Tidur lepas Subuh

Beberapa minggu yang lepas kerja macam neraka.Balik lambat, public holiday kerja.No life beb!

Weekend , request kat boss untuk cuti hari Isnin sebagai menebus kerja Unid di Hari Wesak.Nasib baik la boss kasi.

So Unid plan nak tidur lepas Subuh.Jarang tidur lepas Subuh dan memang tak digalakkan pun.Jangan ikut ya adik-adik.

Maka di pagi Sabtu Unid start tidur lepas Subuh.Tak lama kemudian adik masuk bilik.Raba tengkuk Unid.

"Isk ... Along demam ni. Emak , Along demam!" Dia memekik.Pastu keluar.Haih... tak khusyuk tidur aku.

Tak lama kemudian mak pulak masuk bilik."Demam ya anak mak ni." Dirabanya juga tengkuk Unid."Hummm.. tak dela."Katanya kemudian keluar bilik tanpa tutup pintu. Haih...

Tak lama kemudian terdengar adik dengan emak bersembang kat dapur.

"Mak... Along demam tu.Nak bagi ubat tak?"
"Takde la...Along mu tak demam pun."

Haih...terus Unid bingkas bangun.Awal lagi , rasanya around lapan lebih.Tapi takleh tidur  sebab tak khusyuk.Hari Ahad dan Isnin baru boleh tidur tapi tu pun bangun awal.Lebih kurang pukul lapan sebab nak kena pergi bersihkan tanah.

Memang la Unid jeles dengan makhluk Tuhan yang berbulu oren ni.Rasa nak pelempang jer :D




Muka nak menguap tapi tak jadi.



Comments

Popular Posts