Tips : 14 Perkara yang perlu anda lakukan sebelum mengakhiri hari kerja anda (tajuk kemain)

Tips ni unid baca dari Forbes .Berapa banyak antara kita yang buat benda ni?Actually end of our work day is equally critical like how we want to start our day.Huh, ingatkan pagi-pagi hari saja penting, rupanya before balik kerja pun ada perkara-perkara yang perlu dibuat untuk memastikan hari esok kita berjalan lancar.

Meh tengok perkara apa yang perlu dibuat di akhir hari kita.

1) Periksa balik senarai kerja untuk hari ini.
Pastikan to-do list kita untuk hari ni banyak dah selesai.Kalau rasa tak puas hati, atau tak settle kat mana-mana plan balik bila nak buat.So kalau tak buat lagi pun tak adalah ketinggalan banyak sangat.

2)Periksa jadual untuk hari esok.
Haha.. penting, mana tau esok ada meeting pukul 7 pagi.Buatnya kita tak check lepas tu lupa terus takke haru.At least check dulu, so takde la kita nak tidur lambat atau berjimba sampai pagi bila kita tau esok kita ada meeting kan.

3)Periksa  dengan boss dan kawan sekerja.
Mungkin perlu discuss dengan boss atau kawan sekerja tentang status progress kita.Dalam masa yang sama, kita dapat updates dari mereka.Boleh double check dateline ke, make sure everyone synchronize with us.Takdalah boss kita fikir A , kita fikir B.

4) Berkemas.
Kemas sikit tempat kerja kita.At least make sure mug dibasuh, so tak adalah esok bau nescafe basi =). Plus kemaskan Inbox email sekali, inbox ni cepat jer penuh.Boleh la delete atau labelkan yang mana patut, Unid sendiri pun ada 1 k yang belum dibaca V(-,-)

5)Habiskan kerja yang tak perlukan phone contact.
Dah nak abis office hour, selalunya kita akan focus dengan kerja-kerja yang tak depend sangat dengan orang lain.Contoh hantar email untuk update status , buat report , coding yang simple-simple ke. At least waktu petang orang pun kurang kacau kita.

6) Tutup dengan baik.
Maknanya jangan tinggalkan benda-benda yang senang nak handle tergantung-gantung.Yang mana senang nak settle , settlekan cepat.Jangan bertangguh...kalau tak dalam mimpi akan keluar.

7)Buat senarai kerja baru.
Plan apa yang patut dibuat esoknya.Senarai kerja ni boleh ditambah baik keesokan hari, tapi tak salah kalau kita senaraikan awal-awal.Esok boleh revise balik.Bunyi macam susah, permulaan memang kelam kabut sikit tapi bila lama-lama kita akan jadi teratur so akan jadi lagi senang.

8)Muhasabah diri.
Tengok balik achievement kita.Apa yang kita dah capai -should reward ourselves.Kalau ada apa yang belum lagi kita capai .Takpa , esok usaha lagi ya.Janganlah nangis pulak.LOL

9) Ucap bye bye.
Bila rakan sekerja kata 'bye bye, see you tomorrow' atau 'balik nanti drive elok-elok' , kita automatic rasa happy.So apa kata kita buat benda yang sama.Baru ada aura positive dalam office.Kawan-kawan pun akan happy dengan kita.

10)Tinggalkan nota positif.
Heh.. yang ini best juga kalau try buat kan.Buat message yang happy dekat rakan sekerja.Esok pagi pagi bila mereka baca, mesti senyum sampai ke telinga.Just tulis email  dengan ayat-ayat yang happy dan positif. Huhu..boleh cuba walaupun bukan setiap hari.

11)Jadi hijau.
Jadilah hulk hogan.=) . Make sure turn off light , aircond dan benda-benda yang sepatutnya.Jimatkan bil elektrik.

12)Disconnect.
Bila dah balik kerja,jangan gatai nak bukak laptop dan kerja.Just notify rakan sekerja anda yang anda memang jenis yang tak angkat phone atau discuss kerja after office hour.Masa ni masa untuk diri anda, famili dan kawan-kawan.Company belum tentu ada sewaktu anda susah tapi mostly family dan kawan-kawan ya.Sebab tu jangan lupa diri bila bekerja.Tapi kalau dalam mode on-call , tak dapatlah den nak tolong.

13)Tinggalkan stress anda kat pintu office.
Jangan bawak balik stress ke rumah.Sakit hati bila mak, ayah atau kengkawan nak bercakap dengan kita bila kita stress.Sikit-sikit nak mengamuk.Macamlah kita seorang jer ada masalah kerja, padahal berlambak lagi orang yang bermasalah dari kita.Kalau kita stress...janganlah pergi stresskan orang yang tak bersalah.

14)Balik rumah.
Tak payah nak aim untuk balik paling lambat hari ni.Tak ada faedah pun.Lambat laun produktiviti kita down.Dah balik lambat dari office, pastu makan tak tentu, tidur tak tentu.Esok pergi kerja takleh focus, stress ...kan dah down.Issue akan jadi meleret-leret tanpa kita sedar.

Itu  sahaja yang unid faham dari bacaan unid.Share dengan harapan berguna untuk semua, to be true unid pun salah seorang workaholic gak.Tapi  dah nak insaf sekarang =) .Waktu kerja consume banyak masa dalam kehidupan kita, jadikanlah ianya sesuatu yang happy dan fun.Kalau setiap hari lapan jam kita dalam keadaan stress, mungkin kita patut buat sesuatu.

Actually Unid baru start sikit-sikit.Especially kat time management.Unid kenal seorang member ni, dia pesan seeloknya buat plan untuk setahun.Baru kita nampak masa kita buang kat mana.Dia cakap, tak salah nak plan dalam kalendar bila nak basuh baju.Hari tu unid pi office dia, semua target dia untuk tahun ni dia tulis besar-besar and tampal kat dinding.Siap ada gambar lagi.Dia  juga pesan, penting untuk ada target.Jangan fikir susah ke tak nak capaikan target tu.Tapi fikir dulu apa target kita, susah dan senang tu serahkan pada Allah.Kita usaha saja.

Masa meeting dengan boss unid kat US ,sempat usha calendar dia.Wah ...waktu lunch pun ditulis dalam kalendar, padahal everyday waktu macam sama ja, amik anak pukul berapa.Walaupun tugas tu rutin ja, tapi bila ditulis dalam calendar baru kita dapat trace berapa banyak masa digunakan and hidup jadi teratur.Boss ni memang terkenal dengan kepandaian dia mengurus project.Bila dah nampak calendar dia, baru boleh faham kenapa dia pandai urus project.

So ini lah calendar unid, masih banyak yang kena improve.To do list tu banyak yang unid tak senaraikan pun, pakai buat ja dulu.Lepas tu tak nampak apa yang dah dibuat, bila orang tanya balik baru nak kena selak-selak balik untuk check status.Kalau dah statekan dalam senarai kerja , at least specific.Bila boss tanya, boleh tengok senarai kerja pastu bagi update ja.

Calendar office

Calendar personal.



Huhu... bila unid review balik,tahu-tahu sepanjang hidup unid mungkin dihabiskan untuk tidur dan tengok tv ja.^(-,-)^ Mari berusaha lagi dan hopefully this is not chicken shit.




Comments

  1. yg hijau tu incredible hulk. Hulk Hogan skin color dia lain. Good post btw!

    ReplyDelete
  2. haah.. unid lupa langsung.hulk hogan tu mak unid suka. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts