Lombok January 2017

Assalamualaikum dan hai all,

Hari ini unid nak update on my travel last Jan.Kami pi 22-28 Jan 2017.Hopefully entri ni pendeklah ye.[pendek sangat]

Okay unid tak akan update details pasal Lombok, sebab unid tau info pasal Lombok ni banyak kat internet.Tempat cantik, ko type jer kat Google.Bersepah info.Jangan malas okay, nak travel kena rajin buat research.
Ini itenary kita orang,unid dah update balik based on real journey experience.

Day 0 - Jan 21 2017 (KLIA 2)

  • Bermalam di airport to discuss balik itenary, synch kan information between team member.Before that all team member should know itenary roughly and masing masing buat research especially tempat yang teringin nak pergi.
  • Confirmkan FIRST DAY itenary ;contoh nak naik bas ke cari supir.Kalau cari supir, make sure dah contact and inform them bila kita sampai.
  • THE REST OF THE DAY itenary semua ada info termasuk contact supir, harga package kalau nak amik,taxi number and route.In other word WHERE, WHO and HOW sudah ada tapi TAK PERLU CONFIRM LAGI. Simpan dulu as back up.
credit pic to @enikhalid

Nota :
  • Kami bermalam di airport sebab flight pagi and seeloknya semua team member ada untuk synch info.Cara ini paling effective so far.It helps to reduce assumption between team member, kalau tak tahu at least semua orang tahu kita tak tahu.Kalau tahu, semua orang tahu kita tahu.To avoid kekerapan berlaku kes kes : "Eh, ingatkan kau tau?" atau "Bukan patutnya gini gini ke?" Believe me,it is not going to be fun journey kalau banyak konflik.
  • Kami cuma confirm itenary first day and keep the rest as not confirm.Kenapa?During travel, mana tau kita akan jumpa option yang lagi mudah dan murah atau yang lagi menarik? Masa ini kita boleh decide based on our travel pattern.Contoh, kalau untuk hari kedua dah beli package snorkeling, sekali sampai sana package ada package yang sama tapi lagi murah?Atau tiba-tiba jumpa backpacker lain yang bagitau ada supir yang lagi murah?Kalau kita dah book semua dari sini siap-siap, bukan ke susah nak tukar?...still don't regret just enjoy the journey ya (-_-||

Day 1 - Jan 22 2017 (KLIA2 > LOP(Airport) > Gili Trawangan)

  • KLIA 2 to Lombok International Airport 
    •  Dalam flight tu kebetulan yang duduk bersebelahan wanita Lombok.Apa lagi, berborak la kan.Banyak tips dapat.Muka awet muda, umur 38 tahun, tapi muka macam student.Dah anak umur 18 tahun dah.[baca:rasa macam nak pengsan.Lepas ni kena telan jamu banyak banyak. 
    • Sampai lebih kurang pukul 12 lebih.Kebetulan sini ada jual topup, so silakanlah ya.Selalu unid memang beli local sim sebab mudah nak call number local for example taxi ke.
    • Supir from Little Wood Stock pick up -- charge IDR 350.000 per car .Kalau nak pergi naik DAMRI bus boleh.Tapi sebab semalam kami dah decide nak ambil supir so kami pergi dengan supir.Okay, supir tunggu kami kat luar.Masa dalam perjalanan tu, supir tu ada berenti kat satu port, bagi chance kami ambil gambar.Rasa macam nak hampir dua jam juga lah perjalanan nak pergi Bangsal.
  • Bangsal to Gili Trawangan(Gili Indah) 
    •  Okay, kalau nak ikut kenderaan takleh masuk sampai betul betul Bangsal tu.Selalunya dia akan drop kat pintu gerbang.Nak masuk boleh, tapi kena bayar IDR10.000 .Kami malas nak jalan, kami bayar saja.Actually takdelah jauh sangat.Takde hal kalau korang nak berjalan, cuma dengar cerita banyak ulat.
    • Kami ambil public boat.Tiket IDR15000 + IDR2.500(entrance fee) = IDR17.500 per person.
    • Masa ni silalah tukar kasut ke selipar.Kena redah air paras lutut untuk naik boat.Ada orang ambil upah untuk angkat bag IDR5000.Unid tak ambil, korang nak ambil pun takpa.
    • Terolang aling juga lah naik boat ni.Sesiapa yang mudah mabuk sila ambil ubat ya.
    • Sampai dekat Pelabuhan Gili Indah lebih kurang pukul 3.00 pm.
    • Kami menginap di Little Wood Stock, masa first time melilau juga nak cari jalan.Tapi kami tanya jer adik yang meniaga gelato.
    • Little Wood Stock ni sedikit ke dalam tapi tak jauh sangat ~800 m.After that, we figured out landmark Masjid Baiturrahman dan satu butik baju terus jadi senang.Kiranya sampai pelabuhan ambil kanan sampai jumpa masjid Baiturrahman.Sebelah masjid tu ada lorong, ikut lorong tu lepas tu ambil kiri sampai jumpa butik ambil kanan.Straight make sure perhatikan sebelah kiri anda sebab LWS sebelah kiri.[sila tanya orang yer]
  • Little Wood Stock (LWS)
    • Rumah buluh tau. Kami book untuk dua malam IDR900.000.Dua tingkat and ada katil for each tingkat.
    • Kami mandi rehat jap pastu nak keluar merayau rayau jap.
  • Rayau rayau malam
    • Kami keluar untuk cari pasar malam.Lepas tu terjumpa booth depan masjid yang offer package snorkeling.Rupanya booth ni under masjid tau.Masjid tu siap ada boat lagi.So terus book as tomorrow plan.Pakej dia IDR100.000 tapi bagi goggle dengan fin jer.Kalau nak life vest tambah lagi IDR15.000.
    • Lepas tu cari night market.Jumpa stall gelato, so kami beli.Gelato ni ice cream actually.Famous dan banyak flavour.So jalan jalan sambil makan ais kerim.Bila sampai kat night market wahh... crowded.
    • Last-last kami decide makan kat restoran.Unid order tomyam[baca:pehal ko order tomyam kat Indonesia ni? Thailand memanggil hi hi hi].Unid actually dah rasa kenyang after makan gelato but I feel I need to eat something to yang end up dengan tomyam tu.Total lebur IDR235.000  which is mahal pendapat unid.Kiranya after bahagi 3 lebih kurang RM26.00 seorang, padahal makan nasi goreng,nasi putih gitu gitu saja.
credit pic to @enikhalid

