Raya 2008
Raya datang lagi. Macam biasa, rumah aku riuh rendah. Ada yang kaki mengusik, ada yang pantang diusik.Happy bercampur pening. Isu-isu yang sama jer setiap kali raya.
1. Tempoyak kesayangan mak.Selalu jadi rungutan.Nak dibuang mak tak kasi.Sayang katanya.Sudahnya tempoyak memenuhi peti sejuk sampai musim durian tahun depan. Nak kata makan tempoyak tetiap hari tu takde la sangat. Ada la sambal tempoyak.
2. Kerongsang dan butang baju melayu. Selalu jadi punca masalah.Selalu kehilangannya menjadi misteri.Last-last aku keluar beli kerongsang , 10 biji.Itu pun masih macam tak cukup. Pening! Tu belum masuk isu anak tudung lagi!!
3. First time missed sembahyang sunat raya, bagi adik-adik aku la. Aku still under MC.Boleh ke missed sebab asyik bersembang sambil makan ketupat. Sudahnya pergi masjid lambat, dan termiss solat raya.Pergi la tapi patah balik bila diorang tengok semua orang dah keluar masjid. Abah balik tanya,” Tak nampak pun hangpa kat masjid?” Adik-adik aku bagi alasan pergi masjid lain pastu tok imam sana sakit perut. Poyo punya alasan
4. Saudara mara belah emak datang dengan empat buah kereta waktu malam.First time rumah aku terima tetamu sebanyak tuh.
5. Rumah aku still under construction.Cuma ada la improvement dari tahun tahun lepas. Atap yang bocor dah diganti, kalo tak macam taman tema air setiap kali hujan.Dinding dapur baru naik sebelah. Dinding bilik yang kami adik beradik selalu musnahkan waktu kecik-kecik diganti dengan dinding baru.Kalau boleh nak jer aku siapkan rumah cepat-cepat tapi duit tak cukup. Tambahan bulan nih aku banyak habis duit kat road tax and saman.Bila lah rumah nak siap; naik pening bila pikir.
6. Raya kedua balik kampong belah mak.Dah nak malam baru balik.Raya pertama dah balik kampong belah abah.
7. Raya ketiga, adik-adik lelaki bising nak makan sate lagi padahal raya pertama dah makan dah.So diorang pon pepandaila nyalakan api dari sebelum maghrib sampaila selepas isyak, api pun tak menyala-nyala lagi.Mak aku turun pi tengok ,”Adei la bila la nak boleh makan nih.Nyalakan api pun tak betul.Orang letak la kayu kecil-kecil dulu pastu baru leh tambah arang.”
Ami merungut,” Telo la cakap takyah guna kayu kecil pon takper, pakai jer arang jer terus.Ajaran sesat”
Sudahnya kami , geng pompuan dah tertidur tak sempat nak makan sate bebudak tuh.
8. Raya keempat.Emak kerja, aku diassignkan memasak.Oleh kerana tak ada apa nak dimasak aku pun bantai la asam pedas ikan kembung, masak kicap hati ayam pastu tumbuk sambal belacan.Asam pedas aku ingat nak buat style Melaka tapi cair la pulak.Petang tuh after hantar adik ke asrama, aku pon mencari nasi.Biasala selera makan tak tentu.Semua benda yang aku masak habis.Tension!Dah la aku pon belum makan lagi.
Angah : Wahh..Masakan along laku hari ni.
Ami : Tak sedap pun
Aku: Tak sedap pun habis
Ami: Ami tak suka asam pedas tuh
Nene: Adik suka (Nene memang hantu asam pedas)
Ami :Ami makan petai jeruk jer
Aku: Petai pun, sambal belacan along habis.
Memanglah kalau semua berkumpul semua jadi sedap.Makanan tolak batu dengan kayu sahaja, semua habis.Kalau semua tak ada, tinggal kami empat beranak, makanan yang paling mahal pun tak habis.
9. Raya kelima. Pergi kenduri rumah kawan emak.Sesat punya fasal aku makan banyak sampai dua kali hidangan(Nasik 3 kali tambah, mak aku pun terkejut.Bukan main nak amik berkat agaknya). Malam tuh hantar adik-adik yang study kat KL, diorang naik bas malam dari Kulim. Sunyi lah balik . Pasni aku asyik ngadap muka Nene jer la.
10. Raya keenam.6 October 2008 .Pagi kat ofis. Sunyi.Semua orang masih mood raya. Tengahari dapat call from mak, Abang Ki meninggal accident. Arwah meninggalkan isterinya yang sarat mengandung.Aku terus emergency leave.Balik rumah , tengok emak yang baru pulih dari pitam.Balik kampong terus ke rumah Maklong.Muka maklong bengkak akibat menangis, “Entah dugaan apa lagi ..”Dia bersuara perlahan.Isteri arwah berjujuran air mata, tak henti-henti.Tak sanggup nak tengok, aku naik atas memencilkan diri, menghadiahkan apa yang patut pada arwah. Suasananya memang lah menyedihkan.Arwah pernah berkata pada isterinya, “Jika baby lahir 8 hb October, samalah birthday nya dengan abang.Boleh lah ganti abang.”
Salah seorang teman sepermainanku waktu kecil sudah mendahuluiku. Aku?
Tula conclusion raya tahun 2008. Ada yang manis, masam semua ada.Cuma ada yang diceritakan dan ada yang tidak.
hmm tula k.unid.... masam manis kehidupan.. al-fatihah buat arwah...
ReplyDelete