Sakit
Unid baru kebah selsema. Lepas hiking ke Gunung Datuk minggu lepas terus diserang selsema, disusuli pulak dengan period.
Dalam kepala terdetik, last time lepas hiking masuk hospital jugak sebab selsema.Tengah fikir ada kaitan ke selsema dengan hiking walaupun hanya baru dua kali terjadi.Sesiapa yang kenal unid akan tau yang unid jarang sakit-alhamdulillah.Boleh dikira berapa kali mc jer setahun.Rasa macam membazir jer mc tak guna , tapi Allah bagi nikmat sihat which is much better than cuti mc kan.Syukur la kan.
Cuma after bersembang dengan member kemungkinan ada kaitan - hiking yang terkena demam ni selalu melibatkan stamina yang tinggi. Unid larat , takde rasa penat what so ever akan tetapi unid tak pernah cukup tidur sebelum hiking.Sebab kalau hiking tempat yang jauh dan makan masa yang lama, tidur surely tak cukup.Unid bukan jenis mudah tidur - I am alert all the time, maknanya senang bangun.Pulak tu tak mengantuk.Ianya mungkin tak mendatangkan masalah akan tetapi bila keesokan harinya badan diuji dengan satu hari hiking ianya mungkin menjadi penyebab demam.
Nak kata unid kurang bersenam, unid workout almost everyday , jogging almost every week. Tu tak termasuk suka berjalan jauh jauh untuk lunch dan naik tangga untuk certain day.Kalau bab pemakanan I am not the Biggest fan of Junk Food, makan tapi bukanlah favorite.
Itu mungkin salah satu punca tapi unid belajar yang unid bukan jenis yang kuat sangat. unid adalah jenis slow bukan cepat.Lagi satu yang unid belajar, sakit ni kalau Allah nak bagi Dia bagilah.Tak kisahlah betapa bagusnya amalan kesihatan kau.Kadang riyak konon jaga badan sangat sekali sakit amik kau.Lepas ni kalau jumpa orang sakit, mulut tu jangan mudah mengata sangat.-_-||
Hikmahnya bila sakit, kita belajar tentang diri kita. Sebab kita saja boleh jaga dan kawal diri sendiri, orang lain tak leh.Contoh kita takleh makan seafood - kena belajar cakap No walaupun member beria-ria nak belanja seafood mahal mahal.Kena tau apa yang kita mampu dan kita tak mampu.Takleh depend dekat orang nak jaga kesihatan diri.
Unid nak share perkara-perkara yang unid buat bila unid kena demam.Tips ni personal tau , unid nak share jer.Unid takkan tanggung risiko kalau korang buat tak jadi.
#Rehat - betul betul rehat bila perlu
Bila badan rasa letih dan penat - tidur . Jangan main handphone or whatsoever. Kalau penat dan letih , tidur. Kalau takleh tidur ambil buku baca. Atau buat apa-apa untuk bantu badan tidur. Tidur adalah cara sistem badan nak susun strategy , repair dan lain lain.Bagi peluang untuk badan berehat.Setakat ni tak pernah jumpa orang yang rasa fresh lepas baring main handphone walaupun berjam-berjam baring.Orang akan fresh bila tidur cukup.
#Mandi pagi
Masa kecik kalau unid demam, mak unid akan mandikan unid pagi-pagi.Pakaikan baju, pakai bedak, breakfast dan makan ubat.Lepas tu baru dia suruh rehat. Kalau tak lalu makan dia usahakan makan sikit sebab nak makan ubat.unid tak suka part ubat tu jer.
Kalau sihat, jarang pulak dia nak kerah mandi awal pukul 7 pagi. Tapi kalau sakit, pagi pagi dia dah suruh mandi.Gila jugak la nak mandi air sejuk lata bukit hijau tu.
Pernah unid masuk ward, nurse kejut pukul 6 pagi suruh mandi.Haih...
Sebab? Mak unid taktau reason saintifik sebab apa tapi katanya, mandi pakai bedak supaya rasa sihat.Siap bedak dan sikat rambut.
Walaupun kita sakit , jangan lah menjadikan diri kita ni selekeh sangat.Bangun dah petang, baju pun busuk mandi pun tak,gigi tak bergosok.Dengan alasan sakit. Sakit sikit akan bertambah sakit gitu.
Bila mandi pagi, pakai baju, pakai wangian it tells our body, 'it's okay, inshaaAllah it will be okay.'
