurang sama.Serius cilaka bila unid fikir balik.
Ini yang membuatkan aku tak pernah rasa nak reveal or menyibuk hal gaji baik bonus dengan orang.Jangan kata bagitau, ambil tau gaji or bonus orang pun aku tak ingin.Kalau ada gak malaun nak menyiasat aku tipu jer(nasiblah).Bukan unid punya style nak menyibuk hal gaji bonus orang.Cukuplah apa yang unid dapat, kalau unid rasa kecik unid bagitau bos.Kalau unid rasa cukup unid dok diam diam.
Dulu masa muda muda dapat gaji ciput selepas setahun kerja , ada seorang dak baru fresh grad sibuk figure out gaji staf.Lepas tu nak compare compare.Boleh tak diam...kau rasa gaji kau sikit kau mintak dengan bos plus mintak sekali upkan gaji kengkawan kau tanpa perlu kau annouce gaji kau kat semua staff.
TOLONG JANGAN SHARE JUMLAH GAJI KAU TAK KIRALAH KAU PALING TINGGI ATAU RENDAH...LEPAS TU INSIST SEMUA ORANG SURUH SHARE GAJI.
Sebab?seumur aku idup aku tak pernah jumpa lagi suasana yang membuatkan kau aman bahagia bila kau share gaji kau.
- kalau gaji kau tinggi tapi kau sibuk sibuk check gaji orang kebanyakannya yang aku jumpa bukanlah terdiri dari orang yang rendah diri.
- kalau gaji kau sikit tapi kau sibuk sibuk check gaji orang lepas tu mulalah kau nak compare kerja , and audit segala.kau takleh tengok orang gaji besar duduk saja, mulalah kau nak kutuk.
Zaman tok kaduk dulu, ada seorang senior staff pesan .
Is there any point telling everyone that your salary is 15k, 20k while you know not many people surround you not earn that much?
Setakat ini yang tanya acah acah tu bukan yang nak tolong upkan gaji jer ke apa.Even dengan famili pun unid tak pernah reveal true salary sebab?Ada adik ipar duai sepupu sepapat dan banyak lagi yang unid rasa tak bagitau lagi baik dari bagitau.
Nak sedekah tak perlu check gaji ke tak.Nak zakat perlu , so bagitau pihak zakat jer dan juga bahagian percukaian.Yang lain lain tu tak perlu, melainkan kalau ada sesiapa nak offer naikkan gaji unid lepas unid bagitau hahahh =)
Nampak benda ni kecil kan?Dalam kita dok seronok kita gaji besar kita terlupa nak jaga hati orang gaji kecik.Tapi bila tiba tiba bila orang sebaya kita dapat gaji lebih dari kita, mulalah kita nak audit dia pula.
Melainkan kau tak pernah reveal tapi orang nak tau jugak.So yang itu biarkan jer, yang sengsara orang yang jadi penyiasat persendirian tu.
Kelakar bila orang cakap, I gaji tinggi sebab I usaha keras,dulu I susah.So padanlah dengan kerja I.
Hello...pakcik tua yang berhempas pulas kerja non stop kat construction area.Ada dia dapat gaji setimpal?Tentera yang masuk hutan sampai bengkak bengkak kaki, tu tak termasuk bila berperang macam nak rak bila tua end up jadi driver taxi.Tak boleh nak merasa hidup senang.So boleh kau kata you deserve it?
If you think you really deserve it, yes you deserve it.Tapi please dont act like orang gaji kecik semua pemalas.Ingat rezeki Allah boleh tarik kejap jer.You never know other people background but you do know yours.So be thankful.
Paling sedih dalam dok ek ek gaji tinggi , orang yang gaji rendah tu pula yang banyak menyumbang dan menolong orang.Macam naik mercedes , kereta besar tapi naik sorang sorang.Gunanya untuk kau seorang.Beza dengan orang naik kereta kecik, tapi kereta tulah ramai orang naik, tolong orang sana sini.
Nak hati bahagia, pandai pandailah simpan rahsia.
Bye
Comments
Post a Comment