Percutian di Langkawi

Tajuk : 3hb - 5hb Ogos : Percutian yang santai santai sebab yang lain tu more kepada adventure kut.

Yang ni berbeza sebab :
  •  tak cari hotel bajet sebab memang nak melepak kat hotel ja.Haruslah hotel yang ditempah tu cantik, selesa dan good hospitality.
  •  takda itenary langsung. aku plan nak buat benda yang aku buat waktu weekend - jogging, update blog dan revise personal goal.*fuyyooohh
  • memang just nak bercuti pun bukan nak adventure.
  • plan tak sampai sehari pun. hari tu terfikir nak bercuti, hari tu check dengan member kalau dia nak ikut.Tak sampai setengah hari semua dibook.

Konsep hidup ni simple jer, berangan tu free kan.Berangan lah setinggi mana pun. Tapi kalau nak make it come true letakkan tarikh sekali dan buatlah plan.Kalau asyik guna ayat 'Nanti kita bercuti di sini sini ...' tanpa tarikh maknanya kemungkinan besar cuma akan menjadi kenyataan di suatu hari nanti yang entah bila.

Kalau tak sure nak letak tarikh apa, letak gambar  beserta tahun untuk visualize everyday inshaaAllah menjadi.Kiranya draft sikit sikit gitu.*eh tiba tiba bagi tips

Mulanya aku berangan hari Jumaat nak work from home  sebab aku sampai betul betul awal pagi. Konon buat kerja dalam bilik hotel sambil menikmati pemandangan laut tapi persetankanlah yer.Tak tergamak aku nak menyeksa hati kerja separuh-separuh ni jadi aku terus apply leave jer.Biarlah kita bercuti sepenuh hati.

Ini first time aku tak tidur kat airport, aku pi airport esok pagi. Aku book Grab guna schedule siap-siap. Mahallah sebab tambang 105 ringgit tapi memikirkan tak larat juga nak melepak sorang sorang kat airport semalaman.Kalau book capsule hotel pun harga lebih kurang sama.Kalau duduk rumah sempat juga basuh baju, mengemas bagai. 

Pukul 4.15 Grab driver siap tunggu, actually aku turun awal dua tiga minit aku nampak teksi airport dah tunggu.Masa aku dalam kereta aku dapat call dari Grab nak confirmkan aku dah naik kereta ke belum.Mahal tapi service bagus.*dalam still berdoa supaya harganya lebih terjangkau.mungkin aku patut berdoa supaya rumah aku dekat dengan airport =)

Pengalaman pertama yang tak dilupakan adalah berlari di KLIA2 sebab gate dah tutup.Aku sampai kat airport siap breakfast dan update NamakuNurindah lagi. 

Aku check in pukul 6 dengan berlenggang kangkung.Immigration process smooth jer.Aku tengok kat screen nak tau Gate mana  

Langkawi TUTUP. 

Aku compare dengan gate lain, ada yang tulis PANGGILAN AKHIR.Terpikir maybe gate tak bukak lagi kut.Tergerak hati tengok boarding pass sekali perasan ada tulisan kecik kat bawah tulis '.... gate closes at 6.20...' aku tengok jam pukul 6.15.Berlari tak cukup tanah weh, bila sampai adik yang kat kaunter J20 tu tanya aku 'Miri?'

Jatuh jap jantung aku.'Langkawi.' Dia tolong checkkan gate rupanya J18.Mujurlah dekat.

Tercungap-cungap aku masa staf check boarding tiket.Dia gelak kat aku cakap ,'nasib baik sempat.'
Aku memang takleh brain apa jadi kalau tak sempat.Mimpi ngeri betul.Good thing is, pagi tu aku dah settle satu marathon. Insaf sekejap, benda macam ni pun boleh jadi padahal selalu naik flight.Dengan fikiran sendiri pun boleh tertipu.Next time baca betul-betul boarding pass tu.

