Cerita Dulu
Entry kali ni banyak kontroversi la plak.Fact on this entry :
1. Is not confirmed that the victim inside this writing is me or other person.So please don't jump to the conclusion.It's ok for you to assume who is the daughter but when you write the comment don't simply assume I am the daughter.
2. The main objective of this entry is to show you what happens to the child whenever marriage is fail or the bad of parentship.So it is warning to all of you because this is real thing happens.
3.Lagi satu don't simply assume Unid Nak Kawin? Hadei la... After read the comments, I reread this entry again and again, so far nothing mention that Unid will get married.So it's quite irritating when people asked me those question.
Pada zaman dahulu, adatlah perkahwinan diatur oleh ibu bapa.Maka ada seorang gadis dikahwinkan judengan seorang lelaki yang mempunyai latar belakang yang baik.Bijak.Dibandingkan dengan gadis ini belajar pun tak habis.
Maka sudah menjadi adat Melayu.Isteri mesti melayan suami, memasak, membasuh dan mengasuh anak-anak. Yang pasti bila suami balik kerja semua mesti tersedia. Hatta air basuh tangan mesti disediakan. Bila bersuara, suami lah yang betul.Jika ada teguran dari isteri dibidas, ahh perempuan tahu apa?Maka terdiamlah si isteri. Dan apabila jangkaan si isteri betul pun dimarahi juga.Kononnya salah isteri mendoakan perkara tersebut supaya terjadi.Maka diam dan patuhlah si isteri lantaran ingin menjaga hati suami dan mengelakkan pergaduhan.
Dan apabila suami isteri sudah mempunyai anak, urusan anak-anak juga diurus isteri.Jika anak-anak mahukan sesuatu jaranglah mereka berani bersuara secara terus dengan si bapa. Semua melalui ibu, hatta duit sepuluh sen pun terpaksa melalui proses birokrasi. Maka hubungan bapa dan anak menjadi sangatlah renggang.Jika bapa bertanya sepatah, maka sepatah dijawab anak. Jika adapun perbualan, ianya lebih kepada monolog di mana sang bapa akan bersuara lebih dan akhirnya si anak akan bersetuju ataupun berpura-pura setuju.Segala luahan perasaan semuanya kepada sang ibu.
Maka suatu saat si bapa sudah berputus asa untuk bekerja.Dia berkata kepada isterinya, “Cubalah kau rasa kerja macama mana pulak?” Maka si isteri demi kelangsungan hidup anak-anaknya mencari pekerjaan.Sehingga muntah darah namun diteruskan juga.Si anak menjadi belas, mahu berhenti belajar semata-mata menolong ibu.Ibu berkeras, selagi ibu hidup anak-anak mesti belajar.
Dan tugas isteri semakin berat, dia masih lagi suri rumah kerana si suami enggan mengambil alih tugas isteri.”Ahh.. Aku bukannya tak tahu tapi inikan tugas perempuan “Tegasnya.Maka tugas sang isteri menjadi dua kali ganda.Suri rumah dan juga pekerja yang menyara anak-anak juga suami.
Pernah si anak mencadangkan supaya bercerai kerana memudahkan mereka untuk mendapatkan pertolongan.Yalah jika menjadi ibu tunggal kan banyak sumber boleh membantu contohnya wang zakat dan badan-badan kebajikan yang lain.Sekarang walaupun ada bapa tapi seperti tiada bapa.
Ibu menolak.Mempunyai bapa penting supaya anak-anak bersatu.Dia menahan diri kerana anak-anak.Jika tidak kerana anak mungkin dah lama dia meminta cerai.Jadi sang ibu bersabar hingga akhirnya anak-anaknya membesar.Suaminya berubah tetapi oleh kerana pengalaman yang pahit membuatkan anak-anak menjadi kurang mesra.
Maka si ibu di suatu petang bertanya kepada anak gadisnya,” Bila mahu berkahwin?”
Sang anak terdiam.Perlahan dia menjawab,” Tanak jadi macam ibu.”
“Ahh..bukan semua lelaki macam tu, ada yang baik”Ibu berkata ingin menenangkan.
“Bagaimana nak tahu lelaki tu baik ke tak?”
“Ibu akan doakan supaya anak dapat suami yang baik.”
Anak terdiam lama.Semua ibu akan berkata begitu.Tapi kali ini dia cuma menjawab dalam hati.Jika nasib dapat lelaki yang tak baik bolehkah dia berpatah balik?Bagaimana nasib anak-anaknya nanti?Sejarah akan berulang lagi.Sang anak akan menerima nasib yang sama macam si ibu.
Jika si anak menahan kehendak hati, tidak jatuh cinta dan berkahwin.Bukankah itu lagi selamat?Si anak hanya menderita seorang diri,tak perlu membiarkan keturunannya menderita.
Bagaimana?
Bagaimana?
Menjadi anak susah bukan?Tak dapat menentukan apa yang diigini.Tidak dapat menukar ibu atau bapa atau adik beradik.Jadi siapa yang boleh menentukan?
Mungkin lelaki atau gadis sebelum berkahwin boleh menentukan bagaimana masa depan anak-anak mereka?
Mungkin puncanya kerana sang suami tidak mencintai isteri sepenuh hati mungkin sebab itu perasaan belas dan kasih sayangnya agak kurang.Berbeza dengan perempuan, sekali melahirkan anak dia menyayangi anak sepenuh hati jadi demi menjaga anak, dia mesti berbakti dan taat pada suami.
p/s: Pengalaman yang buruk di masa kecil sangat membawa kesan di waktu dewasa bukan?

yup..betulla tu nid..pengalaman yang buruk di masa kecil mmg byk bawa kesan di waktu dewasa..Namun harus diingat pengalaman tu la yang mendewasakan, dan banyak memberi pengajaran kepada kita. Jadi, tak sepatutnya pengalaman tu jadi batu penghalang.OK? So,Unid kena la kuat.Don't worry my friend, I will back u up!.-)
ReplyDeleteehem..kak unid nak kawen dah ke sebenarnye ni..thehehehehe~
ReplyDeleteTakde la..takde kene mengena kawin and cerita di atas.. :P
ReplyDelete