Nota:
  • Based on my experience yang cenonet ni.Kalau nak merasa naik public bas.Naik bas dulu.Sebab once dah ambil supir, kita akan sangkut dengan supir supir yang lain.Agak susah dah tukar choice.Bila dah rasa naik bas and rasa tak best, senang jer nak decide balik ambik supir. Kalau nak naik bas mudah jer, keluar jer  kastam checkpoint , kaunter bas damri dekat jer dengan pintu keluar.[ting!!walaupun kami ambik supir tapi unid dah study tau cara nak pergi dengan bus tau.*ayat mintak lempang*]
  • Kain basahan untuk mandi sangat berguna sebab bilik air agak terbuka.Maknanya mandi sambil lihat langit.Tapi kalau rasa nak mandi togel pun-- suka hati kau la.
  • Gili Trawangan di waktu malam bising dengan lagu lagu.Banyak pelancong datang sini untuk berhibur.Gili Trawangan dipanggil Gili Tralala oleh sesetengah orang tempatan.Mujur Little Wood Stock agak terpencil, jadi boleh tidur dengan aman.
Day 2 - Jan 23 2017 (Gili Trawangan)
  • Bangun pagi dan breakfast dekat LWS.Free breakfast pancake atau roti bersama telur dan kopi atau teh.Dia bagi satu teko besar dan satu teko kecik kopi.Memang caffein overload ya.
  • Lepas tu terus pergi snorkelling.Sebab unid memang nak try pun.Mencabar jugaklah sebab arus laut manalah sama dengan pool tu.Snorkelling pakej ni total tiga spot.Unid dah lupa nama spot tu.Rasanya ada bunyi bunyi 'Fish', 'Coral', 'Blue','Garden'. [cuba teka?=P]
  • Lepas spot yang kedua, dia akan singgah dekat Gili Meno untuk makan.Kami dah beli Nasi Bungkus sebelum tu, mintak tolong staff tu belikan dapatlah IDR10.000 sebungkus.Kalau kami yang beli depa jual IDR15.000. Sebab semua kena sumpahan muka Kak Ros Upin Ipin.Nanti kalau korang pergi you will find out.
  • Spot yang paling best adalah spot yang ketiga tapi kat sini lah masa yang paling pendek sekali.Semua orang naik cepat.Unid rasa because perut penuh.Sebab unid pun rasa loya.Berenang sekejap lepas tu patah balik ke boat.Nak gagahkan tak berani dowh, aku dah lah ambil tindakan berani tak pakai life vest.Semua orang naik dan mengadu tentang current yang agak kuat.Sudahnya tengoklah ikan ikan yang colorful tu datang dekat bot kami dan menikmati lumut lumut bawah bot. Geram betul.Hihi.
  • Balik dari snorkelling lebih kurang pukul 4 lebih.Solat jap lepas tu terus keluar nak tengok sunset.Basikal(Sepeda) boleh sewa dari LWS.Yang bestnya sebab dah petang, kami dapat harga murah sikit.Basikal kat sini full day rent is IDR35.000 which is berbaloi la.Lagi pun kawasan pulau ni senang nak berbasikal.
  • Seronok sebab masa nak pi tu kami lalu jalan short cut.Melalui padang-padang dan kebun orang.Sini takde anjing sangat, banyak kambing.Lembu.Oh ya, kenderaan bermotor tidak dibenarkan di sini jadi banyak orang naik basikal dan kereta kuda yang dipanggil CIDOMO [unid selalu salah sebut]Dan bayangkan rumah-rumah di sini termasuk masjid yang dibina tu tanpa jentera.Unid tengok bata pun depa buat sendiri, ye la takkan nak angkut bata naik boat.
  • Kami jumpa port yang best,tunggu punya tunggu, cuaca nampaknya macam nak hujan.Pemandangan memang cantik tapi sunset tak nampak.Tau tau matahari macam dah tenggelam.Hari dah mula hujan, so lebih kurang pukul 6.30 tu kami kayuh basikal balik.
  • Kami pilih jalan yang lain sebab hari dah gelap.So better cari jalan yang ke arah  pelabuhan tu.Actually quite mencabar sebab hujan dan ada jalan yang gelap.Jalan depa kecik tau, lebih kurang mini tar.Eiii don't expect highway road dalam island okay.Ada ketika kami stop untuk tanya orang.Landmark kami adalah masjid Baiturrahman dan alhamdulillah we made it.
  • After that kami keluar cari dinner.Sebab ini malam terakhir, maka kami decided nak makan seafood yang kami usha semalam.Restoran tu dia letak ikan ikan kat depan dan yang paling menarik tuna.Besar... so boleh order per slice 200gm.When the last time you eat tuna in Malaysia?You ate it as sashimi or sushi or as spread for bread.Have you try tuna bakar cicah air asam?Huh, my first time experience okay.Different tempat different laut different laut different ikan. =) . Yang ini baru puas makan dowh.Ikan seekor medium size, udang 6 ekor, tuna satu slice, nasi putih tiga dengan dua air kelapa dan free limau suam.Tu tak termasuk air asam yang sedap giler.Total lebur IDR265.000 so lebih kurang RM29 seorang.Berbaloi okay, kalau nak try sila lah cari  Restoran Wildan.
  • Malam tu unid dah confirm transport ke Senaru dengan Encik Din. Dan kemudian kami ZzzZZ. Esok unid plan bangun awal nak kejar sunrise.
me yang macam nak lemas.credit pic to @ierazuhaira.