#Selalu ganti baju dan sarung bantal
Unid rasa fresh jer bila tukar baju. Walaupun kerja tidur jer , unid takkan repeat baju tu untuk esok. Kadang dalam sehari bertuka beberapa kali.Sarung bantal, towel unid selalu tuka especially selsema.Seriau bila fikir kuman apa yang meleleh dari hidung.
#Jaga makan dan minum
Seminggu unid demam ni, seminggu juga unid tak minum kopi.Sebab unid takut dehydrate.Unid minum air sebanyak mungkin.Sebab air sangat diperlukan badan untuk buang toksin.
Makan unid jaga.Walaupun hilang selera, unid gagahkan juga makan.Kalau tak lalu, unid minum susu jer.Memang bila sakit selera hilang.Disebabkan selera takde, jangan bantai meggi pulak.
Kesian kat badan, jenuh dia nak extract chemical stuff dari junk food.
Usahakan beli buah, roti dan makanan yang mudah.
#Usahakan bergerak
Ini pun salah satu cara nak reverse phycology - unid ingat masa unid masuk hospital, untuk dua hari pertama unid memang tidur jer. Bercakap pun tak , makan jer keluar balik.So memang tidur jer - lena betul tidur masa tu.Unid agak kalau orang curi buah pinggan aku pun tak sedar.
Tapi betul - that's how body is healing.Kalau sakit kita teruk, secara logik kita akan tidur.Badan kita sebenarnya tengah busy fixing our body masa tidur.
Beberapa hari kemudian baru unid okay, dan mula rasa jemu.Kau bagilah channel apa pun kat TV tapi kau asyik usha tingkap tengok burung , tengok kereta. Rasa nak keluar walaupun jalan macam ketam.
Nurse masuk buat rutin check - kemudian cakap,'Kak kalau rasa bosan akak keluarlah berjalan?"
"Eh jalan ke mana?" Aku dah excited - macamlah nak keluar shopping mall.
"Jalan kat dalam hospital ni la, pergi kaunter nurse ke.Jalan sikit-sikit bagi rasa sihat."
Ceh... tapi itu tips tu, bila kita rasa nak kebah dan rasa sihat jangan pulak paksa diri melekat kat katil tengok handset.Ini unid punya pengalamannyer, naluri kita automatic rasa nak gerak, nak keluar ambil udara segar.
Itu yang walaupun demam tapi rajin betul membasuh kain dan melipat kain.Dah kata tadi kan rajin salin baju.
Siap masak nasi goreng untuk diri sendiri.Semalam pagi pagi dah keluar , pergi taman .Tak larat jogging so berjalan jer sambil tengok burung.
#Jaga diri sendiri
Unid percaya kalau kita tak mampu jaga diri sendiri, Allah akan hantar orang untuk jaga kita masa sakit.Tapi kalau kita mampu , kita boleh jaga sendiri.
Masa unid sakit, ada satu tahap tu unid paksa diri minum air coklat dan makan roti.Tupun tak habis.Nak masak memang tak larat, jadi itu jer yang unid usahakan.Unid cakap kat badan, ini jer aku mampu bagi.Minta maap.Pastu unid sambung tidur.
Tahu-tahu hosmate ketuk pintu, offer masak sup.Alhamdulillah dalam tak lalu makan tu habis jugak nasi dan sup.
Lepas tu bila rasa sihat sikit, dah boleh bangun dan masak untuk diri sendiri.
Unid terpikir- sometimes kita pikir sedihnya la sakit sorang-sorang.Memang sedih , tapi kalau kita tak mampu Allah akan hantar anyone untuk tolong kita.Tapi kalau kita mampu, kenapa rasa nak bersedih sebab sakit sorang-sorang?
Masa unid masak nasi goreng tu dan unid habis makan, unid rasa bersyukur sebab Allah bagi kekuatan masak untuk diri sendiri.
#Positive dan banyak berdoa
Sakit ni banyak kelebihan.Jangan guna alasan sakit untuk berhenti berdoa dan jadi negatif.Cuba tengok orang kat luar sana- realitinya ramai yang lagi sakit dari kita tapi mereka sangat positif dan berjuang untuk hidup.Orang sihat pun belum tentu mampu nak buat macam tu.
Kita sihat banyak tahun, Allah bagi sakit seminggu pun kita dah tak tahan.Dalam sakit ni, Allah bagi kelebihan yang doa kita Dia dengar.Dosa-dosa kita diampunkan, kita dapat pahala bersabar.
Jadi berdoalah supaya kita sihat dan bersyukur sentiasa.
Salam sayang,
unid
Comments
Post a Comment