Cherating Nov 2017

Esok tarikh tutup GiveAway : Sila ke Awesome 2017 .

Alaa..simple jer tulish komen insyaaAllah dapat notebook yang awesome.



Nota: Pagi Ahad yang damai, belek blog nampak draft pasal Cherating.Lupa... astaghfirullah.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Percutian Cherating ni langsung tak dirancang pun, nak pula hujung hujung bulan.Tapi dek disebabkan housemate aku nan seorang ajak ditambah pula keadaan dia yang stress, aku layankan jer.Banyak hari gak tak bercakap, diam dan moody jer. Risau juga takut kes depression melampau.Jangan buat main benda benda gini.Mujur jugak aku ni sabar, kalau selalu buat buat macam ni memang aku tak larat nak layan.

Out of blue, dia whatsapp nak getaway di tepian pantai. So aku google la apa yang patut.Kalau pantai, aku suka yang berpasir.Tak suka yang muddy.Yang berpasir ni boleh tanggal kasut dan feeling feeling.At last, decide Cherating.Dah tengah malam baru dapat kata putus.Aku sebagai tukang research dan travel planner nyaris naik angin.

Esok pagi Sabtu breakfast bagai lebih kurang pukul 9.20 pagi tu baru drive keluar dari KL.Aku lega gila sebab mood masing masing dah okay.Dalam perjalanan aku pesan kat member dan diri sendiri,

"Tinggalkan stress tu kat tepi tepi jalan ni.Jangan dibawa ke Cherating dan jangan bawa balik ke KL.Campak jer kat tepi-tepi jalan." 

Layan stress ni boleh dikategorikan sebagai perkara yang langsung tak berfaedah, membawa banyak kecelakaan berbanding menonton The Bing Bang Theory.Aku suka tengok sebab kelakar.

Kadang kadang kita tak sedar, dalam kita dok stress tu ada silaturahim boleh terputus.Elok elok kita dah lega dari stress, kawan kawan semua lari.Sekali sekala tu boleh sebab kita ni manusia.Tapi kalau sokmo moody maknanya we are lack of stress management tu.Humm something new to learn. =)

Hidup berkawan ni memang give and take.We cannot always win pun and we cannot expect our friend ni mind reader.Mak ayah kita pun belum tentu faham kita apatah lagi kawan-kawan.

Aku pernah experience berkawan dengan member yang kuat merajuk.Sikit sikit ngadu orang ini dan gitu.Kiranya orang lain semua salah, dia jer la yang betul. Silap aku melayan, last - last aku pula jadi masalah dia.Bila orang tu banyak sangat problem dengan orang lain, selalunya dia sendiri yang bermasalah.Salah cakap sikit terasa, nak kena ampu ajer.Macam strawberry, nak kena tatang macam minyak yang penuh.

Kalau nak kawan kawan sayang kita, kita kena sayang kawan kawan kita dulu kan.

Kawan kawan ni macam cermin, sometimes boleh nampak kita buruk dan sometimes boleh nampak cantik.Kalau sokmo dia nampak kita buruk, tinggalkan.Even kalau sokmo dia nampak kita cantik pun tinggalkan juga.Kena balance.Tinggalkan tu tinggalkanlah baik baik.Tak perlulah nak act macam diri sendiri ni positive sangat.

Nak dekat tiga jam lebih jugak perjalanan.Sampai sana tengahari buta, dekat situ ada restoran yang sedap.Aku tatau nama apa tapi betul betul depan Ranting Chalet. Disebabkan kitaorang tak book specific challet, kita orang isi perut dulu.First time aku makan terung bulat mentah mentah sebagai ulam.Dulu kat Lombok makan terung panjang tu mentah-mentah.Sedap.

Dalam Booking.com , ada challet yang kami aim Kumimi Cablet tapi sebab dia tak visible. Waze kata dah sampai tapi macam takde pun.So kami walk in jer kat challet yang dekat situ.Konon dah sampai situ buat apelah nak guna booking apps online kan.

So masuklah kami dekat challet yang tepi jalan tu.Dan something interesting happen, masa dekat kaunter tu aku ada suarakan nak tengok bilik dan toilet tapi macam takde orang nak layan.It sound like I am fussy dan bertambah silap because I let it be.Lagipun tengah hari rembang memang takde mood nak merayau-rayau.Ada dua option satu berkipas takde air cond RM120, satu lagi berkipas dan aircond RM160.So kami pilih yang beraircond.