credit pic to @ierazuhaira
credit pic to @ierazuhaira. i love this
Nota:
  • Kalau nak snorkelling jangan makan banyak sangat okay.I personally believe nasi dan kuah kuah macam tak sesuai.Roti mungkin okay sikit.Makan pula jangan sampai penuh melainkan kerja kau nelayan atau kau tere berenang atau kau adalah seekor ikan[baca:perut ku memulas mulas dicampur lagi tertelan air masin.Rasa nak muntah.Dah tu ambil tindakan berani mati tak pakai life vest]

Day 3 - Jan 24 2017 (Gili Trawangan to Senaru)

  • Unid bangun awal because unid beria ria nak tengok sunrise.Because other members plan not to watch,but it does not stop me.unid suka sunrise... SANGAT.SUKA.
  • Lepas solat Subuh terus keluar.Jalan gelap lagi.Yang unid ingat kalau nak tengok sunrise pergi arah kanan.Masa unid keluar tu lebih kurang pukul 5 lebih.Subuh sini awal walaupun waktu sama dengan Malaysia.
  • Masa lintas masjid, terserempak dengan orang lokal.Tanya dia mana tempat orang tengok sunrise.
           "Di depan Masjid Baiturahman."
           "Tapi di mana yang cantik?"
           "Menurut perkiraanku, di depan masjid itulah yang paling cantik."
CIA CIA CIA. "Menurut perkiraanku_" Giler cantik tersusun ayat.Blank kejap unid.Rakyat Indonesia kebanyakannya memang menggunakan bahasa mereka tak kiralah bangsa apa pun.Itu yang unid kagum.Banyak perkataan luar, diserapke bahasa tempatan dan digunakan.Cantik dan indah sebab mereka bangga dengan bahasa mereka.Bahasa itu melambangkan bangsa kan.
  • Maka unid pun termenunglah seorang diri di tepi pantai tu sambil layan jiwang.Yang seronoknya dapat tengok orang lokal memulakan hidup.Berbeza dengan suasana malam, waktu pagi sangat damai.
  • Dah puas tengok sunset unid masuk masjid.Okay masjid ini masih dalam pembinaan.Besar nampak gayanya.unid tumpang solat sunat jap.Paling sejuk hati bila unid tanya kat mana tempat solat muslimah, ada seorang pakcik tunjukkan.Kemudian dia tanya dari mana.Lepas unid jawab dari Malaysia.Dia jawab, "Alhamdulillah." Touching jap.Unid nampak basikal sebaris.Wah masjid ini, ada boat,  ada basikal.Sangat proactive.Alhamdulillah.
  • Lepas tu unid jalan kaki sampai ke Gili Indah.Gili Indah ini adalah pelabuhan Gili Trawangan.So hari tu naik boat dia drop sini.Nanti nak balik pun akan naik boat di sini.Unid tengok timetable.
  • Sambil jalan jalan tu terdengar lagu Nordiana feat Khai Bahar.Fuyooo... =)
  • Lepas tu balik ke LWS, breakfast dan bersiap.Lepas check out dan jalan kaki ke Gili Indah.Beli tiket boat, kali ni seorang IDR15.000 sahaja.Rupanya depa tunggu boat penuh.Dia akan buat annoucement lebih kurang macam ini ,"Boat Melati memerlukan berapa x lagi penumpang."Luckily boat kali ni stop takde la jenuh macam hari tu.Redah air pun tak dalam sangat dan keadaan boat ni better than hari tu.
