11 Perkara yang unid ingat tentang 2016

Wah cepatnya masa berlalu.Tak sedar diri makin tua[baca:perlu ke nak perli perli?]Here beberapa pengalaman yang tak dapat unid lupa sepanjang 2016.

#1 Start menulis journal
Journal yang hardcopy;guna buku dan pen.Bukan online such facebook,blog etc.Unid start dengan 5 minutes journal method.Kemudian improvise ikut suka hati sendiri.Belum lagi berdisiplin untuk tulis,lukis,doodle [baca:sukahati] tiap-tiap hari.Percaya atau tidak- harapan mimpi yang kita tulis akan menjadi kenyataan.Itu cara kita set our mindset rupanya.Jadi belajar untuk tulis perkara perkara baik, kalau tak baik pun tulis dari positif perspective.
Yang cekelat tu travel log, yang pink tu 2016 log.

#2 Tukar kerja baru, pindah balik KL.
Saat semorang nak balik and duduk dekat kampung, unid ambil tindakan drastik.Mungkin suka mencari penyakit.Terlampau selesa sampai bertanya kat diri sendiri, apa yang aku nak buat lepas ni tapi blur.Hingga suatu hari tergerak untuk challenge diri sendiri.Lagipun adik adik dah besar, semua terjaga dan berdikari.So inilah masanya untuk unid 'melompat lebih tinggi'.

#3 Dah sampai London
Walaupun atas urusan kerja, tak sempat nak explore bagai tapi at least dah pergi.Alhamdulillah.Yay.Musim sejuk, takde salji - I was like walking lollipop.Bulky, so kita letak gambar tasik la yer instead of me.
Royal Park.I missed those squirel.Cantik pula pic yang unid capture ni.

#4 Kena block dengan immigration due to PTPTN
Okay, bayar PTPTN betul betul ya.Kalau bayar ala kadar , tak cukup peratusan nanti kena blacklisted.I took that as experience,my fault nyway.

Yang paling best,unid tak panik, tak nanes pun.Tenang jer unid bagi tau dekat pramugari to postpone the flight.Kalau unid nanes, burnt duit company.Mujur open tiket.Itu bezanya bila company guna ejen.Memang tiket mahal tapi boleh ditunda mengikut keperluan.Mahal sebab nak jaga kepentingan company dan juga airline.Kalau tiket sendiri-- alamatnya alta la vista babeh.

Tips: Jika ada luggage check in, dan anda diblok dari fly, cepat cepat uruskan bagasi.Jika tidak, nanti bagasi anda meninggalkan anda keseorangan di sini.Tahu tahu jer anda dapat pic selfie.=)

#5 Travel ke Japan
Kenangan tak boleh lupa,tak tidor malam study itenary.Belajar to keep calm and be positive.Belajar tahan marah.Belajar banyak benda seriously.I am grateful with those experiences.

Tips : Knowledge is power when you are travelling by your own.

Japanese is great because the peoples are great.Malaysia also great, in order to make it greater, we OURSELVES need to change.Don't talk about kebersihan kalau sampah kat rumah malas nak buang, bilik air malas nak cuci dan katil bersepah.Just my two cent, we have more than enough people yang complaining,comparing and  talking.This is the time WE NEED  TO START WALKING.NOW!!![baca dengan garang dan cubit telinga sendiri]
Now I know I don't have many pictures of myself.Mencabar betul nak cari gambar sendiri.
#6 Dah boleh berenang.Yay
Unid belajar berenang dah lama.Mula mula belajar basic dekat kondo pool dari seorang cikgu Cina yang cantik.Serius cantik weh, tall, dark[tan] and beautiful. Belajar breaststroke teknik.Extend a few classes sampai sampai rasa boleh.Tapi disebabkan tu kondo pool yang airnya tak dalam, asal penat jer boleh berdiri dan berjalan dalam air, unid tak gain water confident.

Sambung plak berenang dengan cikgu lain dekat public pool di Seberang Jaya.Gigih practice , petang merempuh jam after office hour untuk swim.I plan nak belajar freestyle tapi nak berenang tempat dalam cuak pula.Tak berani lagi, berenang ke tepian jer dulu.

Sekarang pindah KL dan dah habis pun belajar freestyle.Paling best, dah tak takut air dah.Berani jer terjun kat dalam pool yang dalam.Sekarang cuba disiplinkan diri untuk swimming dua kali seminggu.

Tips: Swimming need practice, kalau tau tapi jarang berenang kebarangkalian untuk lupa sangat tinggi.