At last sampai juga dengan selamat. Ini kali kedua tau aku kat Langkawi.Nama jer orang Kedah tapi Langkawi pun jarang pi.First time maybe somewhere 2008 kut.Aku pun dah tak ingat tapi last time aku pergi naik feri dari Kuala Perlis.

Lain betul sekarang tak perlu nak sewa kereta. Pakai Grab jer mudah sangat. Kalau sewa kereta pun membazir sebab banyak masa habis kat hotel ja.Melainkan kalau nak shopping pinggan mangkuk dan singgah banyak tempat mungkin perlu.

Sepatutnya Dash Resort tu boleh check in awal pagi tapi dek penuh terpaksalah aku jadi maskot kejap kat situ.Hospitality memang A aku kasi.Layanan staff dia memang baik baik. Kalau takleh check-in , luggage boleh suruh diorang simpankan.Jadi nak datang awal pastu tinggal luggage dan berjalan jalan boleh jer.So aku habiskan masa ronda dalam kawasan resort,update blog dekat restoran hotel sambil minum compliment drink.

Resort ni baru buka bulan April tapi tak sepenuhnya.Ada lagi bahagian yang under construction.Aku diberitahu bulan 11 nanti baru ada grand opening.Hopefully harga still maintain la sebab aku beli ni under Merdeka deal including free access to gym.Tak tau la lepas ni free ke tak lagi.

Aku still tak faham apakah konsep potret potret superhero ni? 
Tapi kan superman dengan catwoman cantik kan?



 

 


Lebih kurang pukul 11 pagi ada bilik yang available. Ini lah rupa bilik dia.Semua okay cuma pemandangan kat luar tu kurang best sikit sebab tak mengadap pantai.Still ada construction sikit sikit kat belakang.Bilik dia okay, first time aku duduk dalam hotel yang provide anak patung gitu.Kalau ada anak ni mau seriau gak aku kut kut budak tu mengamuk nak bawak balik rumah.

Sambil tangkap gambar sambil berangan suatu hari nanti ada rumah yang boleh dihias macam ni.Turquoise ke nama kaler tu, cantik pula bila dia mix dengan putih.Lantai tu tak berkarpet jadi lantai tu macam kasar sikit tapi dia sediakan selipar, bath robe pun ada sekali.Kalau ada karpet mesti lagi best.

 

 

 


Ini adalah pemandangan pool kat luar.Aku still berangan nak berenang tapi tak sempat.Terdemam pulak so baju renang aku tak bersentuh langsung.


 
Member aku sampai petang.Petang tu kami keluar pergi makan kat Selera Lubuk Buaya.Boleh tahan gak.Lepas tu terus lepak dekat cafe resort tu sembang-sembang.Hah book hotel semata nak membawang bersama-sama =)
doakan kami yer.
Esok paginya aku bangun awal berjogging. Aku memang suka bangun awal untuk jogging, panas lah kalau pukul lapan baru nak keluar rumah.Kalau kat rumah weekend lepas Subuh terus tak pikir panjang keluar rumah.

Aku keluar dari Dash Resort tu sampai ke Resort World Langkawi.Jalan sini sunyi sikit, seriau pulak sebab ada kera. Tapi kat sini merasa lah tengok sunrise.

Lepas tu aku menghala balik sampai kawasan Pantai Tengah dan pekan. Kat situ aku jumpa Alun Alun Spa dan rasanya aku lari jauh lagi.Macam tu lah aku bila jogging, aku boleh kategorikan berjalan dan berlari.Takde rules or time limit especially bila tempat baru.Aku suka explore sebab tu aku tak kisah jogging sorang-sorang sebab masa ni adalah me time aku.