  • Sampai jer dekat Bangsal, nampak Pak Iwan (supir) dah tunggu.Alhamdulillah mudah urusan.Oh, ya kami bayar Pak Iwan untuk ke Rinjani Hotel Trails IDR350.000.Senaru, Sembalun ini sudah kawasan tanah tinggi berdekatan dengan Gunung Rinjani.Gunung ini ditutup dari pendakian setiap tahun dari bulan Jan - Mar disebabkan cuaca.[sila research dulu]
  • Dalam perjalanan kami stop makan lunch dulu.Ayam masak lemak potong kecil kecil.Sini portion lauk kecil kecil ya.Tempe yang boleh unid panggil makanan nasional Indonesia =) .Sedapnya.
  • Kami sampai dekat Rinjani Hotel Trails lebih kurang pukul tiga lebih.Lepas solat terus pergi waterfall sebab kebetulan ada backpacker lain nak pergi.Oh, jarak hotel ni lebih kurang 3 km ke waterfall.Tak jauh, tapi take note sebab ini kawasan tanah tinggi.Jadi jalannya banyak menaik atau menurun.Pemandangan memang cantik sebab boleh tengok petak-petak padi bukit.
  • Terserempak dengan seorang lelaki yang menunjukkan jalan shortcut untuk ke air terjun.Dia tunjuk badge pekerja dan meminta fee jika kami mahu melalui jalan tersebut.Disebabkan kami bimbang kut kut nanti dekat entrance kena bayar lagi jadi kami putuskan untuk teruskan sampai ke pintu masuk.
  • Sekali sampai ke pintu masuk, orang yang sama sengih sambil berkata,"Gimana capek nggak berjalan." Dushhhh... Ya entry fee untuk masuk ke waterfall ini IDR10.000. Takpela yang penting unid dapat kupon untuk unid simpan.
  • Air terjun yang paling dekat sekali dengan entrance adalah Air Terjun Sendang Gila.Lepas tu kami naik lagi untuk ke Air Terjun Tiu Kelep.Air terjun ini agak jauh sikit dari entrance, kena naik tangga, lalu terusan, lalu jambatan , lintas sungai ...dan sampai.Ada yang berpendapat pergi ke Air Terjun Tiu Kelep dahulu kemudian baru Air Terjun Sendang Gila.Air Terjun Tiu Kelep memang cantik.MAJESTIC.Itu perkataan yang terlintas kepala unid.Dia ada satu kekaguman dan 'kemegahannya' tersendiri.Memang cantik.Subhanallah.Speechless dan unid terjun.I don't care, you're *&^&*%^& GREAT and make me feel to dive in.
  • Lepas tu kami beransur pulang sebab hari dah mula gelap.Tau tak apa yang best, kami accidentally lalu jalan shortcut masa balik.Well, pergi guna jalan jauh, balik guna shortcut.Alhamdulillah.
  • Sampai jer kat hotel terus unid cari Encik Din, owner hotel untuk discuss plan untuk esok.Pada mulanya kami plan ke Bukit Pergasingan, akan tetapi ia mungkin memakan masa dan stamina maka kami plan ke Pusuk Sembalun.Discuss discuss dapat harga IDR700.000 per person untuk ke Pusuk Sembalun, Rumah Adat, Kebun Kopi dengan lunch box and snack.[baca: mungkin ada lagi yang lagi lumayan,sila research before deciding]
  • Malam tu kami makan meggi.Lega boleh makan meggi sebab unid bawak makanan banyak.Yang bestnya mintak air panas kat sini, dia bagi termos botol besar.Hah ambik kau.Ingat muka staf yang bawak air panas bila unid sangat happy dapat satu termos besar.They are happy when their customer happy.
  • Yang paling best kat sini boleh dengar azan.Lepas tu dengar orang mengaji dari masjid.Rinjani Hotel Trail tu mengadap gunung, kebun.Sunyi dan Damai.
credit pic to @ierazuhaira

