geng ujian datang beramai-ramai

first time beli baju online kat instagram hari ni.aku pernah beli baju online sekali jer kut beberapa tahun yang lalu.seksa gak nak ukur bahu, ukur keliling. *tepuk bahu sendiri.great job!*

Ujian belum tentu datang satu satu tau, dia datang bertimpa timpa sukahati dia lah nak datang berdua atau bertiga.dia bawak geng bak kata adik aku. sebab tu ada pepatah kata sudah jatuh ditimpa tangga.

Aku share sikit cerita aku baru baru ni.Yang lain-lain aku tak ready nak cerita.Memang dua tiga bulan ni aku fully occupied hal famili, hal kerja, esok exam pulak yer.study dua tiga muka surat pastu cemuh pergi ngemop lantai.suruh ngaji malas, lagi rela menyental rumah.dulu kecik kecik tanak buat kerja rumah so cari alasan belajar.dah tua-tua gini terbalik pulak.

Okay, tak silap aku hari khamis pagi pagi buta aku keluar ada urusan.lepas tu rasa lapar so pergi cari makan.dah sampai tapi bab mencari parking ya Allah azabnya.Nak dekat setengah jam aku memusing tak jumpa,jumpa.

Last last aku pusing tempat jauh sikit, dalam hati takpe la jalan jauh sikit asal dapat makan.lapar sebab tak makan apa pun lagi.situ pun parking penuh tapi nasib baik ada satu kereta keluar.so merasalah aku parking.

lepas sudah makan tengok-tengok kereta aku kena clamp.bukan aku sorang jer, semua orang kena clamp beramai-ramai.ikan masuk jala. ahh sudah, pegawai takde kat situ pulak.jumpa seorang dia explain berapa kena bayar tapi bukan dia yang tukang buka claim.nak kena bayar cash takboleh pakai card.

aku pulak takde cash, ada RM 50 ja dalam purse.terpaksalah queue kat atm.sekali dua dua atm rosak.aku pergi tanya kat kaunter, pegawai bank tu dok uhh ahh sesama sendiri last last aku snap terus aku tanya, 'tau tak mana atm terdekat?' diorang bagi tau ada dekat petrol stesen.

berpeluh juga nak keluarkan duit.dah dapat baru boleh bayar dan selamatlah kereta aku.berangin juga aku satu macam.sebab dah susah payah cari parking dulu, kalau tau nak kena saman maybe aku parking jer at least jimat masa. tak pun cari tempat makan lain.yang signboard pun dok sembunyi balik mana tah.hopefully tempat larangan parking tu ditanda merah, tak pun ada app yang boleh warn yang tempat tu bakal kena clamp.nasib baik aku ada duit, kalau takde masak jugak weh.

selang sehari aku pergi cari kedai beg nak repair beg kawan aku.aku bawak beg aku sekali.bagus ada kedai macam ni, jimat duit beratus kut.bayangkan zip rosak nak beli , sakit gak sebab luggage bukan murah kan.
kedai tu bukan kedai actually, owner tu jadikan rumah sebagai kedai.satu rumah dia penuh luggage.even handbag pun dia repair.on the way aku nak pergi tu jalan kene block eh memusing musing waze aku nak bawak masuk jalan sempit.masa bersempit sempit ni la aku agak kereta aku bercalar.aku tak perasan sama aku yang langgar kereta orang ke atau orang langgar aku.aku syak aku yang terlanggar tapi bertuah betul sebab takde sapa kejar.aku rasa calar aku lagi teruk kut dari pintu depan ke belakang - dalam dowh.trauma setiap kali aku tengok calar tu.polish tak lepas rasanya.

minggu lepas aku kalut kerja macam biasa.sebab sekarang buat development so memang akan tak sempat nak ambil pot hal hal lain.kalau aku nak settlekan management stuff aku akan allocate waktu pagi.sebab kalau teralik buat coding memang makan pun lupa.hari rabu aku balik lepas maghrib, dah sampai rumah baru teringat aku ada kelas malam every isnin dan rabu.boleh aku lupa padahal aku jarang skip kelas walaupun selalu lambat.aku balik salin baju terus pergi kelas.takdelah nak mandi bagai.masuk kelas dapat tau yang exam nanti kena menghafal dua surah pendek.walaupun surah pendek tapi aku tak ingat weh.

now, anda rasa saya ada masa nak layan jetlag?

seriously aku rasa nak meletup juga weh.bukan senang nak redha kan.ujian aku ni bukanlah besar pun.kecik jer berbanding orang lain.tapi Ya Allah azabnya nak jadi sabar dan redha.

cuma bila aku fikir dalam-dalam, bagus aku keep make myself busy.sebab masa ni subjektif.seriously kalau buat satu kerja semata pun kau akan busy 24 hours, kau buat part time study pun akan busy 24 hours.surirumah sepenuh masa pun busy 24 hours , suri rumah yang bekerja plus study pun busy 24 hours.perdana menteri pun busy 24 hours.

bak kata ustaz lebih kurang gini , 'kebolehan memaksimumkan penggunaan masa untuk perkara berfaedah tu satu nikmat.kena selalu berdoa untuk itu.'

bila fikir betul betul banyak hikmah aku dapat secara tak langsung.contoh, nak tanak aku kena hafal dua surah pendek.nak ambil inisiatif menghafal secara sendiri malas, so biar kena paksa macam ni.

*alhamdulillah*

bye
-unid-


Comments

Popular Posts