Kalau Dia nak bagi

Sebelum ni saya tahan jer ...takper la semua ujian.Takpa sabar jangan marah-marah.*saya seorang cepat marah tapi cepat sejuk.panas sejuk panas sejuk, tak stabil gitu.

Kebelakangan ni saya busy, banyak hal nak kena urus dari hal sebesar pekerjaan saya dan dari hal sekecil menelefon plumber membuatkan saya rasa *pheww kenapa ler*

Betul, hidup saya sama macam anda.Kekurangan saya tak boleh nampak benda tu terbiar atau tak settle.*perfectionist*. Saya rasa saya banyak kekurangan so saya bukan perfectionist tapi dek kerana melihat kekurangan diri ni banyak dan mungkin terlampau nak better saya terbabas jadi perfectionist. *dah ada orang cakap tau.

Maka saya kerja kuat lately because ada perkara tu atas tanggungjawab saya dan juga saya outstation minggu ni.Jadi saya tak tergamak meninggalkan pekerjaan saya terbengkalai tanpa proper hand over.*saya faham perasaan buat kerja orang yang halai balai.Jadi bertungkus lumus saya skip rutin beberapa hari menyiapkan kerja hingga titisan terakhir padahal orang lain dah sibuk packing barang.

Namun saya bersyukur juga sejak amalkan rutin rutin seperti membersih every two weeks, menyapu always setiap hari, workout everyday , bangun awal dan lain lain sebab masa inilah rutin ini sangat membantu walaupun saya skip dua tiga hari.sebab saya dah tak serabut rumah semak walaupun termiss rutin menyapu sebab saya dah selalu sapu.saya tak rasa lorat bangun awal sebab saya dah sentiasa bangun awal.

Mujurlah dua malam sebelum saya berangkat saya dah kemas barang secara berperingkat.alhamdulillah kerja saya 80% siap,handover 20 % sahaja.Itupun termasuk perkara-perkara nice to have pun saya deliver.Jika anda kenal saya, anda tahu bahawa jika saya kata saya akan buat,saya buat.InshaaAllah.Tapi tula kan, ada pula orang salah sangka yang hidup saya ni sentiasa ada matahari takpernah ada mendung.Adalah sayang,asal nama manusia mesti kena uji dengan susah atau senang.Jangan cepat menilai orang ya.

Hari terakhir kerja saya balik pukul 9.45 malam.Tak apa, bukan selalu.Kalau selalu mungkin saya akan tukar kerja baru.Saat mengemas barang kawan saya mengoffer untuk meminjamkan begnya pada saya.Beg saya okay takde masalah pun *pada saya* tapi tulah kan orang nak bagi kita merasa.Sebab saya faham perasaan excited nak belanja kawan atau hadiahkan atau pinjamkan sesuatu tapi kawan kita macam tanak.Ha ha ha. Jadi saya pinjam.Bila difikir dari segi sudut lain, saya bersyukur sebab Allah kurniakan orang baik baik di sekeliling saya.

Saya dah tak leh nak tidur akhirnya pukul 5.30 pagi saya bangun dan bersiap.Saya gamble ja call grab.Tanak booking macam hari tu sebab mahal bagi saya.Bila masuk jer grab, driver tu cakap nasib baik sebab dia dah terpikir nak balik rehat.Lagi reason saya patut bersyukur.

Maka saya sampai dalam masa yang cantik, awal tapi staff tu offer untuk saya checkin luggage awal.Alhamdulillah, lagi pun saya dah serik nak berlari dalam airport.Bila checkin luggage, saya keluarkan passport tiba-tiba staff tu panik."Cik tak dapat tekan, stuck."

Rupanya dia tolong tekan pemegang luggage saya sebab nak check in tapi mungkin tertekan kuat jadi button tu stuck.Ahh ...sudah saya rasa lorat sebab tu bukan luggage saya, kalau luggage saya saya tak selorat ini.Beberapa lama kami try figure out how to fix it.Nak cari kedai luggage, mana ada yang bukak dalam airport tu sebab awal lagi.Dalam hati sebal nak marah tanak marah.Tapi pujuk hati jangan marah sebab orang nak menolong.Lagipun perkara dah jadi.*tapi saya still rasa sedih*

Staff tersebut letak sticker supaya orang handlekan luggage saya baik-baik.'Handle with care', malah saya disuruh hantar terus luggage tu direct kat security dari berpusing-pusing atas tray.*still reason untuk bersyukur kan.