credit pic to @ierazuhaira

sendang gila.credic pic @ierazuhaira

Nota:
  • Lombok adalah tempat alam semula jadi yang masih lagi dara.Jadi don't expect hotel yang canggih manggih, jalan yang canggih manggih atau kemudahan yang canggih seperti kereta kabel untuk ke sesuatu lokasi.Ia memerlukan stamina yang banyak atau duit yang banyak.Kadang-kadang duit yang banyak pun tak berguna.Contoh, ingin melihat pemandangan yang cantik memerlukan stamina yang tinggi untuk mendaki bukit dan melihat pemandangan.Hanya dengan bersusah payah baru kita dapat menikmati pemandang air terjun, gunung ganang, laut dan lain-lain.Pastikan topup stamina sebelum travel di tempat-tempat yang begini.Ingat, bila sesuatu tempat itu dipenuhi teknologi yang canggih manggih selalunya pemandangan dan keasliannya sudah dicemari.
  • Jangan malu untuk bertanya tentang servis hotel atau supir.Itu sudah termasuk dalam charge perkhidmatan.Tanyalah dan mintalah selagi tak melampau, jangan ditipu dengan perasaan,"Eh, rasa kesian pula nak mintak."Ini apply di mana-mana sahaja, kadang kadang kita kasihan secara tidak bertempat, malu tidak bertempat.Buatkan mereka bangga berkhidmat untuk customer, seperti kita bangga bila customer datang kepada kita bertanyakan sesuatu.Yang penting SOPAN.
  • Bawalah pencuci khas untuk basuh pinggan dan juga span.Shower foam, shampoo memang tak sesuai untuk basuh tupperware.Makan meggi kari berbau bunga sakura sangat _________.=">

Day 4 - Jan 25 2017 (Senaru)

  • It's very peaceful bangun awal pagi, dengar azan subuh lepas tu suara orang mengaji.Unid takde masalah bangun subuh atau insomnia at all.Seolah olah sembuh, senang tidur dan senang bangun.Bila unid call mak dan mak tanya tentang masalah insomnia, unid cakap langsung takde masalah.Mak unid komen,"Eh...kalau begini memang kena duduk di luar negeri ya." Hi hi ye mak. =)
  • Kami breakfast pancake dan kopi lombok.Sedap dowh especially kafe di tingkat atas.It's an AMAZING humble breakfast bila kami dihadapkan dengan pemandangan yang cantik.Gunung , laut adalah pemandangan yang tak pernah menjemukan kan?
  • Perjalanan kami ditemani Zul, Olek dan Pak Iwan.Tempat pertama dituju adalah Pusuk Sembalun.Kami stay di Senaru, Pusuk Sembalun terletak di Sembalun.[masa untuk bukak map ]Jalan melalui tanah tinggi, melihat bukit bukau sekeliling Gunung Rinjani.Rinjani adalah kemegahan rakyat Lombok dan ada legendanya tersendiri.
  • Pusuk Sembalun I would say like mini Broga because it's open.Setelah mendaki , kami makan snack sambil menikmati pemandangan.Haih...gila . Cantik. Rasa macam nak gila kalau ingat balik.Lepas tu turun.
  • Actually unid tak berapa ingat tempat yang lain.Kami pergi Kampung Tradisional Senaru,tatau ada orang tinggal ke tak sebab tak nampak macam ada orang duduk pun.Masa tu hujan , kami singgah makan lunch kat satu dangau ni.Hujan!! Kenangan yang best kut.
  • Lalu depan Masjid Kuno, first masjid kat Lombok.Tapi kami tak plan nak masuk.Sebab masjid tu dah tak digunakan untuk solat.Depan masjid tu ada stall, ada seorang akak tengah menenun dan member pi beli some souviniers.
  • Kemudian kami balik hotel solat jap sebab the next destination memang melalui hotel.Kali ini kami ditemani Zul dan Pak Iwan sahaja.Kitaorang pergi tengok kebun kopi.Actually jalan tu adalah salah satu jalan keluar bagi mereka yang mendaki Gunung Rinjani.
  • Dari kebun kopi ni boleh nampak Air Terjun Tiu Kelep.Lepas tu turun terus masuk Desa Wisata Adat sebab satu lokasi.Okay dekat sini nampak macam ramai orang tinggal.Mengikut Zul, dahulu sebelum pendaki memulakan pendakian mereka datang ke sini untuk mintak restu di sini.
  • Lepas tu balik dan rest.Makan meggi lagi sebab malas nak cari tempat makan.
atas pusuk sembalun .credit pic to @ierazuhaira

