Silaturrahim
Hari tu dengar IKIM fm, unid suka buka IKIM fm sebab ada jer ilmu baru tak kiralah ilmu solat ke, motivasi ke cara hidup ke.Ada jer belaja benda baru.
Pastu ada satu issue yang dibahaskan iaitu sihir. Bila host tanya ustaz tu 'apa yang perlu kita buat untuk elakkan sihir ni?'
Ustaz tu jawab simple jer iaitu dengan menjaga silaturahhim.
Betullah, dalam era connecting people *kononnya* kita semakin disconnected.
Ustaz bagi statement betul betul terkena batang hidung unid.
Katanya lebih kurang gini
"Kita pergi kerja lapan jam dan masa kita habis dekat tempat kerja tanpa kita ambil tahu pun sama ada rakan rakan kita ada yang susah ke tidak. Ada yang ahli keluarganya sakit ke, apa ke. Kita tahu asal kita kita jaga kerja kita sudahlah, tak perlu nak ambil tahu hal orang, sedang ada kawan kawan kita kerja sekali dengan kita mungkin ditimpa kesusahan. Kita tak tahu, orang pun tak bagi tahu sebab kita sejenis yang aku-aku, kau-kau."
Sorry, tak ingat exact sentence. Tapi bila recall balik my perangai dulu dulu, my friend circle dulu - dulu memang tak ambil berat sangat pun bab bab silaturahim.
Sikit-sikit unfriend, bergaduh sana sini, sentap sana sini. Kita lebih suka mengasingkan diri sebab kita fikir dari berkawan dengan orang yang bertoksid baik kita jadi kera sumbang. Tapi bila unid fikir balik, kalau unfriend, unfollow dengan tujuan untuk selamatkan feed feed kita dari dihujani perkara perkara yang tak berfaedah adalah perkara yang berbeza dari unfriend sebab bergaduh.
Memang susah nak hadap perangai orang, sebab tu orang yang tinggi mertabatnya adalah orang yang menjaga silaturahim. Kita sibuk menjaga aurat, solat tapi dalam masa yang sama kita putuskan silaturahim sebab nak jaga iman sedangkan menjaga silaturahim adalah perkara-perkara yang dilakukan oleh orang beriman.
Sama kes isu nafkah, faraid, hubungan dengan mak mentua dan lain lain semuanya berpunca dari silaturahim. Semua orang nak anak menantu taat pada kita, tapi kita layan mak mentua sendiri macam orang asing. Dengan ipar duai takleh bersabar, bila buat baik kita expect surely kena dapat balasan baik.Paling teruk kita dah takleh bercakap baik-baik, kita pilih post dekat wall. Sebab kalau terus terang kang terasa hati, sedang kita terlupa yang kita boleh belajar untuk terus terang, bercakap baik baik. Tapi kita pilih ngumpat dengan kawan kawan yang kita rasa sebulu.*ehh i terasa ni tau*
Bila kita belum kahwin, kita bermasalah dengan adik beradik dan ibu bapa sendiri, once kita kahwin tiba-tiba adik beradik dan ibu bapa lagi baik compare dengan mak mentua.
Tu tak termasuk silaturahim dengan kawan-kawan lagi. Kadang kadang kita bangga dengan cara hidup kita which make us lagi suka bersendiri sebab kita rasa pemikiran kita unik. Kita tahu pemikiran kita unik sebab kita berjalan atas kasut kita sendiri, yang kelakarnya kita rasa orang lain tak sama sebab kita jer unik. Kita nak orang lain faham kasut kita, and we never try to wear other people shoe.
Bila fikir perkara-perkara ni logiklah Allah sangat sayang orang yang jaga silaturahim, sebab orang orang ini bersabar dengan manusia, mereka tak putus asa dengan manusia.Sedang kita masih berkira kira nak senyum ke tak dengan orang , diorang ni geng geng persistent. Pemaaf dan penyabar.
Patutlah..patutlah orang orang yang jaga silaturahim ni dapat pahala besar sebab nak jaga hubungan sesama manusia lagi complex compare nak jaga diri sendiri.
Memang kita kena menjaga diri kita supaya kita boleh jaga orang. Tapi lagi baik kalau kita bukan setakat jaga diri, kita boleh jaga pulak orang sekeliling kita.
Terdengar ada seorang guru berkata,' dulu Nabi duduk di tengah masyarakat ke atau mengasingkan diri dari masyarakat?' Kalaulah Nabi-nabi macam kita sibuk nak jaga positive vibe masing-masing, belum tentu sampai lah Islam kat kita .
Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk unid dan anda semua untuk saling menjaga.Amin.

Menjaga silaturahim dan menjaga mindset adalah perkara yang berbeza.

Comments
Post a Comment