Gemuk

this story maybe relatedto PMS .

aku mencari- cari ubat untuk gemuk kat majalah sambil emak sedang memasak.

"emak, kalau along makan ubat gemuk tak per tak?"

emak diam. dia malas nak layan. dah satu hari anak dara dia asyik complaint pasal kedut la, size badan la, jerawat la dan pelbagai lagi la masalah besarnya. dia dah penat nak layan rasanya.

"emak?" aku dah separuh merengek. mentang-mentangla aku seorang je kat rumah, jadi anak tunggal.tu yang adik aku bising kutuk aku ni mengada-ngada.lantakla.

"ikut along la." emak malas menjawab.

"emak ni... along nak juga tanya pendapat.kalau ikut-ikutla baik tak payah tanya." memang aku mengada-ngada.emak ni asyik dari tadi ikut jer.aku beli terus kang baru tau.

emak diam. cuma radio yang bercerita pasal ubat kurus je kedengaran.lama dia menjawab.

"along ni kenapa? mak tengok bukannya kurus sangat.nak jadi gemuk senang sayang oii...nak jadi kurus susah.cuba dengar dalam radio tu. kang kalau along makan ubat gemuk tuh jadi gemuk macam emak ni baru tau, dah macam tong. nak ke? emak ni kalau lambat makan sikit dah terketar-ketar, sebab tu yang tak boleh jadi kurus. asyik nak makan jer.nak ke?"

aku diam. ambik kau.


Comments

Post a Comment

Popular Posts