credit pic to @ierazuhaira

Nota.
  • Waktu siang pakai seluar bermuda dengan t-shirt.Malam solat maghrib baju lengkap dengan songkok.Serius tak tipu.
  • Orang sini kahwin muda-muda ya.Umur 30 lebih boleh jadi nenek okay. =)
  • Di mana mana pun, jika mahu melihat kehidupan lihat waktu pagi.Anak anak sibuk ke sekolah, orang tua sibuk dengan urusannya.Bangunlah pagi dan perhatikanlah.

Day 5 - Jan 26 2017 (Senaru --> Mataram)

  • Pagi tu unid jalan jalan jap tengok masjid.Pintu pagar masjid sengaja ditutup tetapi tidak berkunci.Boleh saja masuk.Unid berpendapat, anjing banyak jadi pintu pagar harus ditutup untuk menjaga kebersihan.
  • Kami naik dengan Pak Iwan ke Mataram.Kami tak book hotel sebab plan ke Rumah Singgah Lombok.Kami tau pasal Rumah Singgah Lombok ni sebab follow facebook.Lombok Backpackers.On the way,Pak Iwan ada berenti satu tempat ni beli sata ikan-- sedap.
  • Nak dekat dua jam jugaklah sebab Pak Iwan tak tau jalan.Agak kelam kabut sikit di sini tapi at last refer kat Google Map jer.
  • Masa sampai Rumah Singgah ni, tuan rumah mamak dan bapak.Mamak macam blur sebab rupanya takda info yang kami nak datang.Tapi terus mamak suruh isi borang dan mintak copy pasport.Bakti salah seorang backpacker yang stay kat situ menyambut kami.
  • Rumah Singgah Lombok adalah rumah orang biasa.Jadi kalau nak merasa hidup dalam kediaman orang lokal, silalah ke sini.Please don't expect special services or anything higher, stay seperti tinggal di rumah saudara inshaAllah you will be surprised.
  • Banyak backpacker stay kat sini, jadi boleh dapat banyak info dan juga kawan baru.Another sweet girl yang greet kami adalah Nawwal.She is from Makassar.[if i'm not mistaken].Kebetulan dia nak keluar ambil baju kat dobi but end up having late lunch with us.Merasalah naik motor bertiga kat Mataram.=)
  • Every  Khamis malam Jumaat, depa buat solat berjemaah dan bacaan yassin.Macam ada jamuan kecil gitu.Alhamdulillah bertuah sebab boleh join.First time kut travel overseaa dan join bacaan yasin.Sebelum ni solat pun tercicir cicir -_-#
  • Malam tu join depa borak borak sambil minum kopi.Kopi tu mamak buat sendiri dowh.Yang bestnya bapak sudi jadi supir dengan menawarkan harga yang bagus.IDR500.000 per car tidak termasuk parking fee dan makan ya.Untuk explore tempat yang lagi banyak dibandingkan dengan pakej yang study.Yay.
credit pic to @ierazuhaira

Day 6 - Jan 27 2017 (Kuta,Senggigi,Mataram)

