Nasi Arab
Assalamualaikum
Dah lama tak makan nasi arab, rasa macam bertahun dah.Yang terakhir di sebuah restoran kat Bertam.Dekat area pulau unid tak sure kat mana sampai member unid ajak ,'Jom makan kat restoran syria'.Restoran ni nama dia Al-Syami, berdekatan dengan USM di kawasan Bukit Gambir.Masa kami pi tu tengah hujan so tak ramai sangat orang.Restoran tu kecil sahaja tapi unid suka.Tuan punya restoran adalah seorang wanita Syria yang berusia 40 an tapi awet muda.Sudah ada seorang cucu, tapi rupa seperti awal 30 an.Kawan unid sepanjang makan asyik dok berkira nak tanya apa rahsianya awet muda.
Ini rupa menu dia, bila owner ambil order terpegun jap bila dia tulis order dalam bahasa Arab dengan lajunya.Deh...yela dah dia orang arab.
Ini teh arab, manis secukup rasa dan ada daun pudina.Unid suka.
Ini nasi ayam mandy... untuk seorang tapi bagi unid boleh bagi portion ni dengan orang lain.Sedap tapi banyak.Ayam dia serius lembut, macam ayam tandoori tapi ayam tandoori yang unid biasa makan tu keras.Yang ni lembut gila.Suka sangat =)
Ini salad Arab.Ini pun bila dia tanya untuk seorang ke dua orang orang, unid mintak untuk seorang jer.Tapi portion dia , tiga empat orang boleh melantak.
Ini member unid pesan.Tak sure pula nama dia.Roti dengan ayam dan kambing.
Makanan sedap dan harga sangat berpatutan.Unid makan nasi mandy dan teh tu harga around rm15 ja.Kebanyakan menu dia around Rm10 - rm 15 , which is considered cheap la kan.
Okay, my friend managed to ask the owner the secret.Guess what?Takde pun secret, dia cakap dia makan jer tanpa pantang cuma dia kata mungkin sebab dia tak pakai makeup.Sebab dia rasa makeup tak baik untuk kulit.
Comments
Post a Comment