Happy New Year 2012 and 1433

Yeah..macam biasa apa yang nak dibuat next year.Actually tak pernah pun ada azam before this.Kalau nak buat ..buat jer terus but ada yang keep berangan tapi pernah buat.So tau-tau masa berlalu, mimpi masih lagi menjadi.


Antara angan-angan yang saya nak buat tapi tak terbuat but now I am going to put it here.So dah macam ada plan dah ni...

1) Belajar menjahit..
2) Belajar menunggang kuda. Kalau boleh nak buat 1) and 2) for 2012 but depend on budget jugak yer.Tapi insyaAllah try salah satu dulu.
3)Consistent solat di awal waktu.Aduyaiii susah nih.Sesungguhnya solat amatlah berat.Memang la solat tak tinggal(kadang-kadang ada gak terbabas) tapi selalu di hujung-hujung waktu.Saya mengutamakan keseronokan dunia seperti tv , game selain solat.Untuk nak apply semua waktu maybe agak susah dan mengejutkan.So apa kata waktu subuh dulu.Subuh start esok pagi.Saya takde hal nak bangun pagi, malah without alarm clock pun saya selalu terjaga kul 5.Tapi nak mengangkat selimut tu yang sangat berat...wehh.So insyaAllah try maybe start esok for 6 months akan membiasakan badan untuk solat subuh awal.Maybe bila dah stick subuh awal maybe akan try Isya pulak. :) . Saya tahu ini antara yang paling mencabar, maybe saya akan terjatuh banyak kali.Tapi ini tak bermaksud solat-solat lain saya plan untuk lambatkan.Cuma saya narrow down sikit-sikit dulu.

Okay..tulis macam ini
Solat Subuh Di Awal Waktu (Latihan 6 bulan pertama)
Solat Isyak di Awal Waktu(Latihan 6 selama enam bulan selepas lulus Solat subuh di awal waktu dengan jayanya) Tskk.. Ya Allah permudah kan amin.. amin ..


4)Tahajjud sebulan sekali . Kalau difikirkan memang banyak peluang yang diberi untuk saya mengejarkan Solat Tahajud.Selalu terjaga sendiri di awal pagi.Tapi tu la, seperti yang dikatakan.. selimut itu terasa sangat berat dan mimpi terasa sangat lah indah, cuaca menjadi sangat dingin dan saya rasa macam mahu tidur selamanya.Saya jadi malas nak bangun walaupun waktu terjaga tu asyik terfikir, mesti ada sebab kenapa saya terbangun di pagi-pagi buta begini

So tulis yer begini… Solat Tahajud paling kurang sebulan sekali. (Uhukk..)

5)Puasa 3 hari sebulan.Nak puasa seminggu sekali memang lah aci kerat jari tak jadi.Ini pun belum tentu jadi.Tapi takper..kita listkan sebagai azam.Semoga Allah menguatkan semangat.Supaya takde la saya qadha puasa last minute.Dan takde juga terlebih makan dan menjadi buncit.

6)Start tanam pokok.Tanah dah ada tapi nak tanam pokok sebatang pun susah.Makanya target at least 10 batang pokok limau ditanam tahun ini.Go green yeayy..

Dalam semua-semua azam di atas, seriously yang 3,4 dan 5 tu la saya boleh agak akan mencabar keimanan.Huii ...huii.. berani tulis dalam blog ni.Takper..hopefully kalau umur panjang sampai 2013, dan pada hujung Dec 2012 saya akan bukan balik entri ni dah tickkan yang mana dah dibuat.Ya Allah permudahkanlah urusan saya.Amin.

Comments

Popular Posts