Hello??
Macam biasa malam Selasa aku drive dari ofis dalam hujan lebat.Orang selalu tanya kenapa aku balik lambat. Senang saja, bosan duduk rumah.Tatau nak buat apa selain TV dan menulis.
Malam tu hujan lebat ditambah lagi dengan lagu It’s My Life dari Bon Jovi. Dan cuba bayangkan campur dengan suara aku yang sumbangsih. Telinga sendiri pun naik pekak tau tak.
Handset aku berbunyi, selalunya aku tak layan handset masa memandu.Pemandu berhemah la kononnya tapi sebenarnya sebab handset aku tu kurang user friendly sikit . Tapi kali ni aku angkat.
“Hello …”
“Hello..Along ka?” suara lelaki di sebelah sana.
"A, a Along cakap"
"Along, Pak Jang ni. Amboi lama tak cakap sampai termimpi-mimpi la."
Aku blur.Mimpi apa pula. “Pak Jang…Along tengah drive ni. Nanti Along call balik.” Aku terus letak .
Sampai rumah lebih kurang kul 8.00 malam. Aku tengok balik memory call. Terus aku call balik.
“Hello..”
“Hello..” Suara perempuan pulak.
“Ummm..” Aku blur lagi.
“Along ke ni?”
“A’a”
“Pak Jang kamu sembahyang.Ni Mak Jang ni.” Slang Mak Jang pelik sikit, macam orang Perak.”Kamu apo kabo? Sihat ke?”
“Sihat.” Aku mula was-was. Setahu aku Pak Jang Mak Jang aku samada sebelah emak atau abah bukan orang Perak.”Mak Jang sihat ?” Dalam confuse tu aku still lagi boleh bertanya.
“Mak Jang sihat.Adik-adik kamu sekolah?’
“Umm..sekolah.” Adik-adik aku sekolah tapi dua jer la. Aku mula syak ada yang tak kena.Perlu ke aku mengenal pasti atau tak?Kalau aku syak boleh jadi Mak Jang yang bercakap ni Mak Jang aku yang real tak ke haru? Silap ari bulan aku kena belasah sebab saudara sendiri pun tak kenal.
“Ni Mak Jang sebelah Che ke?” Aku memberanikan diri. Che tu adalah panggilan untuk arwah datuk sebelah abah.
“Che?Apa Che?” Mak Jang blur.
Heh.Semacam jer ni.” Tak apa nanti along call balik.” Aku menutup malu.
Elok jer end call terus aku call adik aku. Suruh carikan nombor tepon Pak Jang.Heh, result nya NEGATIVE nombor tu tak ada siapa pon yang pakai.Samada ada salah nombor ataupon terlampau lama tak contact ngan saudara mara.
Handset aku berbunyi ada SMS.
Salam. Rin dok mane lani?Keja kat mane plak lani?Ad plk keja ape plk?
Sah salah nombor.Walaupun aku tak berapa faham tapi takde orang panggil aku Rin.Alamak macam mana nak cover ni.
Salah nombor ni. Saya bukan Rin
Abis tu sapa ni?
Along
Along mana ni
Nak cakap ngan along mana ni
Nak cakap ngan Kak Long.Isteri Adnan @ Ikmal. Dok kat Perak. Kak long tu nama Zurina.
Salah no ni. Saya bukan Zurina.
Nama sape? Abis tu macam mana boleh ada nama kat sini. Ada kawan ngan anak saya kut?
Nama saya Unid
Ada tak kawan nama Imran?
Imran mana? Saya takde kawan nama tu. Tatau la kut-kut dulu kat sekolah ada.
Dan SMS tu terhenti begitu sahaja.Aku cuma memikirkan mereka cuba menghubungi seseorang yang terlalu lama tak dihubungi. Sampai termimpi-mimpi la dibuatnya.
Cuma yang paling lawak. Aku tak pernah mengalami salah nombor yang macam ni. Inilah first time berlaku.
Dan tadi pun aku baru menerima panggilan dari kanak-kanak yang mencari Aziq.
Aziq takde dik. Salah nombor dik. Setakat itu sahaja salah nombornya.
Glamer juga nombor aku ni. Asyik tersalah jer, tapi ni la kesalahan yang paling pelik.
p/s: Nama semua diubah suai kan untuk menghormati mereka yang hidup.

Comments
Post a Comment