Dari KLIA saya transit ke Changi.Dalam masa transit tu saya still lagi susun jadual untuk Dreamforce.Kemudian bertolak dari Changi transit sekejap di Hongkong.*sepanjang perjalanan saya, saya takde masalah immigration terutama di Hongkong.Padahal ramai jer kena tahan sebab bawa barang terlebih kut*Ini pertama kali saya melihat pemeriksaan ketat macam ni.Malah dekat US pun tak macam kat Hongkong.*pengalaman saya yang sekali ni jangan dibuat benchmark ya.

Masa kat Hongkong tu takde tunggu tunggu, straight jer tukar gate masuk immigration lain tapi flight sama.Cuma cabin crew jer yang bertukar.Staff kat airport dah ready tampal sticker kat baju kami siap pegang signboard untuk guide ke gate yang baru ni.Rasanya mereke faham keadaan penumpang *refer kat saya* yang dah terngantuk ngantuk sebab pukul sebelas malam terpaksa keluar berjalan melalui pemeriksaan bagai.

Dari Hongkong ke San Francisco, flight selama 12 jam bermulalah badan saya berdrama.Tergolek-golek atas seat, sini tak kena sana tak kena.Ada masa saya tidur dalam posisi bayi dalam perut.Kepala kat bawah kerusi *kau ada.

Dua kali saya langsung tak sentuh meal.Seorang crew kapal tu perasan saya tak boleh nak makan.Saya cuba gigit sikit tapi takleh gi rasanya.*Mungkin perut saya tengah tidur.Hujung row saya ada seorang ayah dengan anaknya lebih kurang setahun ke muda lagi.Ibu tak ada.Mujur bayi tu tak meragam, sabar je ayah tu jaga anak dia.Lagi satu reason saya patut bersyukur sebab bayi tu tak meragam.Kalau tak lagi takleh nak tidor.Lebih kurang 3 jam sebelum mendarat baru saya okay sikit.Meal yang kali ketiga habis licin.*Alhamdulillah.

Kami sampai awal kat SFO airport, inilah pemeriksaan yang paling saya risau sebab visa yang saya buat tu dah lama, dalam pasport yang expired tapi visa belum lagi.Kat sini verification dibuat dengan mesin lepas tu baru disusuli dengan pegawai.Kertas yang saya dapat dari machine tu ada garisan pangkah di gambar saya.Saya kerling kertas orang lain *takde pun.Panik tau.Kerling lagi orang lain, ohh rupanya ada.Sampai dekat pegawai semua berjalan lancar jer.Pegawai tu siap merungut lagi pasal sistem."It's so funny when computer should ease your job but it is not."

Saya senyum jer, heh tau tau jer saya ni buat sistem ya."Maybe it still needs human to verify."

"Yes, but still I have to put *** in the box." Ha ha ha, nasiblah.Tapi tu lah despite banyak khabar menakutkan tentang US, my first impression is good.Ada seorang staf kat airport tu pakai tudung.Humm...

Lewat malam saya berkira kira nak check in hotel ke tak, ke nak tidur airport jer.Jam dah pukul~10.41 malam . Dapat berita adik saya diuji dengan keguguran.*tolong doakan ya.

Maka saya gamble, takpalah saya tidur jer hotel.Dengan kondisi saya, saya rasa saya tak mampu nak stay kat airport, kalau ada kawan mungkin lain sikit.*kebaikan travel beramai-ramai.

Saya naik uber ke hotel.Dalam kereta tu rupanya dah ada orang lain.Dia dan driver berbual tentang kerja dan lain lain.*masalah manusia yang sama di mana-mana.semua orang bersusah untuk hidup.

Saya sampai hotel dan check in.Takperlah mahal pun.Dah malam saya tak larat nak google booking.com bagai.Tapi dalam hati saya berkalau juga.Sebab mahal kan.Berkira juga tau.Staff tu pesan bangun pagi esok untuk checkout dan tukar bilik baru.Dia pesan suruh bangun awal lagi pukul lapan.Dalam hati ralat kut, dahla bayar mahal nak kena check out awal tuka bilik.Bukankah checkout pukul 12.Malas nak bertekak saya naik dan terus tidur dalam keadaan lena tak lena.

