Amarah

Kalau aku marah.Memang muka aku pemarah tapi aku bukanlah orang yang sentiasa marah.As long aku boleh membebel still marah aku belum sampai puncak.

Kalau aku betul-betul marah, aku rasa nak termuntah.Rasa nak  meletup dada macam nak pecah otak.Mata akan berair dan rasa cam nak menangis.

Selalu aku takleh nak bercakap dengan tenang sebab tahan air mata. Selalu aku akan elak sedaya upaya untuk tidak bercakap atau menjawab atau melayan apa sahaja termasuk lawak-lawak yang ketika itu akan jadi lawak bodoh secara sendirinya.Muka aku rasa cam belon bila-bila je leh meletup.

Dan selalunya reason aku marah adalah sebab aku dah terlampau lama giler  bersabar.

Masa kecik-kecik kalau terlampau marah my mum akan peluk and cium aku dan cakap.”Sayang anak mama ni.”Selalunya tak kiranya camana aku melawan pun dia akan tetap peluk aku.Last-last aku menangis tak jadi nak marah. Mum, I wish that you can hug me again .Sob.. sob~

Comments

Popular Posts