UPSR

Baru baru ni baca kisah bapa yang mendukung anaknya yang OKU dek kerana terlampau gembira dengan result upsr.

Syahdu and terharu,dalam keadaan serba kekurangan sang anak masih lagi boleh mencapai kejayaan.Dah tentu kejayaannya tak mudah.

Adik unid yang kerja sebagai cikgu cerita pasal rakannya yang mendapati salah seorang muridnya selalu tidak makan waktu rehat.Bila ditanya,budak tu jawab tanak makan.Ditanya ada duit ke tadak, budak tu sentiasa cakap ada.Budak tu selalu sakit perut,sampai la suatu hari bila cikgu tu tanya ada duit ke tak.Macam biasa budak ni kata ada.Cikgu tu nekad seluk poket,cari duit  and at last found out budak tu memang tadak duit,dan selalu tak makan waktu rehat sebab tadak duit.Budak tu jugak dapat result 5 A  kalau unid tak silap.

Kalaulah diikut logik akal,budak yang miskin serba tak cukup ,susu pun tak minum, makan pun tak berkhasiat , tak dihantar tusyen sebab mak bapak tak cukup duit,balik rumah pun belum tentu boleh  focus study  dek pelbagai masalah macam tak boleh ja dapat result elok elok. Allah tu Maha Kaya, bila Dia  nak bagi ... Dia bagi.

Ada satu famili yang unid kenal ,suka jamu orang walaupun susah.Bila jemput kami, dengan rendah diri cakap,'Datang lah kalau boleh.Kami buat kecik kecik ja sempena anak bersunat.'

Unid teringat bila dia buat makan makan kat rumah dia before this.Bila nampak macam lauk tak cukup, dia tangkap dua ekor anak ikan keli padahal niat dia nak bela ikan tu bagi besar betul-betul.Dahla dalam kok tu,macam ada dua ekor tu ja.Tapi disebabkan excited tengok orang makan berselera, sanggup tu korbankan anak ikan tu.Rasa macam tak logik pun ada,tapi tu la.Langsung tak takut apa jadi di masa depan.

Dah tu banyak kali dia cakap dia malu bila unid tolong dia basuh pinggan dalam bilik air sebab rumah depa tadak sinki.Padahal rumah unid dulu pun basuh pinggan kat bilik air.Cuma sekarang ja dah asing-asing.Alhamdulillah.

Emak unid cakap,'Allah itu Maha Kaya... kalau Dia nak cukupkan ,Dia akan cukupkan secukup cukupnya.'

Memang bunyi macam membazir, tapi mana tahu Allah nak tambah pahala dia kat situ.Walaupun dia miskin, anak anak dia well behave malah jadi penolong waktu susah.
Kita yang senang sikit ni agak agak berapa kali jamu orang,  anak anak perangai ok tak?Mungkin before kata kat orang tak sedar diri,  kita patut sedarkan diri kita dulu.

Comments

Popular Posts