#7 Hiking dan more workout
Seriously , sampai kadang kadang terpaksa miss.Let list out kat mana dah unid explore since pindah  KL ni untuk tahun ni.

  • Broga
  • Lata Medang
  • Lepoh
  • Bukit Wawasan
  • Bukit Cerakah [baca:boleh consider ke?]
  • Bukit Kiara
  • FRIM.Ada hari yang unid cycling pula

#8 I am certified Salesforce Platform Developer 1
I failed last time.But sorry ,my name is not give up.I belajar balik, fokus and pulun.Study macam nak rak.Mana sekarang sibuk study untuk travel, kejar dateline kerja, study untuk exam lagi.

Dalam tren, buka handphone study.Nota tempek, tepi katil, tepi cermin,kat pintu bilik.Mujur kat toilet tak tempek.At last, 30 Dec 2016 I passed the exam.Now I passed, I need to make sure it is worth.

Tips:Bertahun tahun jadi programmer bukanlah tiket untuk anda pass exam especially kalau belajar sendiri.Jadi kena bersungguh-sungguh kalau nak pass.

#9 I learned to prioritize my self
I have to be nice bertempat, be firm.People does not respect nice people, they use nice people.You can be nice , people likes you and that's it.I need to learn to be firm in chasing my goal.I could not waste my time anymore, sebab I dah takde masa.Last time, my principle of life is I won't leave my friends buruk macam mana pun.

Unid dapat la title yang macam ni,'Ohh unid tu takper..ko buat la macam mana pun, dia sabar aje.'Kena buli, sabar. Kena tinggal sabar.unid nak tinggal orang kena marah pula.

Now I learned 'pilih kawan, tapi jangan cari musuh'.Kawan selfie, kawan melepak merata.Bila kita susah, depa sibuk memanjang.Bila kita senang, kita busy pun depa sanggup call,sanggup check schedule kita and prioritize hidup kita semata mata nak entertain their need.Be careful ya.

Everyone have their own goal, and make sure nobody drag you away from your goal.Ingat tak masa sekolah, ada spesis spesis yang asal kita nak study jer datang mengacau.Tapi bila kita tidur, depa diam-diam study.Bila keluar result, depa pass and say good bye my friend.They will call you back bila depa rasa nak berseronok lagi.I learned this.Berhati hati dengan orang negatif, orang yang suka ngutuk orang, yang suka cari gaduh,suka berdrama,batu api,parasit dan asyik nak release tension jer.Sebab ada satu masa,anda paling ke belakang dan lihat,'apa yang aku dah buat?'

So now, you meet me and notice that I act differently, adalah reason di sebaliknya.'Unid not nice anymore.'[nyanyi lagu 'We don't talk anymore']

#10 Masa
I seldom bagi alasan busy untuk cari excuse buat benda penting yang lain.Sebab, selagi unid boleh melepak, tengok tv, layan FB and youtube maknanya unid masih lagi ada masa.

Semua orang Allah bagi 24 jam, melainkan kalau hari tu ditakdirkan kita mati.Makanya kawan kawan; 24 jam yang sama untuk ibu anak sepuluh,24 untuk orang single,24 jam untuk perdana menteri,24 jam untuk CEO.Yang cantik sekali, saat kita merungut takde masa, ada lagi orang yang buat banyak perkara perkara walaupun depa lagi banyak tanggungjawab dari kita.Mungkin kita takde keberkatan masa, sebab selalu membazirkan masa.=)

Jadi tak boleh nak cakap sorry takde masa nak exercise, takde masa nak membaca,takde masa nak buat benda berfaedah.Jika masa kerja sibuk , cari ruang weekend.Kalau weekend banyak buang masa, jangan fikir kita boleh buat benda berfaedah jika kita free waktu kerja.Kalau masa yang sikit pun kita boleh buang, masa yang banyak mesti lagi banyak terbuang.

Jadi instead bagi excuse, cuba cari ruang.Unid try buat, unid usahakan selit untuk buat sesuatu.Tahu tahu rasa masa itu cukup untuk banyak perkara yang berfaedah.=)

Stop giving excuse, start using the opportunity.

#11 Pisang montel
Seriously unid tatau pisang montel tu wujud.Selama ini ku ingat mitos sahaja.
34 tahun hidup baru tau pisang montel wujud.Sadis weh.


SELAMAT TINGGAL 2016.MOGA MOGA 2017 LAGI BAIK.AMIN.

Comments

Popular Posts