Bagaimana saya habiskan satu surah Al Kahfi di hari Jumaat?





Entri ini sekadar knowledge sharing sahaja. Untuk bagi idea in case sesiapa tercari-cari method nak settlekan al-Kahfi dalam masa sehari.

Dulu dulu *di waktu yang saya sendiri pun tak ingat* saya cuma baca 10 ayat pertama dalam Surah Al-Kahfi setiap hari Jumaat. Saya tak ingat berapa lama saya amalkan rutin tu tapi lepas Subuh terus capai Quran, baca 10 ayat and done dan boleh dah berjimba =).

Kemudian terdengar khabar *lupa dah sumber mana, tah sahih ke tak sebab masa tu saya naif jugak* tentang 10 ayat yang mana satu yang lagi baik? Ada yang kata 10 ayat pertama dan ada yang kata 10 ayat terakhir. Oleh sebab saya malas nak kecoh, maka saya baca jer 10 ayat pertama dan sepuluh ayat terakhir. Jadi 20 ayat better than 10 kan , so kira settle. Inilah yang saya amalkan selepas Subuh setiap hari Jumaat sampai la dalam tiga minggu baru-baru ini.

Selama ini saya terfikir manalah saya mampu saya nak habiskan 110 ayat Surah Alkahfi dalam tempoh satu hari. Sehinggalah baru-baru ini datang idea yang lebih kurang begini :

Kalau nak habiskan 110 dalam waktu Subuh memanglah macam tak cukup masa kan.Cuba kau dividekan 110 ayat tu kepada 5 (solat lima waktu)

Ambil calculator tekan.110 / 5 = 22 ayat.


See, 22 ayat. Pendek jer kan.

Tapi Jumaat aku kerja. Lunch pun kadang kelam kabut, apatah lagi nak baca Quran lepas solat.Dah dapat solat awal waktu pun dah syukur.

Eh..eh siapa suruh kau aim lepas solat baru nak baca. Kita buat kiraan tadi just nak kecikkan nombor jer so kau akan rasa kan benda tu boleh buat dan tak mustahil.Okay sekarang kau ada Quran apps installed kan. Cuba kau try habiskan bacaan tu masa tunggu tren atau dalam tren. Dari kau merewang tengok benda merapu kat phone cuba kau try tengok quran.

A..aa kan.


Maka saya buat dan alhamdulillah sudah tiga kali termasuk hari ni saya berjaya menghabiskan Surah Al Kahfi. Begini caranya.

Setiap hari Jumaat pasang niat supaya boleh habis Surah AlKahfi untuk hari itu. Terus jadi motivated kan.

Selepas Subuh cuba baca 20 ayat atau sebanyak mungkin.Macam pagi ini saya baca 20 ayat selepas Subuh sebab ada breakfast date pukul 8. So saya kena keluar awal dari rumah.

Masa tunggu train dan dalam train dari Stesen Gombak ke Ampang Park, saya buka phone macam biasa tapi instead of scrolling on Mark Zuberg creations saya  buka apps Quran. Baca senyap-senyap. Alhamdulillah pagi tadi saya berjaya habiskan 78 ayat. Wahh 110 - 78 = 32 . Baki cuma 32 ayat sahaja!! Belum lagi  masuk Zohor ya kawan-kawan.

Saya tak baca langsung pun Quran masa kat office. Tapi saya boleh habiskan baki 32 ayat dalam train sewaktu balik.Nampak tak? Saya tak perlu struggle sampai tengah malam pun nak habiskan.

Eh eh ... senang jer kan? Kenapa la selama ni rasa susah dan tak terfikir langsung ?*isk isk*

Nampak sangat lah idea yang baik tu bukan datang dari diri sendiri kan. Tentulah dari yang Maha Kuasa.

Maka dah dapat idea ni, cubalah try. Install apps Quran dalam phone dan ganti rutin hari Jumaat dengan membaca Al Kahfi. Jangan risau anda takkan ketinggalan pun dari feed media social atau point game dek kerana baca Surah al Kahfi sehari.*eh ikhlas tak perli ni =) * Jika tak mampu mulakan dengan 10 ayat pertama dulu. Tanamkan rasa syukur jika dapat buat lebih dari dulu-dulu dan selalu lah doa supaya Allah ilhamkan kita dengan idea idea dan perbuatan yang baik.

Selamat mencuba.


Comments

Popular Posts