Demam

Kerja banyak and yang paling tension bila kena trouble shoot benda yang kita pun tak faham.Plus demam...bila demam ,hingus meleleh memanglah.Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Dah lah abang boss cuti for the whole week...cuti-cuti waktu lunch ade je sms dia masuk tanya pasal baby ..eh.Sebelum anda terbayang benda pelik-pelik, baby tu our new project yang deployed kat production.Dah dua hari berturut-turut dapat message tanyakan babynya.Risau benar.Takperla unid tolong jaga sebab baby tu kan milik bersama.

Tapi hari ni serius tak tahan, pagi tadi masuk lambat padahal ada meeting kul 9.Masa meeting takleh nak tanya banyak sebab otak rasa stuck.Masuk tengahari mata dah berpinar-pinar mata.Masa tu jugak ncik boss sms tanya how 's the baby on second day? Maka dijawab lah juga seadanya.

Dah nak dekat pukul 3, serius tak tahan...last-last apply half day.Even my friend suruh sabar sikit sebab dah nak dekat kul 3.Tidur jer dulu sampai kul 6 pastu balik.Nak tido kat mana? Bawah meja?

Balik rumah tidur... sampai 4.55 pm.Pening plus mual.Gagah juga solat asar.Masa ni setan mula la nak membatu apikan hubungan saya ngan Tuhan.Yelaa.. bila unid try solat bebaik , sakit pun datang.Ek eleh setan ni, kalau sakit itu tanda Allah murka, bukankah banyak nabi-nabi yang diuji sakit? Sabar..sabar.

Perut lapar..badan letih.Nak telan ubat tak boleh sebab perut kosong.At last gagahi diri memasak nasi and tomyam kosong.Tomyam yang ada bawang and udang jer.Guna perencah tomyam yang kiub tu.Rasanya bila selsema tomyam la makanan paling sesuai.Sebab terasa masam masin and berkuah.Alhamdulillah...lega.Dapat makan nasi dan nanti bolehlah telan ubat panadol.
Nak juga letak pic, mana tau kut2 ada yang meleleh air liur dek kerana tomyam kosong jer. :P

Comments

Popular Posts