Kucing-kucing sekarang

Assalamualaikum

Chak.Rajin pula unid update blog hari ni.Secara jujur, memang jarang atau boleh kata tidak la unid merajin nak bukak laptop waktu cuti sekarang ni.Sibuk kemain dengan anak buah, basuh pinggan, basuh kain , jemur kain, teman mak pi pasar, balik rumah tuk,tengok tv, tidur (weh...larat hangpa baca no..)

Kali ni unid nak introduce kucing-kucing kat rumah unid yang masih lagi hidup, cergas dan gemuk di rumah.

-TOMOK-
Kucing ni antara kucing paling tua berbanding dengan kucing-kucing yang lain.Masa dia datang ke rumah, size dia besar penumbuk saja.Kecik dan comot.Nama Tomok tu berasal dari Comot.Kucing ni liar tapi tak garang langsung.Cuma dia penakut dengan orang especially lelaki.Dia liar tapi paling manja dengan emak.Kalau kami panggil jarang dia datang , tapi kalau emak yang panggil laju ja.Sekarang dia jarang ada kat rumah, kalau balik pun memalam sebab nak makan.Kadang-kadang dia akan datang malam-malam pastu senyap-senyap tidur kat hujung kat kaki orang.
.
.
.

Nah, comel tak Tomok ni?
*src*

Haha..gurau ja.Ini hah gambar yang betul.Kadang-kadang pukul 7 pagi boleh jumpa dia  tidur dalam semak.
 Kalau perasan kucing ni sama dengan kucing yang unid letak dalam banner unid.
Comel dak..comel kan, kan?

Yang ni dah hilang kecomelan tu.Tidor sampai tak sedar dunia.

-TUAH-
Okay, ini kucing kesayangan adik bongsu unid dan kucing paling berat dalam famili.Juga bela dari kecil.Kucing ni paling kuat makan, buncit sampai orang asyik tanya kucing betina ke?
Sebab perut dia menggeleber.



-RAIN/REN-
Kucing ni datang rumah waktu dalam keadaan hujan lebat.Dia basah dan kurus kering, jadi dinamakan Ren.Kucing ni favorite semua orang sebab macam cerdik sikit.Masa buat makan-makan kat rumah hari tu, ramai orang datang.Kucing lain semua hilang, dia jer layan main dengan budak-budak.Seronokla budak-budak main kejar-kejar ngan dia.Sampai Pakteh mintak nak bawak balik.Kadang-kadang bila nampak anak-anak jiran main dia excited nak pi join jugak.



-IBU-
Kucing ni kami panggil Ibu sebab masa dia datang rumah perut dia macam dah lepas beranak tapi tak sure anak-anak dia kat mana.Dia akan datang rumah waktu pagi dan petang cuma untuk makan.Masa tu dia still pakai rantai, tapi kami pun tatau kucing ni kucing siapa dan kenapa dia datang rumah kami semata-mata untuk makan.Lepas tu lama kelamaan terus dia menetap di rumah kami.Sampaila termengandung lagi, sekarang dah beranak.Anak dia kesemua dua ekor, tapi seekor mati masa dilahirkan.Kucing Ibu ni sangatlah garang, dia tak kira anak kucing ke bapa kucing semua dia serang kaw-kaw.Memang kadang-kadang sampai berdarah kucing lain so kami ambil keputusan untuk kurung dia dalam sangkar.Sampai dia insaf la kononnya, tapi bila bebaskan dia, terus dia melilau and attack kucing lain, maka terpaksa la kami kurung dia.


-BUBU/TABU/BABU-
Huh...ini anak si Ibu tadi.Comey tapi garang jugak ikut perangai ibu dia.Dah la kuku dia tajam, dia sentuh pun dah rasa sakit.Dia dilahirkan dalam kurungan bersama ibu dia.Lepas rasa diri besar sikit dia selalu curi curi keluar dan masuk dalam rumah.Sekarang mostly dia akan masuk dalam rumah, ditinggalkan ibunya sorang-sorang dalam kurungan.Suka betul la dia bermain dalam rumah dengan kucing-kucing yang lain.Yang peliknya, dia buang air kat hujung bilik air.Tatau dari mana dia belajar, sebab kucing lain semua berak luar rumah, dah kata rumah kampung.Kucing lain semua keluar dan berak kat luar, tiba-tiba dia jer perasan duduk bandar berak dalam bilik air.Sabar jer la.(u_____u)||




Okeh..itu sahaja kisah kucing-kucing unid untuk kali ni.Kalau rajin unid update lagi.
Bye, take care.


Comments

Popular Posts