Kelas Tajweed 2018

Dah almost setahun aku belajar tajwid dekat Masjid Wilayah Persekutuan.Semalam baru habis ujian lisan.Tak taulah markah macam mana.Hew Hew.

Meh sini aku nak share pengalaman aku.

Camana boleh tiba-tiba terbelajar ni?
Jujur aku cakap aku tatau.Entah dari mana tiba-tiba teringin nak belajar.Aku cuma terfikir yang aku ni kemain excited pasal self improvement, positif rutin bagai tapi bab investment aku kat akhirat rasa macam takde ja.ngaji rasa macam lancar tapi last belajar tajweed sekolah rendah.so aku tanya diri sendiri, valid lagi ke cara aku mengaji sebab last aku mengaji pun sekolah rendah.

so tergoogle - aku tak sure samada aku google benda lain dulu rasanya dan tiba tiba iklan interview kelas mengaji ni keluar dalam carian, so aku just pasang angan-angan and share link with some friends.lepas tu terlupa.

nak dijadikan cerita, beberapa lama kemudian aku teringat balik tu masa aku dah sampai office dan kebetulan hari tu adalah hari temuduga.Aku berbelah bahagi juga sebab aku pakai seluar dengan blouse ke tshirt. Tapi last-last aku gamble jer dari  office naik grab pergi masjid.Gigih kan.

Masa sampai kat masjid semua pompuan pakai baju kurung,jubah bagai. aku jer pakai pelik sikit.Masa isi borang temuduga, isi untuk kelas HAFAZAN. Haa... nampak tak betapa confidentnya aku nak masuk kelas hafazan berbekalkan ilmu tajweed sekolah rendah.

Masa interview ustaz suruh baca Quran satu muka surat.Aku pun bacalah berbekalkan ilmu tajweed masa hingusan bercampur nervous. Baca kat rumah rasa lancar jer kat sini tersekat-sekat.Diam jer ustaz tu sambil belek belek borang aku.*rupanya dia ada makna*

Dah habis baca, dia senyum dan bagitau dengan nada *tanak bagi aku nangis*.
"Humm tak boleh menghafal lagi ni sebab tajweed kena baiki lagi.Nanti takut lagi susah nak baiki hafazan kalau asas tajweed takder.Saya masukkan ke kelas tajweed 1 okay?" lebih kurang gitu lah respond ustaz tu.

Ha Ha Ha.Aku gelak dalam hati.Hambik kau, kelas tajweed satu.Tapi aku tak rasa ralat langsung sebab aku betul betul nak belajar.

Bermulalah kelas aku setiap Isnin dan Rabu, bergegaslah aku everytime balik kerja.So muka aku ni muka lambat sokmo.Mujur ustaz tak marah, maybe sebab tu la aku cuba juga datang except atas sebab-sebab tertentu contoh outstation ke, balik kampung ke.walaupun mood aku bagai mengantuk disorong bantal still aku pergi.

Mula mula aku rasa ralat jugak sebab apa lah isnin dan rabu.Gigih jugak terkejar-kejar after kerja.tapi sekarang aku dah nampak hikmahnya. kalau aku tak gi kelas, waktu tidur aku sama gak sebab ralik tengok tv, youtube dan pelbagai aktiviti yang mencuri masa.kalau aku tak buang masa ke situ, aku ralik buat kerja which is stressful sebab takde time limit.at least bila aku pergi kelas, aku terpaksa disiplinkan diri aku supaya jangan melarat buat kerja sangat.kerja sampai kiamyuat pun tak habis especially kalau takde time limit.end up seumur hidup aku kerja jer sebab aku tak reti nak setkan perkara lain yang berfaedah selain kerja.

Makin aku belajar, makin aku rasa banyak benda yang aku tatau.contoh hukum belajar ilmu tajweed adalah fardu kifayah, maknanya kalau satu kampung tu seorang jer belajar maka dah kira selamat.Akan tetapi hukum beramal dengan ilmu tajweed adalah fardu ain , maknanya kalau baca quran tak ikut tajweed berdosa.dan ilmu tajweed bukan sekadar mad atau hukum mim atau nun mati jer, tapi banyak.bayangkanlah aku ambil kelas tahap satu ni pun aku rasa banyak aku tatau.

