Gusi berdarah...

Gusi berdarah...rasa macam berbulan bulan gusi berdarah.

Kau rasa gusi kau sensitive so kau tukar berus gigi yang paling lembut.Tetapi still berdarah.Lepas tu kau survey pulak ubat gigi, dek kerana takut hilang gigi lepas tengok iklan.Tapi gusi kau berdarah jugak.

Kau pun start pantang;tak nak makan gula... gosok slow slow.Still berdarah.Mulalah mencari petua di internet.Oil pulling, maka berkumur la kau dengan minyak kelapa.Rasa best , tapi gusi kau still lagi berdarah.

Last last ditakdirkan kawan kau ajak kau pergi klinik gigi.Dia nak dapatkan rawatan dan alang alang kau pun buat sekali.Doktor buat cleaning, beberapa tempat perlu ditampal.Padan muka, makin lama tak jumpa doktor gigi makin banyak kena tampal.

Masa doktor suruh kumur, keluar darah.Kau pun bertanya,
 "Doktor, kenapa gusi saya berdarah everytime saya gosok.Gusi sensitif ke?"
 "Ohh, bila ada plak memang akan berdarah bila digosok sebab inflammation.Tapi jangan takut, terus gosok bagi bersih dan jangan lupa floss."

Balik rumah biasalah berdarah.Especially sebab baru lepas cleaning kan.Terus menggosok dan start floss.Siap cari kat youtube how to brush and floss your teeth.Seriau jugak memfloss tapi gigih juga.Dah tua bangka baru nak belajar gosok gigi . =')

Tahu tahu lepas dua hari takde darah.Sekarang dah almost tiga minggu langsung tak berdarah.Macam mimpi saja.Eh,gigi aku cam tak biasa berdarah saja. So, jika gigi anda berdarah...cepat cepat jumpa dentist kasi cuci.Adalah plak yang berkarang, lepas tu gosok and floss betul -betul.Kalau gigi bersih tapi still berdarah sila rujuk doktor.

Comments

Popular Posts