  • Unid seriously tak ingat which one first and bukan semua tempat unid ingat nama.This is my bad.But I'll try my best to recall and share with you.
  • Mamak masak nasi goreng pagi tu.Best kan, rasa macam kat rumah sangat.Mamak seorang yang pendiam tapi kadang dia menyampuk apa yang kami bualkan.Bapak seorang yang suka berbual, humm sound like ideal couple.Moga #tilljannah yang bapak and mamak.
    • First tempat yang kami tuju adalah Selong Belanak.Tempak orang belajar surfing.Kami memang awal sampai sebab semua orang sedang sibuk menyapu dan bersedia untuk memulakan bisness.
    • Pantai Kuta-Ambil gambar.Rasanya ada acara.Sebab orang mula ramai.
    • Tanjung A'Aan - Jalan kat pantai pastu naik bukit tengok pemandangan
    • Bukit Seger / Pantai Seger - Ada tugu Puteri Mandalika dan pangeran pangeran.[sila research pasal Puteri Mandalika].Kisah Puteri Mandalika ni menarik juga.Bila kecantikan menjadi sumpahan.Ianya berkait dengan Festival Bau Nyaleh yang bakal dilangsungkan dalam bulan Februari.
    • Mawun
  • Laut biru...pantai cantik.Banyak bukit kena daki, but hey pemandangan dia speechless.Rasa sakit hati pula nak ambil gambar sebab gambar pun tak secantik pemandangan.
  • Sebab tengah hari kat tepi laut so what do you expect.Cake in the oven la of course.Unid punya kulit tambah satu ton lagi boleh jadi kopi lombok. =)
  • Before balik minta bapak bawa makan Ayam Taliwang.Bapak bawak ke satu stall ni.Seriously sedap.Total lebur IDR216000 untuk empat orang makan.Nasi ayam  dan sayur dua piring setiap seorang.Lebih kurang RM18.00 seorang.First time makan terung ungu mentah ala kerabu.Sedap...kena cari resepi ni.
  • Lepas tu balik,elok dah senja.Plan untuk aktiviti pagi esok.
selong belanak.credit to @enikhalid

puteri mandalika.
ada lagi empat pangeran missing in action kerana sepatutnya ada tujuh kerajaan merebutkan puteri ni.

sado kerbau kat sini sebab naik bukit cari makan.credit pic to @enikhalid
Nota:
  • Akan ada kanak-kanak, makcik makcik datang menjaja.Jika tanak beli diam.Jangan tanya harga or beri pendapat.Cukup sekadar geleng dan ignore.Be polite does not mean you have to talk because sometimes the most gentle word can still break the heart.

Day 7 - Jan 28 2017 (Mataram -- KL)

  • Kami mengemas awal awal sebelum keluar.Sebab in case terbalik lambat terus capai luggage dan pergi airport.
  • Kami pi ke Islamic Center.Ianya sebuah masjid yang besar, siap ada esklator lagi.Selepas settle solat sunat, kami call taxi blue bird untuk pickup dan hantar kami ke Epicentrum Mall.Tambang murah sebab ikut meter tapi ada starting fee sebab kami call.Masa naik taxi tu unid survey berapa tambang dari Mataram ke airport.Sekitar IDR140.000.[untuk rujukan ya]
  • Sampai Epicentrum mall , kebetulan ada kedai buku.Grab some books =)
  • Lepas tu terus cari tempat makan.Lepas makan terus cepat cepat keluar.
  • Dari Epicentrum Mall ke Rumah Singgah Lombok dekat sahaja.So kami jalan kaki jer.
  • Sampai Rumah Singgah Lombok, beli beberapa helai kain buat souvenir. Harga yang mamak jual sangat murah dan berpatutan.Rumah Singgah Lombok tak mintak bayaran untuk penginapan tau.Ianya terpulang kemampuan berapa banyak yang mau disumbangkan ya.
  • Lepas tu Bapak tolong hantarkan ke airport.Alhamdulillah.
  • Yang bestnya sudah takde cukai airport.Dah termasuk dalam tiket.Alhamdulillah =)
  • Sampai KL agak lewat malam.Yang paling best ada grabcar yang sudi ambil kami.Total tambang dari KLIA2 ke Gombak ~RM76 per car.Jimat sikit dari ambil ERL.
Nota:

  • Beri sedekah ikut kemampuan.Jangan sampai membuatkan orang yang menerima tu rasa dirinya dibeli.
  • Bila membeli, beli dengan rendah diri.Beli dengan harga berpatutan.
  • Make sure jika buat baik di tempat orang, buat baik juga di tempat sendiri.
  • Be better person after travel.InshaaAllah.Amin.

At last berjaya juga unid menulis.Rasanya ini first entri yang cover semua pasal travel.Selalunya unid tulis halfway.Do you know how much time I took to write this?Sehari suntuk sekarang sudah pukul 11 malam.My housmate asked me."Tak letih ke asyik menulis dari tadi?" Honestly, I almost give up pun,Sakit belakang dan teguk kopi berapa cawan tah.Rasa macam dahh lupakan jer la.Cukuplah journal hardcopy.Tapi unid kuatkan semangat.Rupanya menulis bukan mudah..Padahal ini bukan penulisan yang proper tau.

Terima kasih banyak sebab sudi baca.Kalau rasa benda ni berfaedah please don't copy paste.Sila share this link to your friend.

