Telur Dadar Nene

Apabila Nene mahu bercerita, semua orang mesti dengar, kalau tak dia akan merengek, “Dengarlah …dengarlah ni-
“Iya tengah dengarlah ni.”

Nene bercerita tentang resepi telur dadar yang dibuat jiran.
Mula-mula pukul telur.Lepas tuh masukkan sedikit gula.Kemudian tuangkan separuh dari bekas telur tersebut ke dalam kuali yang panas.Masukkan kicap dan sos di atas telur.Kemudian tuang baki telur ke atasnya.Tunggu sehingga bahagian bawah masak kemudian balikkan.Setelah masak terus angkat dan hidangkan.

“Sedap!”Nene mengakhiri ceritanya.”Adik dah try buat hari tu tapi mak tak puji pun.”

Emak berkerut cuba mengingat bilakah dia makan telur buatan Nene.

“Mungkin sebab adik buat hangit, sebab tu mak tak puji.” Nada suara adik sedikit sedih.

Aku renung mak, mak renung aku.
“Hangit!Macammana nak puji.”Bidas emak.
Aku sengih.Hangit – boleh diterima ke?

Comments

Popular Posts