Wednesday, May 29, 2013

Buncit

Kawan seoffice unid tiba-tiba menepuk perutnya yang memboyot. 

Pap...pap..

Kemudian sambil tersengih dia bertanya.

"How old are you?I start developing this when I reached 30."

Sambil usap perutnya, dah rupa orang pregnant pula.Tsk..nasib baik lelaki.

Unid gosok perut sendiri dengan perasaan kecut perut.

"Macam ada jer."

"Tapi I tak nampak pun."

Haruslah tak nampak, takkanlah unid nak tunjuk kut.

Balik kampung, adik unid yang dah kawin tu merungut benda yang sama.

"Angah rasa bukan pasal kahwin la perut ni buncit.Sebab kalau pasal kawin, Abang Ngah jauh.So sepatutnya susah nak buncit.Rasanya pasal kita dah tua la."

Tu teori angah.Unid raba perut unid, sambil menimbang perlu ke tak unid beli losyen pati halia?Tiba-tiba terbayang Nora Danish.Sangat~

No comments:

Post a Comment