Lebih kurang pukul satu pagi saya bangun dahaga.Takde kettle, yang ada coffee maker.Lepas tu nampak surat untuk express check out, ada charge parking fee US 54.Banyak tu. Saya call desk untuk betulkan keadaan sambil tu tanya sekali pasal kettle."No worries madam, you can drink from the sink." Haih.Coffee maker tu boleh panaskan air, tapi percawan la yer.So tak convenient nak masa maggi bagai.*padahal saya tak bawak pun apa-apa makanan.saya bawa milo jer.tak sempat nak shopping meggi.#canyouseehowibusy

Lepas tu saya sambung lagi susun jadual.Sebab apa take the jadual seriously.*perfectionist lew tuu. Sebab dreamforce adalah conference yang terbesar dan ada beribu ribu sesi dalam building yang berlainan.Sesi sesi yang beribu tu boleh pening kalau tak pilih betul betul, saya takut yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.

Jauh antara building tu macam building dalam universiti.ada yang 600 meter gitu.Larat nak terkejar-kejar nak attend sesi tu.Lepas tu berdasarkan pengalaman orang lain, crowded nyer Ya Allah.Last time saya pergi Salesforce World Tour yang free kat London pun saya rasa berpinar.*saya bukan jenis kenduri punya orang.

Itu sebab saya susun jadual dan juga untuk memudahkan host saya.Ye, kebetulan ada host dari Salesforce yang call saya tanya sesi apa yang saya nak attend.#sayaharapandafahamkenapasayapulunsangat

Saya bangun lebih kurang pukul 8.30 pagi dengan ralat sebab nak kena turun dan checkout.Disebabkan staff semalam cakap swap bilik saya bawak turun luggage walaupun dalam hati macam tak logik jer nak tuka bilik.Tapi disebabkan bilik yang saya duduk tu katil king size saya rasa mungkin saya kena tukar ke bilik yang murah sedikit.Saya turun dengan beg dengan tak mandi.*gosok gigi jer.

Staff lain yang bertugas, dia maintainkan bilik yang sama.*kan saya dah cakap.Tapi disebabkan itu saya sempat makan breakfast.Kat sini breakfast tutup pukul 9.30 sharp.Jangan kata saya jer, orang lain pun terkejut.Sempat juga saya dapat pancake dua keping dan buah buah dan coffee.*coffee paling penting.

Mujur lah staff semalam suruh bangun awal dan mujur saya gigih bangun pukul 8.30 pagi walaupun tak cukup tidur.Mujur saya tak terfikir nak mandi dan bersiap bagai.

Alhamdulillah mujur saya tak tidur kat airport.Kalau saya tidur pun still waktu official untuk checkin pukul 3 petang.Kiranya jika saya datang hari ni pukul 7 pagi belum tentu saya dapat hotel.Mujur saya tak tidur kat airport sebab dengan keadaan badan saya semalam mungkin saya dapat demam.Bukan sebab travel tapi sebab dua tiga hari sebelum tu badan saya memang tak cukup rehat.

Mujur mujur.Saya ralat sebab saya bayar mahal tapi saya lupa yang *i deserve it* walaupun dengan duit sendiri.Saya kerja penat-penat dan lepas tu treat diri sendiri macam hamba abdi.Sepatutnya saya bersyukur walaupun saya bayar mahal dengan duit sendiri tapi duit tu rezeki dari Allah.Kalau saya fikir dari sudut itu saya patut bersyukur.Bukan semua perkara yang saya rancang jadi.

1- saya plan nak settlekan kerja .Alhamdulillah Allah bagi
2- saya doa supaya mudah segala security check.Alhamdulillah ,Allah bagi
3- saya plan nak tidur airport. Alhamdulillah, Allah tak bagi.
4- saya plan nak bangun lambat.Alhamdulillah,Allah tak bagi
5- saya plan nak breakfast.Alhamdulillah, Allah bagi pancake dua keping,dua biji epal, satu pisang dan kopi.
6- saya nak travel.Alhamdulillah, Allah bagi

Lagi apa lagi? Saya tanya diri saya.Banyak perkara buruk jadi dan saya berkalau-kalau.Saya rasa ralat sebab kena keluar duit banyak tapi saya lupa duit tu Allah bagi.Allah suruh share rezeki dengan orang lain dan Dia boleh treat saya dengan duit yang saya ingat saya punya tu.



Alhamdulillah

San Francisco
23September


Comments

Post a Comment

Popular Posts