Kalau rasa tak berfaedah...senyum tak perlu kata apa-apa =)

Akhir kata :
  • Betulkan niat sebelum travel.Why we travel?Nowaday dunia makin kecil.Everyone can travel and it is not unique anymore.But why we travel, aren't looking for uniqueness?Or the best pic for our FB/Insta?Or just because other people travel so we have to travel?Pegang dada, tarik nafas dan fikir dalam-dalam kenapa aku nak travel.Orang kata,"jauh perjalanan luas pemandangan" tapi bukan semua orang yang travel membawa balik ilmu dan kerendahan hati.Takut nanti kita terbawa balik sikap sombong.
  • Knowledge is power.Banyakkan bacaan, tanya orang, be  prepared.It will help in decision making and it will save a lot of time.Kalau nanti tersesat atau perlu tanya orang at least kita tahu kita nak ke mana.Di jika jawapan itu bersalahan, kita boleh confirm.Kalau perkara paling buruk, kita terpisah denaan team member, we know how to act.Belajarlah seolah olah kita travel seorang diri.Akan banyak perkara yang terjadi di luar jangkaan, walaupun kita rasa dah study banyak.Masa itu, tenangkan hati dan berterimakasih pada Allah sebab mengajar kita.Ikatlah tali untamu sebelum berserah pada Allah.Berusaha lepas tu baru bertawakal.
  • Bila pergi, jangan terlampau rush nak cover banyak tempat dalam masa singkat.Memang tak dapat belajar banyak kalau just setakat nak cecah tanah dan jerit yay aku sampai dan lepas tu berlari untuk cecah tanah tempat lain.Ambil masa.Fokus.Sebab itu kami buat dua malam dua malam.Kalaulah ditakdirkan masa itu pendek, cari certain tempat untuk diexplore.Akan ada orang yang berkata,"Eh rugilah tak pergi sini atau sini." Save that for next time.This is your journey, every journey is unique and exlusively for you walaupun travel beramai ramai.
  • Sometimes tempat yang dikata murah belum tentu murah dan tempat yang mahal tidak semestinya mahal.Sometimes certain restoran dah fixkan harga, sometimes stall put price tinggi jadi customer kena tawar menawar.Jangan ingat asal rupiah tu murah.Check berbaloi ke tak.Contoh kalau nasi putih dan tomyam tak sampai RM10 di Malaysia jangan spend di tempat lain benda yang sama sampai RM30.Boleh spend, but don't say it cheap just sebab kita rasa rupiah tu kecil matawangnya.It is still expensive melainkan kalau di sini pun lunch hour anda mencecah RM30 permeal.However experiencing both  is good experience for you.     There is no wrong and right. Ingat, walaupun bagi kita cheap, there a lot of other peoples yang could not effort that.
  • Hati hati dengan bahasa.'Budak' bagi orang Indonesia mungkin boleh ditafsir 'hamba' which is not good.Unid kadang tersalah cakap sebab di Malaysia penggunaan budak adalah normal dan tidak bermaksud hamba.Seperti pusing di Indonesia bermakna pening di Malaysia.Jadi ayat unid ,"Esok kita pusing-pusing Mataram." agak tidak tepat.Walaupun mereka faham bahawa kita tidak bermaksud demikian tetapi berhati hati especially dengan perkataan 'budak'.Belajarlah beberapa perkataan baru bila nak travel.Orang lokal sangat berbesar hati bila mendengar foreigner menyebut beberapa perkataan tempatan.Pelancong tiba tiba cakap Melayu pun kita excited kan?
  • Kalau pergi dengan member, teruk bagaimana pun member kita walaupun tindakannya menyakiti hati kita elakkan memalukan dia di depan orang yang baru kita kenal.Elakkan bergaduh di depan orang.Jangan sesekali tinggalkan member dengan anggapan takper dia tau jalan.Kalau lebih dari satu km tu bukan dekat dowh.
  • Bila kita travel, kita membawa nama negara walaupun kita suka atau tidak.Sudah banyak yang memburukkan nama negara kita dan sedikit yang berusaha untuk menaikkannya.Jika kita tak boleh bercakap perkara baik, diam itu lebih baik.Kita merungut tentang negara kita di depan rakyat marhaen negara lain, ianya takkan membuat negara kita lebih baik.
  • Bila kita travel, kita bukan president, sultan.Kita cuma orang biasa yang mencari pengalaman.Elakkan membuat komen tentang negara yang kita lawati di hadapan rakyatnya, tak kiralah walaubagaimana pun bertentangan sesuatu budaya itu.Bersabar dan belajar.Kita bukan lahir di situ, hidup di situ.Kita cuma mencuri masa sedikit untuk mengembara dengan harapan untuk belajar sesuatu.Belajarlah memerhati dan mendengar.
  • Bersikap positif sedaya upaya.Elakkan merungut walaupun how bad the journey is.The greatest journey also will ruin because of negative attitude.At the end of the day, it is not about journey.It is the attitude.
END.


Comments

Post a Comment

Popular Posts