Almost dalam kehidupan seharian kita terdedah dengan manusia, waktu malam kita dah terexpose dah.Mood waktu malam selalunya mengikut apa yang jadi kat siang hari.Jadi waktu pagi adalah special sebab aku belum lagi terdedah dengan pollution, jasmani dan rohani.Bagi aku kalau pagi aku baik, inshaAllah satu hari tu baik.Kalau lah tiba-tiba tak baik, aku kena make sure aku boleh control sebab aku ada lagi satu hari to go.So far inilah amalan aku, aku jenis berpagi-pagi and it works for me.Kalau ada orang rasa malam is the special time then teruskan jer.Badan dan jiwa masing masing.

Aku ambil peluang jogging pagi pagi sebab manusia tak ramai lagi so boleh guna masa tu untuk muhasabah diri sendiri.



Cantikkan matahari terbit.Waktu ni boleh tengok burung burung terbang cari rezeki.



Lepas tu balik lepak bilik jap dan breakfast.Breakfast dia bukan buffet tapi order.Yang ni lawak sebab aku mati-mati ingat boleh pesan satu set jer. Esoknya aku baru tau leh pesan apa saja dalam menu dan banyak mana.Aku pun order lah nasi lemak rendang.Tak sampai sampai.Last last miscommunication jadi aku order benda lain.

Yang buat aku terharu tu, tiba tiba staf datang bawakkan nasi lemak tapau dalam container.Dia cakap mintak maaf sebab miscommunication so ini nasi lemak.Aku doakan staf-staf kat situ happy dan dapat gaji best kerja kat situ ya.

Antara makanan yang sempat disnap sepanjang dua hari.Yang lain tak menyempat masuk perut!

  



Petang tu kami ke Alun-alun spa buat massage.Aku tak ingat weh tahun bila last aku buat.Badan aku ni kurus tapi penuh dengan angin.Geleng kepala tukang urut tu, dia cakap yang ini takleh keluar dalam masa yang singkat.Seeloknya kena berterusan.

Malam tu terus rasa nak demam.Berselimut jap aku.Plan nak berenang tengok sunset semua ke laut.Nasib baik aku dah jogging awal pagi.Kalau tak ralat kut bila petang jatuh sakit.

Keesokan harinya hari last day. Breakfast lambat sikit.Checkout pukul 12 tapi lepak kat kafe lepas check out.Member aku flight dia awal. So petang aku dah sorang-sorang sebab flight aku malam.

Aku call grab dan lunch kat Seashell Chenang.Aku google jer.Agak mengecewakan sebab makanan dia takde untuk sorang-sorang.Semua set dan yang paling minimum adalah dua orang.Disebabkan aku dah malas nak menggoogle dan menGrab aku hadap jugalah lunch untuk duaoranng.

Takde banyak pilihan sangat sebab semua set nasi putih berlauk dan ulam.Jadinya kalau seorang diri di waktu siang memang tak sesuai.Lauk jer aku leh ratah yang lain tu tak habis.


Yang bestnya adalah pemandangan.Feeling feeling makan kat tengah sawah gitu.Aku rasa restoran ni memang pot untuk pelancong.Sebab banyak pelancong drop kat sini by bas.


Lepas tu balik lepak kat cafe dan solat segala.Pukul enam lebih baru aku call Grab pergi airport.

Percutian macam ni ada pro and con.Yang bagus tak payah nak pening kepala before tapi pening kepala at that moment.Contoh tak perlu nak buat itenari makan kat mana before bercuti tapi masa tengah cuti tu baru nak plan. Keburukannya adalah masa cuti tu kena pening juga buat survey, dek tanak pening just go with the flow dan hadap jer la.Bercuti macam ni takde expectation which can be good depending what you want for vacation.

Contoh last time last time aku pernah buat kerja gila book hotel kat KL sebab aku takleh fokus kat rumah.Memang duduk dalam bilik hotel jer sorang sorang buat kerja.Makan pun room service.Yang bagusnya aku memang productive lagi, siap boleh bangun malam solat sunat lagi.

Hopefully you find this post bermanfaat.

Bye.

Comments

  1. Mcm dah tak dpt merasj je bercuti mcm ni, skrg bercuti jd bertambah penat...sbb ada 3 askar. Hahaha.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts