Label
Owhh... ya mereka suka orang yang macam ini dan ini. Jangan sesekali buat macam ni.
Dan mereka buat, bukan sebab mereka nak buat tapi sebab mereka takut nampak teruk.Jadilah mereka orang yang hipokrit, mengecam orang lain hanya kerana mereka mematuhi sesetengah peraturan yang zahir. Yang tersembunyi, Tuhan saja yang tahu
Jika kita mahu buat sesuatu...hanya untuk menarik perhatian orang, kita akan penat.
Kerana manusia umumnya suka melabel. Samada label itu baik atau buruk kekadang bukan kehendak kita.
Ianya ditampal mengikut kehendak mereka. Baik berbuat sesuatu kerana Tuhan , at least tak penat, pahala pun dapat.
Jangan mudah menilai orang lain ahli neraka atau syurga kerana bukan kita yang menentukan. Namun sebagai manusia , kita memang sama-sama mahu bersama ke syurga, jadi buatlah yang terbaik
Comments
Post a Comment