Tahun 2007, tahun 1428
Sabtu 1 Muharam 1428
20 Januari 2007
Sudah lama aku berhenti menulis .Kadang-kadang rasa tak mampu menguruskan masa.Allah memberi masa yang sama kepada manusia ,terpulanglah kepada kita sama ada bijak atau tidak untuk menguruskannya.Kita semua diberi mepunyai 24 jam sehari.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh.
Bila diintai kembali tahun 2006 banyak yang aku sudah terlepas peluang.Tiada diari menarik untuk dirujuk.Tapi masa umpama air yang mengalir,tidak akan melawan arusnya.Yang berlalu biarkanlah,jangan pula masa yang mendatang kita habisi dengan ratapan sesalan.Yang penting belajar dan terus mencuba.
Tahun 2007 bagiku agak menarik,awal Muharam di dalam Januari jadi terasa aura sambutan tahun baru dikongsi semua bangsa.Aku mula bekerja di tempat baru,lebih mencabar,lebih menyeronokkan harapnya.
Berada dalam keadaan sekarang sudah bercukup berjaya bagiku.Mungkin bagi sesetengah orang mendapat pangkat lebih tinggi atau lebih kaya dianggap kejayaan.Tapi sebenarnya hari ini adalah kejayaan kerana kita telah berusaha untuk ke hari ini.Kehidupan bukanlah sesuatu tentang kejayaan atau kegagalan tapi sentiasa mencuba.
Kalah menang bukanlah isu yang penting tapi sejauh mana kita berusaha mencapainya.Kalau kita berusaha hangat-hangat tahi ayam maka patutlah kekalahan itu dipelajari tetapi jika kita berjaya tanpa berusaha berhati –hatilah.Kerana hidup kita akan menjadi kosong,nikmat kejayaan itu takkan terasa nikmatnya.Ada yang berkata kejayaan itu tiada berkatnya.Tetapi kalau kita berusaha separuh mati ,tiada kejayaan yang muncul janganlah kita bersusah hati.Setiap kesusahan pasti diiringi kesenangan itu janji Tuhan.Kalau tak dapat di sini pasti ada di sana.
Aku bersyukur hari ini,tersangat bersyukur kerana Allah mengajarku banyak perkara selama ini.Segala kesusahan yang dulu sangat dibenci kini menjadi satu mimpi dan nikmat pula.Segala yang lepas adalah pelajaran sebab itu munculnya sejarah.
Waktu susah masa kecil aku sekeluarga makan bubur kerana ketiadaan wang.Bila dikenang terasa macam terharu,rasa macam mau menangis pula.Tetapi emakku sangat kuat.’Selagi mak belum mati,kamu mesti belajar’Itu azamnya.Dia pernah bekerja di kilang kayu sehingga termuntah darah,di kilang seterika sehingga darah tingginya naik disebabkan bahang.Dan sekarang bekerja di kilang sardin.
Kekuatannya membuatkan aku kagum.Ajaib sungguh perempuan yang bergelar ibu.Aku pernah berputus asa.Mahu berhenti belajar dengan alasan untuk menolongnnya,tetapi dilarang keras “Kalau along sayangkan mak,belajarlah rajin-rajin”.Hendak tak hendak aku belajar walaupun kasihan melihat dia berkerja keras.Alasannya sekarang tidak mahu aku menyara adik-adik seorang diri.Mulianya pekertimu,semoga sentiasa dirahmati.
Aku sendiri terpaksa bekerja untuk memasuki universiti,kalau tidak manalah hendak dikorek duit sewa kereta,buku dan permulaan semester.Hendak mendaftar pun perlukan duit.Terasa negaraku miskin kerana pendidikan pun masih hendak diniagakan.Kalaulah pendidikan itu bebas dan percuma mungkin tukang cuci tandas pun bijak pandai.Bila negara dipenuhi orang yang bijak pandai,bayangkan betapa kayanya negara tersebut.
Sekarang sudah 2007,syukur aku punya sedikit duit untuk disumbangkan.Mendapat pekerjaan tetap malah diberi laptop yang berkuasa 1.5 G Ram dan 90 HD sudah cukup banyak.Malah aku sendiri sanggup mengeluarkan duit sendiri untuk membeli beg galas.Nampaknya insyaAllah hidupku tahun ini bukan sahaja terisi dengan programming tetapi banyak perkara yang boleh lagi dipelajari dan dilakukan dengan teman baruku ini.Hari cuti jika ada idea mungkin aku boleh berkongsi bersama-sama rakan-rakan.Jika tak ada aral mungkin aku akan beli kamera digital,yang murah pun jadilah asalkan hatiku puas.Banyak majlis kahwin yang perlu dihadiri,terasa rugi pula tak ada gambar.
Tahun ini aku merancang untuk menjadi aktif,aku berharap banyak pameran dan program dijalankan waktu cuti,jadi bolehlah aku mengisi tahun ini dengan pelbagai perkara berfaedah.Maklumlah sudah tua kan.Umur takkan berundur.Jika umur panjang dan ada rezeki aku teringin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Doakanlah ya.
Begitu juga dengan keluargaku.Terutama adik-adikku yang tujuh orang itu.Diharapkan sentiasa dirahmati dan berjaya.Jadi apa azam baru anda?

Comments
Post a Comment