Lima perkara yang saya buat di tahun 2018 dan ianya mengubah hidup saya


Wahh… Selamat tahun baru 2019.
Beberapa tahun kebelakangan ini adalah tahun tahun yang terbaik buat saya terutama tahun 2018. Bukan bererti semuanya berbunga-bunga dihiasi pelangi dan kuda unicorn tapi saya rasa cara menghadapi tahun-tahun kebelakangan ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Saya ni manusia biasa ada perasaan geram, sedih , terkilan dan pHD tapi saya dapat rasakan tahun 2018 saya dapat menguruskan perkara-perkara tersebut dengan baik. Dekat entri ini saya nak share lima perkara yang saya buat di tahun 2018 dan saya yakin ianya mengubah hidup saya.

Jadi pada anda yang blur-blur tak tau macam mana nak berubah mungkin boleh mula dengan tiga perkara ini dahulu.

Gambaran yang baik

Visual board yang seperti dicanang-canang dalam banyak buku self help yang saya baca. Pada akhir tahun 2018 apabila saya amati kembali gambar-gambar yang saya tampal di board kebanyakannya menjadi kenyataan walaupun bila saya fikir saya takdela berusaha mati-matian pun untuk mencapainya.

Contoh saya ada tampal gambar jambatan merah San Francisco sebab saya berangan nak pergi Dreamforce. Saya juga tampal gambar Dreamforce conference. Yup, seperti dijangka saya dapat pegang jambatan merah tu dan dapat pergi ke Dreamforce pada bulan September yang lalu.

Saya juga tampal gambar Mekah dan alhamdulillah saya diberi peluang untuk pergi ke sana bersama-sama emak dan abah.

Saya sendiri tak tahu secara detail bagaimana ianya berfungsi tetapi melalui bacaan saya, apabila kita sentiasa melihat our future self, gambaran apa yang kita nak ; secara tak langsung ianya merangsang minda separa sedar kita untuk merealisasikan impian tersebut. Buku buku menyebutnya sebagai Law of Attractions.
letak la sayang banyak banyak untuk diri anda

Pada pendapat saya apabila kita dikelilingi dengan gambaran positif, kita menjadi positif dan menarik perkara-perkara positif.Walaupun kita keluar rumah, apa yang berlaku kita akan melihatnya secara positif. Contoh, bila kita lihat orang pakai baju cantik kita akan visualizekan kalau kita dapat pakai baju cantik instead of cemburu melihat orang pakai baju cantic. Kita akan bersangka baik dengan Allah dan memang Allah itu menjgikut persangkaan hambaNya.

Jadi mulalah menampal gambar-gambar impian anda, tulisan yang baik baik supaya kita selalu nampak benda yang baik-baik.

Masukkan tugasan membersih ke dalam rutin

Awal tahun 2018 saya mulakan membersih rumah yang saya sewa secara besar-besaran. Penat juga tau, rasa nak give up tapi saya setkan dalam hati dua minggu sekali saya akan mop lantai ruang tamu, bersihkan dapur dan cuci bilik air kaw-kaw. Tidak bermaksud rumah kami kotor dan kami pengotor sebelum ini tetapi bila takde rutin semua dibuat ikut mood. Dan mood membersih tidak datang dengan hati yang gembira =) .

 Apabila saya set rutin begini saya belajar banyak perkara tentang diri dan hati saya. Tentang manusia dan pelbagai. Mungkin macam tak lojik jer kan, tak caya cuba pegang berus tandas dan berus mangkuk tandas. Saya juga assignkan diri saya untuk membersih bilik air, dapur dan peti sejuk ketika pulang ke kampung. 

Seperti perkara lain, membersih terutama kali pertama memang sukar terutama tempat tu bukan tempat yang kita guna. Contoh perasaan mencuci ruang tamu kegunaan orang awam berbanding cuci bilik sendiri lain rasanya.Dah tu orang lain menonton tv dan buat sepah kita pula yang cuci – akan datang perasaan marah nak berapi. 

Tapi saya setkan saya mencuci sebagai sumber pahala saya jadi lama kelamaan perasaan yang negative tu hilang. Malah yang paling best bila dah jadi rutin, ianya menjadi standard untuk diri kita dan bertambah mudah. Orang lain pun tau kita yang bersihkan dan kita suka perkara bersih dan inshaaAllah mereka pun ikut sama. Tapi kalau mereka tak tahu dan mahu stay jadi pengotor itu pilihan mereka.Tak per risau.

Percaya atau tak membersih ni sebenarnya boleh mengubat penyakit hati. Saya tak tahu sejauh mana kebenarannya tetapi membersih sangat mengajar merendah diri. Cubalah buat mungkin anda akan faham kenapa kebersihan itu separuh dari iman!

Senaraikan perkara perkara yang anda syukuri setiap hari

Manusia memang susah nak bersyukur. Kita asyik nampak bahagia dan kesenangan kat orang lain dan tidak pada diri kita. Sebenarnya banyak perkara yang wajib disyukuri setiap hari, saat kita membuka mata dan bangun dari tidur. Ramai yang belum tentu boleh bangun.Disebabkan kita selalu rasa tak happy maka paksakan diri untuk bersyukur dengan membuat senarai ini.

Senaraikan apa yang anda boleh syukuri, jika tidak nampak yang besar maka tulis yang kecil.Jika tak nampak juga cari hikmah atas perkara yang terjadi.Jika tidak ada juga tulis perkara-perkara yang anda inginkan dan bayangkan seolah-olah anda sudah mendapatkannya.Yang penting anda mesti rasa bersyukur.

