Buih-buih di lautan

Last time aku naik feri. Lama gila tak naik, rasanya mungkin aku pernah naik waktu universiti kut. Ada kenangan pelik jugak bila aku terkenangkan. Seingat aku, aku pernah naik feri selepas dipelawa oleh seorang perempuan cina berambut pendek macam lelaki.Ala- ala tomboy gitu. Dia mendapat tahu aku tak pernah naik feri, jadi dia terus ajak aku naik feri.

Yang peliknya, aku bukan kenal pun perempuan tuh, dekat stesen bas Butterworth tuh la aku terjumpa ngan dia.Pelik sebab aku boleh ikut orang yang tak dikenali .Nasib la perempuan tuh tak buat apa-apa yang pelik.Dia seorang guru, namanya aku tak ingat. Terima kasih, at least  tu lah first time aku naik feri.Kami naik feri pergi pastu patah balik.Humm..tak berapa ingat sangat lah.

Dulu selalu balik kampong dari UTP melalui butterworth. Masa  tu teruja sangat tengok feri, sebab stesen bas tu kan dekat pelabuhan. Rindu masa muda dulu. Masa tuh sangat energetic. Best kan kalau masa boleh dip using-pusing semula.

Bila naik feri, selalu tengok kat bawah. Cari obor-obor. Kadang-kadang nampak ikan.Tapi kali ni tak nampak pulak, tatau mana hilangnya. Yang tinggal buih-buih. Buih-buih laut?Terus aku teringatkan cerita duyung. Bukan cerita little mermaid by Walt Disney tu. Cerita tu cerita kartun yang aku pernah tengok waktu kecik.Lukisan dia agak seni, macam ada unsur awan larat.Mungkin bagi budak-budak lukisan tu takde la cantik sangat.

Macam biasa cerita duyung fall in love dengan putera daratan sehingga sanggup menukarkan suaranya dengan sepasang kaki.Putera tu layan dia dengan baik, dia pun seronok sampai perasan yang  putera tuh pun jatuh cinta dengan dia juga. Tapi akhirnya putera itu berkahwin dengan puteri dari negara lain.Hubungan duyung dan putera tersebut tak lebih dari adik dan abang sahaja.

Majlis perkahwinan diadakan dengan penuh meriah di atas kapal. Puteri Duyung bersedih. Di waktu malam, duyung tuh termenung di atas kapal. Kakak-kakak duyung merayu kepadanya.Mereka menyuruhnya membunuh putera tersebut supaya dia dapat kembali semula ke laut dengan menggunakan pisau hikmat.

Puteri duyung mengambil pisau tersebut, dan pergi ke peraduan  putera dan isterinya.Pada mulanya dia mahu membunuh putera tersebut tapi tak sampai hati.Last-last nya dia pergi cium putera tu dan berlalu keluar. Puteri duyung menunggu matahari naik dan kemudiannya terjun ke laut bersama-sama pisau hikmat tersebut. Dia bertukar menjadi buih-buih di lautan kerana sumpahan cinta tak berbalas. Kalau ikut boleh jer dia bunuh putera tu tapi dia tak sampai hati.Kasihan.

Moral of the story,  aku pun tak sure sebab masa aku tengok cerita tuh aku pun kecik lagi. Masa tuh aku cuma pikir buang masa sahaja jatuh cinta sampai nak tukar suara dengan kaki. Kan lagi best jadi ikan duyung duduk dalam laut, boleh makan seafood tiap-tiap hari.Kan?

Comments

Popular Posts