Tuesday, March 18, 2014

Pak cik Rempit

*auto entry post

Cerita ni dah bertahun tapi still relevant so unid tulis jugak.

Masa ni adik unid still lagi kerja kat Sungai Petani naik motor.So banyak gakla pengalaman yang dia dapat as mat rempit berwibawa.

Satu hari dia pergi kerja dengan motor dia macam biasa.Dia bertembung dengan budak rempit yang tak pakai helmet pastu bawak moto cam tah haper haper.

Kebetulan pulak budak tu terlanggar moto seorang pakcik.Memang pakcik tu terhoyong hayang la jugak.Mujur pakcik tu tak jatuh dan kereta pun tak banyak.

Lepas tu mereka berhenti kat satu traffic light ni.Kebetulan budak yang langgar pakcik ni pun tunggu kat traffic light yang sama gak.Pakcik ni turun dari motor dia, jalan straight ke arah budak ni.

PlePAAPP!!!

Pakcik tu pi bagi penaboh kat kepala budak ni.Adik unid terkejut, and rasanya semua penunggang motosikal yang tunggu traffic light semua macam HAH..biar betul.

"Lain kali bawah motor elok-elok sikit na." Pakcik tu bagi nasihat pastu selamba jer pi balik naik motor dia.

"Biar dia sakit kena penaboh.Kalau tadi pakcik jatuh kena langgar...belum tentu lagi boleh boh penaboh." kata pakcik tu dekat mat rempit yang berdekatan.

Budak tu buat muka blur jer.Lepas tu lampu hijau, terus dia bawak motor cam biasa.Tapi still lagi menonong tak tentu hala.Haish...

"Dahlah tak pakai topi keledar, memang sedapla makan penampar."Cerita adik unid.Yang kami ni dah gelak terguling-guling.

Dapat penampar kat traffic light - Hah..baru ada akal.

Pengajaran:Bawak la motor elok-elok, jangan ingat polis jer boleh saman.

No comments:

Post a Comment