Tuesday, February 14, 2012

Raikan Cinta Setiap Hari Selamanya

Hari ini sentiasa penuh kontroversi.Kenapa ya?Saya berharap mereka yang menyambutnya dengan tema raikan cinta..meraikan sentiasa.Bukan hanya untuk sekadar hari ini, waktu harga mawar dan coklat melambung.Tapi setiap masa, selamanya.
Kepada mereka yang tidak menyambutnya, saya tidak rasa pun ada salahnya untuk mengabaikan hari ini.Cuma jangan ada benih benci yang tersasul.Jangan setiap hari kita sayang, tiba-tiba hari ini jadi hari pergaduhan.
Mungkin saya tak faham, tapi yang pasti sesuatu yang baik hendaklah dilakukan dengan berterusan(istiqamah).Dan istiqamah itu sebenarnya berat.

Ya Allah, pupuklah cintaku terhadap Mu.Hati ini jika tanpa perhatian Mu walau sesaat ianya hanyut.

No comments:

Post a Comment