Yang penting tu apa?

Balik raya kat kampong sebelah abah,aku berjumpa dengan ramai sepupu, dari kecil sampai la yang besar.Bapa saudaraku menceritakan perihal anaknya yang berumur tiga tahun.

Anaknya bertanya, “Abah, yang penting tu apa bah?”

Si abah terkelu, memikirkan kepelikan soalan tersebut.Semalaman dia memikirkan apakah yang patut dijawab untuk soalan tu. “Yang penting tu apa bah?”Kenapalah anaknya yang berumur tiga tahun bertanyakan soalan begitu.Puas dia memikirkan jawapan.Apakah yang penting?

Keesokannya, tatkala dia mahu menjawab, anaknya dengan selamba berkata, “Yang penting selamatkan kucing hitam tu!”

Rupanya si anak mengajuk cerita kartun kat TV. Aku tersengih dan tertanya-tanya, kartun apalah agaknya yang ditonton oleh sepupuku.

p/s:Dalam kehidupan ini yang penting tu apa ya?

Comments

  1. abieh tu..yang penting tu ape?
    hehehehheh

    ReplyDelete
  2. yang penting selamatkan kucing itam.. he he he

    ReplyDelete
  3. hahahahahahaha gile kiut soklan n jawapan budak tu.hahahahhahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts