Lasagna ku

Pagi ini masuk office dengan badan yang really lemah.Selsema since semalam.Meleleh jer air hidung, terpaksala berkepit dengan towel kecik.

Kalau ikut hati mau jer cuti, tapi disebabkan takde sapa 'jaga kedai' maka terpaksala menggagahi diri juga.Semalam waktu US, our code deployed into production... lebih dari 10 files rasanyer termasuk la WAR, JAR,.ksh,.sql .Huii..project yang satu ini makan tahun dan usaha.So pagi ini Unid kena check betul ke yang dideploy tu, ada error ke tak? Memang ada gak la kepanikan pagi tadi but alhamdulillah settle.

Sedang kerja sangatla teringin nak makan lasagna.Rasa cam nak drive jer pi QB tapi member from other office takleh nak join.So cancel makan lasagna kat QB memikirkan betapa tak bestnyer makan lasagna sesorang sewaktu demam.

Maka bermulalah misi membuat lasagna sendiri setelah mengadakan research recipe maka keluarlah idea nak memasak.Unid ni nama jer tengok recipe tapi haram nak ikut.Itu yang masak asik tak jadi jer.Ehekk..

Resipe terpulang pada anda sebab unid pun hentam after baca sana sini jer.

3 ulas bawang putih
sebiji bawang besar
sebiji tomato member dengan izin
dua sudu cili giling (sebab unid selsema so nak rasa pedas)
Setengah botol sos spageti kimbal (orang bujang la katakan)
Setengah paket daging kisar ramli(paket kecik ni, sesuai utk unid yang kecik)
6 helai lasagna , rendam ngn air panas sampai lembik.(Enam helai pun unid rasa banyak disebabkan unid makan sorang)
sebiji potato yang dihiris super nipis, kalo ada penyagat.Sagat jer.(Sebab tiba2 teringat lasagna milano kat klcc, ada lapisan kentang fuh)
Gula , garam , black pepper and mayonis secukup rasa.
Cheese..unid guna parmesan untuk tabur kat lapisan atas.Kalau letak bebanyak nanti muak pulak kan.


Ok.. cincang halus bawang.Tumis.Pastu masuk cili giling.Masak sampai masak la chili tu.Pastu unid campak kan tomato yang dicincang halus, sos spageti and daging kisar.Kacau and masak sampai kering...janganlah sampai kering kontang ok.Masa nak masak tu, masukkan sedikit garam, gula, blackpepper and mayonis.

Lepas tu, oleh sebab unid takde loyang 4 segi and unid tak nak guna loyang bulat tu(yang ini serius ikut kadar cerewet memasing nyer), unid ambik aluminium foil and bentukkan jadi macam acuan 4 segi yang match dengan kepingan lasagna tu.Unid guna tupperware empat segi sebagai model, jangan bakar dalam oven pulak tupperware tu.Refer pic below ya



Pastu unid hamparkan lasagna then sapu kuah yang dimasak tu.Ulang sampai yang kepingan sebelum kepingan last tu unid bubuh kuah and lapik ngan potato, tabur keju.Make sure la budget2 kuah tu masa sapu kat kepingan lasagna lapisan awal sebab end of lapisan silap ari bulan leh kehabisan kuah.So lapisan atas sekali unid tak sapu apa-apa disebabkan tak cukup kuah... kui kui kui.

Sila sapu kuah plus cheese kat atas ye, jangan ikut pic ini

Balut sebelum bakar

Ok ..pastu bakar dalam oven suhu unid bantai 150 darjah selama 30 minute.Kalau ikut instruction yang kat packet lasagna tu dia kata 25 minute jer.So suka ati la korang nak bakar berapa pun.Jangan hangus sudah yer.

Setelah masak ade beberapa perkara yang boleh improve
1)Make sure sapu kuah kat lapisan atas sekali, sebab kuah tu yang tolong bagi lasagna tu lembut.My case sebab syok dok sapu kuah kat lapisan bawah sekali bahagian atas tak cukup.So bahagian atas tu jadi kering.Terpaksa Unid tabur cheese plak

2)Make lasagna tu rendam sampai lembut.Cuba cari tips kat google.Sebab kalau tak berapa lembut, boleh jadi nanti rasa tepung.Terpaksa la sambung bakar lagi.

3)Sila la cari and google recipe sebenar selain sini, sebab sini memang pakai hantam jer tau.Tak dijamin tau!

Tada... final result dari amatur.Sedap  dimakan bersama Ribena :)


Nota: unid tidak bertanggungjawab atas sebarang result gara-gara anda ikut recipe ni.Tapi kalau jadi..alhamdulillah :P

Comments

Popular Posts