Bila masuk ... SURPRISE .Tapi yang lagi surprise sampai sekarang aku terpikir kenapa la tak keluar balik dan cari hotel lain.Tak tau either bercuti dengan member mempengaruhi pemikiran waras ke atau just myself.It's really lesson learnt for me.

Bilik tu teruk giler okay.

(1)Bilik air ada tingkap dan tingkap tu pecah, disendalkan dengan almari jer dari luar.Aku siap beli pashmina sebab nak mandi berkemban dan my member mandi berkemban sambil tutup lampu sebab takut orang ngintai.
(2)Water heater ada tapi tak function, air pun meleleh.Pergi tanya kaunter boleh dia cakap baldi tak ada.Terpaksa pinjam baldi unit sebelah.Nak mandi pagi torture kut kalau air meleleh gitu.
(3)Malam nak tidur, tengok kepala katil berhabuk ya Allah. Aku asyik belek tilam jer kut kut ada pepijat.Aku sangat trauma dengan pepijat okay.Sampai adik aku cakap, dia lagi rela deal dengan pepijat compare nak deal dengan aku yang trauma pepijat.Nak tau kenapa, sila baca Pepijat Oh No .
(4)Almari ada satu jer hanger dan berlubang -maybe takde bumbung terus kut .Aku taktau la dia kutip almari kat tong sampah mana.



Sampai sekarang aku pun tak faham kenapa aku boleh tidur kat situ.Mujur satu malam jer.Malam menggigil sebab selimut yang dia bagi tu nipis, aku syak tu kain cadar jer.Nasib baik member aku ada kain batik dan aku tidur jenis pakai stokin.

Despite how bad it is,aku langsung tak ingat  ambik gambar.So sesiapa nak bercuti kat cherating, sila be careful dan picky.At least kalau booking online boleh jugak ko update kat review.Kalau offline ,berharaplah teguran kau tak berlalu disapa angin. However, I still wish that challet will improve in future.

Cuma yang best adalah buka pintu pantai - WHICH IS bersepah jer challet lain tepi pantai.

My member comment ,"Maybe sebab RM160 jer kut."

"RM160 yang lagi baik bersepah.RM160 bukan murah kut."

Bukannya berkira, pernah jer tidur kat rumah tumpangan yang tingkap pun pecah.Tapi ni challet kut, dan kau charge RM160 for that.

Dah masuk tu rehat jap.Pastu keluar pergi Shell isi minyak dan pekena cendol.Kat sini banyak jer kedai tepi jalan jual keropok.Lepas tu banyak masa habis kat tepi pantai.Gambar banyak tapi gambar pantai la.So takdela aku rasa nak bombkan aku punya blog dengan gambar pantai.

Seriously pasir pantai dia padat dan air dia best.Rasanya last aku pergi Cherating tahun 2004 kut.

Esok paginya lepas Subuh terus terkam pergi pantai.Some people might not understand but I am attached to sunrise more than sunset. Sanggup bangun awal tak kisahlah walaupun tidur lambat.Tak kisahlah walaupun terpaksa tengok tengok sorang-sorang, it's me time. Kalau tengok ramai ramai sakit kepala pula nak layan sembang.

Lepas matahari dah keluar, baru kita orang berjalan kat kawasan tu.Hah ...baru terjumpa Kumimi Cablet tu dan segala hotel yang aku tengok kat Booking.com.Mujurlah dah nak balik, kalau tak aku angkut barang barang pindah tempat lain.

Macam biasa kami makan dekat restoran depan Ranting Challet tu.Sedap betul.Kita orang makan banyak.Makcik kat restoran tu friendly.So kalau pergi Cherating, sila lah singgah kat situ.Disclaimer ya, tastebud kita tak sama okay.

On the way nak balik KL, singgap jap makan keropok lekor dan air jagung.Keropok lekor rebus...heavennyer.Air jagung pula waaaaa....

Balik dari Cherating rasa puas dan best.Mungkin sebab pantai tu best, aku boleh lupa langsung pasal penginapan yang kurang memuaskan tu. A load of positives thing happen, alhamdulillah.

Korang silalah ke Cherating.Cantik.Bila pergi tu be thankful dan jaga kebersihan okay.


Bukan saya tu


sunrise

intagram saya @cheunid .


Terima kasih sudi baca. Bye.Jumpa lagi
💖unid

Esok tarikh tutup GiveAway : Sila ke Awesome 2017 .

Alaa..simple jer tulish komen insyaaAllah dapat notebook yang awesome.







Comments

  1. Awesome 2017
    Unid membuatkan I nak revisit balik Cherating. Pastinya tengok online booking & chalet review dlu sblum pegi. Thanks for sharing your experience Unid;).

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts