Perkara yang aku belajar di bulan Julai

Perkara yang aku belajar bulan lepas dan mungkin bulan ni sekali.

1. KESIBUKAN YANG TAK SEIMBANG  adalah hasil dari poor time management
Selalu kan bagi alasan sibuk. Tidur tak cukup, masa main tak cukup , masa dengan kawan-kawan tak cukup.Asyik kerja siang malam lepas tu bila mak ayah tanya bila nak balik ? Sibuk.

Sibuk yang seimbang takkan mendatangkan stress.Bila waktu kerja cukup, waktu main cukup, waktu untuk spiritual cukup dan waktu untuk bonding dengan manusia lain cukup inshaaAllah takkan stress.Bila stress kita akan cari quick fix dengan benda benda fun tapi tak menyelesaikan masalah contoh tengok youtube, follow drama dan akhirnya membuat perkara perkara lain tertangguh.

Stress akan datang bila masa yang diperuntukan untuk sesuatu area tu terlebih.Contoh paling common , sibuk kerja sampai solat lupa atau waktu main berlebih.Haa... jangan buat main , solat berlebihan sampai kerja halai balai pun tak elok.Orang bising, solat jer awal waktu tapi kerja ke laut.Padahal kerja tu pun ibadah jugak.

2. HUBUNGAN SESAMA MANUSIA sangat penting
Kalau tak penting, kenapa Allah jadikan manusia ramai ramai kat bumi ni? Lepas tu kenapa dosa dengan manusia ni takkan settle selagi kita tak settle dengan manusia.Kenapa berdosa kalau sesama muslim tak bercakap? Solat lagi bagus kalau berjemaah. Aku tak perasan benda ni tapi sekarang aku faham sikit.Rupanya kalau nak jadi manusia yang baik memang kena jaga hubungan sesama manusia.

Dan nak jaga hubungan sesama manusialah yang paling susah. Cara dia sebenarnya senang tapi susah nak buat.Sebab ego. Dulu aku pegang kalau orang ego dengan aku, aku pun ego balik jer la dengan orang.Orang buat muka masam kat aku, aku buat jer la muka masam kat orang.

Bila fikir balik sekarang macam salah pulak.Sebab bila aku buat perkara buruk walaupun benda tu adalah fair pada pandangan aku tapis sebenarnya ianya tak fair bagi pandangan Allah dan untuk diri sendiri.

Senyum jer orang yang nak sombong kat kita. Sebab kita dapat pahala dengan senyum, boleh niat kerana senyum kat orang sombong kerana Allah. Tapi kalau kita nak bermasam muka, bolehke kita pasang niat nak buat sombong kerana Allah ? Tak kan.

Orang nak sombong ke, nak refuse bercakap dengan kita ke itu sebenarnya urusan mereka.They choose to decide for whatever reason.Tapi bila kita ikut buat benda yang sama maknanya kita pun terpengaruh dengan aura negatif mereka.

Jadi jangan jadi negatif dek kerana orang orang negatif.Teruskan senyum , ucap salam dan buat apa yang betul.Jangan hentikan pahala count kita sebab orang lain.

3. KENA KERJA KERAS to be less wrong setiap hari untuk setiap perkara .
No pain no gain.
Contoh ,

  • Nak success dalam kareer kena workhard.
  • Nak success dalam spiritual pun kena workhard - nak setkan rutin solat awal , nak khusyuk dalam solat bukan senang.
  • Nak success dalam relationship pun kena work hard.Jangan ingat kita boleh jadi good friend kalau tak spend masa bersama sama.Takde masa susah dan senang.Asyik orang jer plankan dan beri untuk kita. Asyik parent jer bagi kat kita, kita tak pun.Kalau asyik kerja, anak pun tak endah bila tua  toksah jadi pelik kalau anak busy kerja tak endahkan ko.So kena workhard untuk relationship juga.
  • Nak jadi lagi baik pun kena workhard.


4. RUTIN YANG BAIK
Kena maintain rutin yang baik dan start rutin baik yang lain.Rutin ni macam automode.Bila dah jadi habit masa kita akan bertambah jimat.Kalau everyday kita ada rutin yang baik inshaaAllah kita akan jadi baik dan inshaaAllah time management kita bertambah okay.

Dulu aku takde rutin membersih. Bulan  Jan 2018, aku start rutin membersih rumah every two weeks, walaupun ini bukan rumah aku.Aku buat rutin ni sendiri tanpa melibatkan housemate aku.Kiranya ini adalah salah satu amal jariah aku kat rumah sewa ni.Sekarang dah bulan Ogos, rutin ni menyebabkan hidup aku senang. Malah kerja membersih aku makin cepat.Dek kerana aku buat rutin, benda ni jadi visible dan kawan kawan aku pun join sekali. Contoh tau tau jer ada member nak bersihkan toilet.Malah secara tak langsung semua orang bersemangat nak make the house clean walaupun depa tak ikut rutin aku.

Dulu masa mula mula aku buat rutin ni memang aku tak sempat buat benda lain on that weekend.Sekarang aku boleh shopping groceries, tengok wayang malah macam macam lagi.Sebab bila benda tu jadi rutin ianya akan jimat masa.Cuma mula mula tu akan penat tapi lama lama dah tak sebab semua dah jadi bersih jadi kerja membersih pun makin cepat.

Samalah bila aku balik kampung.Aku akan make sure aku akan bersihkan peti sejuk, toilet dan dapur.Sekarang everytime aku balik mak aku dah tau ini rutin aku.

Banyak lagi rutin yang aku nak buat, tolonglah doakan aku yer. Contoh nak consistent dalam menulis blog, rutin belajar, rutin solat awal , rutin solat sunat dan lain lain.Sekarang rutin yang nak kena buang adalah ketagihan social media yang tak berfaedah pun.

Aku percaya buat ikut rutin adalah lebih baik dari buat ikut mood.Mood yang baik akan datang dengan rutin yang baik.

5. KURANGKAN MERUNGUT
Bila merungut kita seolah olah ingatkan otak kita tentang perkara yang tak best dan lepas tu stress. Otak kita sepatutnya busy buat benda berfaedah tapi kita allocate pulak dengan rungutan.

Untuk kurangkan merungut, assignkan diri dengan tugasan yang akan menyelesaikan masalah tersebut.Contoh pinggan kotor, basuh jer. Dengan merungut pinggan tu takkan bersih sendiri. Bersihkan dan otak akan happy dengan achivement. Kalau pinggan tu kotor sebab orang lain dan kita tanak pahala membersih , cakap jer kat orang suruh bersihkan. Pilihlah yang mana senang.

Dulu aku ada housemate yang pengotor ya rabbi. Mug yang dia minum dia takkan basuh.Dibiarkan bertenggek kat sinki. Esok kalau dia nak minum dia capai mug baru. Bila dah habis suma mug, tiba tiba jer dia stop minum.Samalah dengan pinggan mangkuk.Rajin menapau bihun , laksa tapi bila dah settle tinggalkan jer kat sinki.Dengan laksa laksa berselirat kat sinki.Ada satu minggu tu aku takde kat rumah, balik jer weekend memang busuk sinki tu. Yang peliknya bila dah habis pinggan mug semua, pandai pula dia stop makan dan minum.Bila aku bersihkan balik terus rajin dia buat air dan menapau.

Mula mula tu aku basuhkan .Ada juga yang aku tinggalkan sebab nak observe berapa hari dia nak tinggal.Last-last aku yang penat sebab dia boleh tinggalkan sampai tiga minggu lebih dan still tak basuh basuh.Aku la pula yang tak tahan, dia dah stop masuk dapur sebab kehabisan semua pinggan mangkuk.Bala untuk aku sebab nak bersihkan sinki yang membusuk dan basuh semua.Elok jer bersih terus dia guna.Hah ... banyak cantik kan muka kau.

Oleh sebab itu, mug favourite aku bawak masuk dalam bilik sebab dia dah guna mug aku everyday sebab mug tu aku bersih dan tergolek kat rak everyday.Bayangkan punya pemalas pergi sinki tak basuh mug sendiri tapi ambil mug aku yang bersih.

Dek pemalas dan tak makan saman , aku dah habis ikhtiar tolong basuh, tolong bebel tak jalan.Aku dah stress. Last-last aku pindah kan jer pinggan mangkuk tu dari sinki ke rak. Aku dah tak basuh. Mug dan pinggan mangkuk aku aku bawak masuk dalam bilik.So lantaklah dia nak guna pinggan mangkuk yang kotor tu, tupun kira aku still baik sebab cucur air.Pastinya aku dah stop merungut sebab dah jumpa method.Walaupun still pakai kudrat aku nak angkat pinggan mangkuk tu tapi takper lah.Mudah lagi dari aku nak menyental everyday.Pastinya objektif aku , sinki tu clear.Pinggan mangkuk tu tak bersih pun takper sebab dia jer yang pakai.So sesiapa yang tak pernah basuh pinggan, asyik housemate jer basuh pinggan kau ada kemungkinan pinggan kau tak berbasuh pun.

So cari jalan ler nak stop merungut tu jer.Kalau kita merungut , maknanya ada ruang untuk kita buat sesuatu.Macam contoh aku kat atas tu, tolong bersihkan dan cakap pun tak jalan maka aku buat jer yang aku mampu.

Kalau kita asyik merungut pasal kerja, muhasabah balik root cause dia. Adakah berpunca dari kita? Adakah sesuatu yang kita boleh ubah?Kalau tak, aku nasihatkan buat saving dua tiga bulan dan choww. Bab bab kerja ni kena hati hati sikit sebab kita dapat gaji.Gaji tu yang sara famili dan makan minum kita.Kalau everyday kita merungut, takut hilang berkat.Yelah mana nak dapat kalau everyday kita maki and ngumpat orang.Lapan jam kat office dok membawang, cukup bulan dapat gaji hah celah mana nak berkat tu?Bila tak berkat, takkan rasa cukup.

Cukuplah lima ni jer . Tu pun dah panjang berjela kan.

Comments

Popular Posts