Tuesday, March 16, 2010

Bakteria

Unid tengah layan TV tatkala iklan sabun mandi ke udara. “Membunuh 99% bakteria.”Itulah ayat iklan macam biasa.

Semua sabun yang berubat membunuh 99% bakteria.Kenapa 99% jer?

“Semua sabun membunuh 99% bakteria. Apa yang 1% lagi tuh?” Unid merungut sesorang, tak sedar adik yang bongsu terdengar.

“Bakteria yang satu lagi tu kan bakteria baik.Bakteria yang duduk dalam Yakult tuh.Kalau semua bakteria kena bunuh, habislah.” Dia bersungguh-sungguh menerangkan tanpa dipinta.

Unid terdiam, bukan pasal ‘fakta’ yang diterangkan, tetapi memikirkan jawapan itu keluar dari budak yang berumur 16 tahun. Adui la…

No comments:

Post a Comment