Persepsi aku pun bertukar tentang kelas agama ni.Aku salute cara Masjid Wilayah buat, memang ada interview, yuran dan siap ada badge.Yuran murah jer lebih kurang RM300 kut untuk setahun.Dah tu tempoh bayaran boleh ansur-ansur, even boleh bayar before exam akhir tahun.Dulu aku skeptical juga kenapa nak interview, orang nak ngaji pun kena interview.Tapi selepas ada kes seorang budak tu beria nak masuk kelas hafazan tapi tajweed pun tak lepas *aku ler tu*, maka memang patutlah kena interview.kalau tak kelas hafazan bertukar jadi kelas tajweed basic which surely annoy student-student lain yang nak menghafal.apa kes budak seekor ni nak menghafal, mad jaiz ngan mad wajib pun confuse.

Dalam kelas takde lagha-lagha.Aku respect budak budak kelas aku, semua soalan berkisar quran dan tajweed.Aku ni kadang-kadang dah terngantuk dah sebab kelas patut habis pukul 10 tapi student dok tanya sampai kul 10.30.Dah tu most of the time kelas aku ni dikira still balik awal compare kelas kelas lain.Mungkin sebab mostly mereka yang  masuk mengaji ni memang nak mengaji sebab nak tahu.so aura dia lain sikit dari sekolah yang ngaji sebab takut ustaz atau mak abah marah.sini suka hatilah nak ponteng ke ,takde sapa nak marah tapi mengejutkan jarang pulak orang ponteng.Kalau ponteng mesti bersebab.

Tau tau jer exam.Hari isnin hari tu ujian bertulis.Aku cakap terus terang memang aku tak berapa lepas rasanya.Sebab soalan subjective aku ke laut.Aku siap awal - dah tak reti so aku belasah jer jawab so aku dah plan nak balik awal la.Sekali masa nak hantar, ustaz check jawapan subjective aku dan dia cakap jawapan aku semua salah kecuali satu jer which is saktah.sure dia rasa kesian bila tengok paper aku.
exam buat dekat hall ye.semua kelas exam serentak.

Panik sebab memang aku macam tak ingat langsung cara bacaan.Perasaan dia gini tau, ayat tu aku tahu baca tapi aku tak tau dia under rules apa tapi dia bukan mad.Dia termasuk hukum saktah dan sewaktu dengannya.Tapi saktah jer aku tau.

Ustaz kesian kat aku, so dia bagi list of cara bacaan (Raum, Tashil, Imalah, Saktah)  which I still need to match to correct question.Tapi tahap benak aku takleh nak ditolong. Aku yakin aku still buat salah sebab aku main hantam jer masa suai padam.

Dalam hati aku, kalau aku kena repeat kelas memang aku redha.Sebab aku still lagi tatau, what point aku masuk tahap lain kalau aku tatau.

Semalam hari Rabu, ujian lisan pulak.Kitaorang kena hafal Alfathihah, Al Takasur dan Humazah dan baca satu muka surat quran.Aku confuse Humazah sebab selalu terhafal enam ayat padahal total sembilan ayat.So menghafal macam nak rak.Ini ayat lazim jer tau, kelas lain ada yang kena pilih samada surah Yasin, Alwaqiah dan sewaktu dengannya.Aku yang ayat lazim ni pun ketaq kepala lutut baq hang.Bukan sekadar hafazan, pemeriksa akan tanya hukum tajweed secara rawak.Lepas kita baca dia akan point jer kat ayat mana mana suruh kau jawab.

Aku rasa aku jawab okay tapi still aku tatau markah.Sebab pemeriksa tu dia cuma tanya pastu senyum.Tak berani aku nak assume semua okay.Kita tengoklah result nanti.Aku cuma pesan kat diri aku, kalau rasa tak confident repeat lagi kelas.takper tak rugi pun.moga moga amalan aku diterima.

Bye.

loves
-unid






Comments

Popular Posts