After 4 months

FYI, dah sebulan lebih braces tak tertanggal.Gusi pun tak terasa sakit.Tapi yang paling penting gigi, mostly bergerak, terutama ada satu gigi yang terbaring tu, dah tertegak.Alhamdulillah.

Oleh kerana tak tertanggal, maka malas lah saya nak berjumpa dentist especially bila last appointment dia ada cakap pasal nak cabut gigi bongsu.Seriously bila dia bercerita pasal cabut gigi, unid dah naik seriau.Memanglah biasa orang cakap pakai braces memang nak kena 4 gigi cabut.Tapi disebabkan damon braces dan juga case saya rasanya takde lah memerlukan extraction.Jadi doktor pun tak mendesak, she just said ,"we'll see how okay."

At last, Jumaat hari itu saya buat juga appointment dengan dentist.Sebab nak bagi doktor check dan juga bayar ansuran.Doktor check, and dia cakap, "Bagus, gigi you terjaga." Unid kembang jugaklah and terkejut sebab unid tak pantang pun makan.Unid makan apa yang boleh, epal tu sebab unid takleh nak gigit.Kalau boleh semua unid belasah jer.Terfikirjuga kut-kut berlaku kerosakan ke, dah la berus ortho tak jumpa.Asyik pakai berus lembut and interdental jer.Tengah dok consider nak pakai berus yang auto tu pulak.But doktor nasihatkan tak perlu.So save my money :)

Oleh sebab dah empat bulan dah pakai since Oktober.Doktor suruh assistant dia tukarkan wire.Pakai 014 punyer.Unid sendiri pun tak faham, tapi jangan bayangkan getah berwarna warni tu, Damon punya wire takde baby pink , blue punya getah.Besi semata.Unid tanya apa beza dia?Assistant dia cakap size.Untuk apa?Doktor kata untuk broaden kan gigi.So bila senyum nanti gigi nampak penuh.

Unid tanya bila boleh tarik?Doktor cakap kena bagi dia broaden dulu, lepas tukar tali yang keempat dan kelima baru boleh tarik.Unid tanya sebab semua orang tanya unid ,"Doktor tak tarik lagi ke?"So jawapannya tak lagi.Rasa macam maybe 6 atau 7 bulan lagi la kut.

Doktor juga suruh tampal lagi satu braces no 7 kat gigi bawah yang kat belakang.Dia kata yang tu pun dia nak gerakkan keluar.So teeth...move !Jangan lompat dah la ye.

Tapi at last bila doktor tengok, hummm... "I tak berani jamin kalau tak kena extraction ye.Kita tengok how it goes ye."

 So gigi unid yang comel , behave and gerak cantik-cantik.Hopefully takde siapa yang kena tendang

Ini muka saya selepas dipasang wire baru.Sekarang dah terasa sakit balik.Maknanya gigi tu tengah beratur la tu. :)



Comments

Popular Posts