Saturday, November 30, 2013

Jari kaki

Kelmarin keluar dengan member pi Tesco kat EGate.Jumpa kedai SAWKS; kedai stokin.

"Eh, unid ...ko kan cari stokin.Ni ha kedai stokin."

"Haah..meh meh."

Kami pun dok belek-belek stokin kat situ.Lepas tu unid nampak satu stokin yang ada jari-jari.

"Cantik tak?"

"Eh , tu kan sarung tangan?"

"Bukanlah sarung kaki".

Kami pun dok argue samada stokin ataupun glove.Tiba-tiba unid cakap,

"Cuba ko kira jari dia."

Member unid diam, blur sekejap.Unid pun blur sat...pastu kami tergelak.

"Bongokla hang unid.Nak kira jari, jari kaki ngan tangan kan sama jer.Lima."

Unid pun tatau kenapa unid suruh dia verify samada tu stokin atau sarung tangan dengan method mengira jari kat stokin.




No comments:

Post a Comment