Saya pernah menulis yang saya bersyukur sebab PTPTN settle pada tahun 2017 dan tahukah anda saya baru saja settle hutang PTPTN yang berjumlah 70 k pada akhir tahun 2018. Ajaibkan? Saya sendiri tak sangka saya dapat settlekan sebab kalau ikut kata orang –‘sampai matilah bayar PTPTN’, ‘sampai beranak pinak lah bayar PTPTN’ dan pelbagai bunyi bunyi yang tak sedap didengar tapi saya berjaya bayar. 

tulisan tu ada ruang untuk diperbaiki
Tahukah anda saya dulu anti PTPTN dan berharap bila kerajaan bertukar saya tak perlu bayar PTPTN.Malah saya cuma bersungguh-sungguh bayar PTPTN selepas saya ditahan immigresen sewaktu nak ke luar negara pada tahun 2016. Jadi, tukarlah mindset inshaaAllah banyak perkara baik akan menyusul kemudian.

Kenali dan sayangi diri anda

Ini bukan selfish ya. Kalau selfish orang lain tak boleh bergantung harap tau.Tapi kalau kita jaga diri kita sendiri inshaaAllah orang lain boleh harap dengan diri kita.Kalau nak betulkan hubungan dengan orang lain, betulkan dengan diri sendiri dulu. Dah tunai ke belum tanggungjawab kat diri sendiri tu? 

Kalau diri sendiri sentiasa sakit, taknak jaga kesihatan bagaimana kita nak jaga orang lain? Pernah dalam kapal terbang sewaktu pramugari bagi safety brief ada ayat yang berbunyi begini, ‘pastikan anda mengenakan mask oksigen dahulu sebelum membantu orang lain.’ Hanya orang yang berasa diri mereka cukup baru mereka boleh memberi. Kalau diri sendiri tak rasa bersyukur, sentiasa rasa tak cukup , negative bagaimana nak tarik orang jadi positif. Orang merokok akan menjadi bahan tawa apabila dia mahu bercakap soal kesihatan.

Buat apapun kerana diri sendiri dan secara tak langsung setkan kerana Allah supaya kita takde expectation apa yang orang lain patut balas. Contoh, kita membersih ikut kemampuan kita, jika penat sila rehat. Jangan nak paksa diri. Lepas tu reward diri sendiri dan please jangan expect orang lain nak balas budi kita. Contoh, hari ni saya tolong emak basuh pinggan maka saya akan membuat secawan teh panas untuk diri sendiri.

Apa yang kita buat semuanya bermanfaat untuk diri kita, jika ia bermanfaat untuk orang lain bermakna kita dapat pahala bonus. Maka penting untuk kenal diri sendiri, diri sendiri dapat cukup tidur tak? Diri sendiri boleh solat awal tak?  Diri sendiri dapat rehat tak?

Bila diri sendiri tak cukup rehat kita akan penat bila penat masa tu lah pemikiran negative mencuri masuk. Masuk tulah bisikan seperti ‘asyik engkau jer buat orang lain tak buat pun.’ Maka pakai prinsip buat baik berpada-pada , don’t push sangat. Samalah kalau diri sendiri solat halai balai, nak nasihat orang tu penat sikitlah sebab diri sendiri tak buat.

Belajar kata No bila kita tahu kita tak mampu. Ianya lebih baik dari kata Yes demi nak ambil hati orang lepas tu bila orang tak hargai mulalah mengungkit.

Buat rutin, stick on it dan jangan putus asa

Kenal pasti impian anda dan cuba pecahkan ianya kepada rutin-rutin kecil yang boleh dibuat dalam aktiviti harian. Contoh tahun 2019 saya nak jadi anak yang baik. Pap..tampal gambar ibu ayah dan diri sendiri dekat visual board. Eh tapi macam mana nak jadi anak yang baik? Berpikir pikir tahu tahu dah habis dah tahun 2019. Oh No!!

Sebenarnya impian yang besar besar bermula dengan cara kita mengawal perkara yang kecil-kecil.

Kenal pasti tugasan yang boleh meringankan beban ibu ayah. Mulakan diri anda dengan rutin sedikit demi sedikit.Contoh tolong emak basuh pinggan setiap pagi. Jadikan rutin. Pastikan semua lampu rumah ditutup sebelum tidur, jadikan rutin. Oh juga akan pastikan setiap bulan saya beri duit kepada ibu bapa saya. Doa untuk ibu bapa setiap kali lepas solat.  Hujung tahun dengan beberapa rutin yang ibu bapa anda suka inshaaAllah mimpi anda nak jadi anak yang baik tu jadi kenyataan.

Contoh lain, kalau nak bangun awal, mulakan dengan tidur awal. Biasakan diri dengan satu dua rutin dulu.Sampai dah okay baru tambah rutin yang baru. Memang akan ada yang terbabas tapi jangan give up. Teruskan. Hari ni terbangun lewat takpa cuba lagi esok. Cuba lagi lagi dan sampai dapat. Dan teruskan sampai mati. Maafkan diri sendiri kalau sekali sekala terbabas yang penting tak putus asa untuk jadi lebih baik. Jangan buang masa menyesal lama-lama.Gunakan masa itu untuk terus mencuba. Jangan push diri nak mula banyak perkara dalam satu masa.Nanti terus give up dan jadi hangat-hangat taik ayam. 

Contoh lain lagi, nak jadi penulis. Jadi kenalah belajar postkan satu entri sehari. Eh !! macam terkena jer ni =)

Sampai bila nak buat rutin ni? Sampai mati lah. =)

Semoga bermanfaat. Stay positive always dan please doakan saya =)

Comments

Popular Posts