Stress
Assalamualaikum
Hi incik blog, lama tak jumpa.Muka awak nampak selebek jer.Kesian.Mana unid , tuan awak yang kelolo tu?Ntah.Ok olooo siannya.
Puff..gila berhabuk blog ni.Tu la asyik jadi stalker jer, main facebook jer.Rajin baca blog orang, blog sendiri dilupakan.Mintak maapla ncik blog, selain jadi stalker, main muka buku , saya juga busy dengan kerja.Well , workaholic...kerja cam nak mamp tapi tak kaya-kaya.Isk Isk.Stress.
Ok, ignore all yang karut marut kat atas.Well, I am back.Actually hari ni ialah hari yang sewel buat aku.Iskk..bukan tiap-tiap hari ke sewel.Haah...hari ni lebih sikit.
Tapi takper, walaupun aku stress jangan risau.InsyaAllah aku belum lagi reply dengan cara kurang hajar dekat kengkawan.Belum lagi buat muka masam tak fasal dengan kengkawan.I still managed to smile, pastu bila orang tengok muka basah sebab penuh hingus dan air mata,depa tanya."Selsema ka?"
Aku akan angguk-angguk jer sambil senyum.Stress kalau pendam terlampau sekali dia keluar memang takleh nak brek.Air mata ni keluar sendiri tau.Kalau ada orang yang nak beramah tamah sangat, dengan jujur ikhlas, aku akan jawab ,"Nanti boleh tak, sekarang ada issue sikit."Dengan penuh sopan santun...chewah.Terima kasih, ramai yang concern pasal aku rupanya =)
InsyaAllah..aku still lagi manage control hawa nafsu untuk tidak memaki hamun ataupun tarik muka empat belas darab lapan tolak sepuluh bahagi lima kali tujuh ...(takyah la baca yang ni) mengarut.
Takper, semua ni dugaan.Makin dah tua ni memang bakal berjumpa dengan perangai orang pelik-pelik.Ke aku yang menapous?
Bila kita ajak join activity semua tak nak, belakang kita kutuk kata kita tak ajak.Well, mintak maap la yer I ajak you waktu weekend jer tu pun you always say 'NO'.Pastu suddenly datang berita kat aku bunyi,'Asal hang tak ajak dia during weekdays'.
Minta maaf lagi sekalik, saya just kawan bukan secretary merangkap PA atau sewaktu dengannya yang kena check anda punya schedule, lepas tu siap ada plan B to predict in case anda tak jadi nak ikut plan B.Pastu nak kena ada ramalan soalan-soalan dari anda, juga kena prepare jawapan-jawapan bernas.So takdela kena marah,'Eh, awak tak tahu ke saya ni sibuk.'
Saya boleh ajak setakat mampu, kalau ada cadangan, bagi tau.Kalau lupa , ingatkan.Takyah nak merengek bagitau kat orang lain so orang lain boleh tegur saya.Bunyi macam saya ni kuli anda instead of kawan.Adei...it is not funny okay.Macam kanak-kanak ribena.
Anda tahu schedule anda macam mana, and kalau anda suka nak spend time with your friend so sila la datang and buat usul sendiri.Tak perlu nak expect orang melutut ajak you join itu ini pastu bila bila diajak always NO.Bila tak ajak pun salah.Confuse!
Kawan anda ni manusia biasa.Jika lupa ingatkan...jika salah tegur.Ini diam...pastu emo sesorang.Bila terlupa nak bayar hutang, after quite long time tiba-tiba teringat,'Eh ...hutang ko aku tak bayar lagi.Eh..ko pun dah lupa eh?'
Boleh direply -'Saya tak pernah lupa, saya cuma nak tengok sejauh mana anda ingat.'
Okey, tarik nafas dalam-dalam.Letak dalam kepala, dalam seratus orang mungkin seorang dua ja yang macam ni.So biarkan mereka.Teruskan hidup macam biasa, perbaiki diri supaya lebih contribute dalam persahabatan.
Kadang-kadang kita banyak kawan yang caring pasal kita, take care kita tapi kita expect too much from them, lepas tu takleh nak accept kalau depa tersalah sikit.Kita lupa yang kita jadi kawan yang always take, if kawan kita bagi benda yang kita tak suka..kita marah dia.Tapi apa yang kita bagi kat kawan kita?So lambat laun kawan yang mula mula baik akan tinggalkan kita.Mereka kawan jer, kalau ibu pun boleh buang anak dalam tong sampah.Belajar belajar la give and take in relationship.Takut nanti yang kekal dengan kita cumalah stok stok hipokrit.
Kawan biar beribu, bermusuh jangan sekali, bersahabat biarlah yang terpilih.
Comments
Post a Comment