Ditelan mati emak, diluah mati bapa
Ya, bila berkenaan dengan adik beradik , saudara mara, ibu bapa ...selalunya kita tak ada pilihan selain bersabar.Teringat tentang percutian saya yang terpaksa ditangguhkan semata-mata kerana adik beradik member mahu ikut serta.Memang tak salah tapi ada kehendak yang perlu dikorban , ada duit yang perlu di spend dan ada privacy yang terganggu disebabkan benda-benda yang tak terancang.Saya tak marah dan langsung tak terkejut.
Sebab?Saya juga punya saudara mara adik beradik ibu bapa yang pelbagai kerenah.Jadi bendanya normal.Ada yang bodoh sombong, ada yang parasit tapi tak kurang yang juga yang baik hati.Kita akan selalu terfikir, alangkah indahnya kalau kita boleh memilih mereka seperti memilih kawan.Susah kan?
Cuba bayangkan anda terpaksa bersabar dengan bapa yang menghabiskan duit isteri dan anak-anak seumur hidup anda?Bukan setahun, bukan dua tahun, tapi sepanjang hidup anda itulah yang ayah anda buat.Bayangkan jika ada saudara mara anda yang suka membawa mulut dan batu api?Ada yang suka berhutang dan pelbagai jenis masalah.Nak tegur...susah, bukannya anda tak pernah tegur, tapi jika ditegur seolah-olah seluruh hidup anda dipertikai.Tanak tolong tak sampai hati kan?Lagi pula, daripada bergaduh sesama saudara lagi baik memendam rasa.Orang lain mungkin boleh memberi pelbagai cadangan, tapi ingat mereka takkan pakai kasut yang sama dengan kita.Kita lagi tahu sebab dan akibatnya.Jadi kita akan berusaha melupakan keburukan mereka dan cuba sedaya upaya kenang kebaikan mereka.Susah kan?
Cuma itulah,biarlah mereka dengan kerenah mereka dan kita dengan kerenah kita.Buatlah apa yang perlu, selebihnya BERSABAR lah.

Comments
Post a Comment