7 Habits of Highly Effective People Part 1

Assalamualaikum.

Okay, hari tu unid ada mention yang unid ada baca satu buku ni kan.Alaa..masa unid excited pi QB awal tu.Tajuk dia The 7 Habits of Highly Effective People by Steven R. Covey.

Sebenarnya unid banyak baca buku pasal Self Enrichment, bukan pasal unid minat sangat pun.Tapi disebabkan unid ni negatif person and always face hardship in my life (unid tau bukan unid sorang jer)...but reading those book is such a reminder to me.Even though it is not likely I will follow all the book instruction.I am not be able to do that pun tapi I think at least I read something good and get different opinion in facing hardship.Buku-buku yang paling unid suka baca sebenarnya based on true story contoh From Beirut to Jerusalem,Three Cup of Tea etc.Tapi unid baca jer tak kira jenis, novel cinta Bella ngan Edward tu pon unid baca.Pastu berangan jadi pontianak...pontianak pakai braces.

Okie dokie..let's talk about the book.What I know this book is very old.Maksudnya dipublishkan pada tahun 1989 if I m not mistaken.Tapi disebabkan best, they keep publishing it.So, I think the content should be amazing right?

Macammana unid boleh nak baca buku ni?Actually buku ni suggested by my friend when I was hiking with her at Pantai Kerachut .Kebetulan officemate unid nak pi Pesta Buku, so unid pesan kat dia.Tapi malangnya, that book cannot be found and he lend me his wife's book.Baiknya hati kan?Moga moga dirahmati.So buku ni unid pinjam jer.

Cover depan buku.
 Belakang.


Okeh, buku ni author dia kata seeloknya bacalah seolah-olah kita kena share within 48 hours.So unid tulish kat sini sikit-sikit.Kira share la kan?Kan?Hempuk kang?:">

Dalam hidup kita, kita menghadapi pelbagai cabaran yang secara overall nya boleh dikategorikan seperti di bawah:

1)Fear and insecurity
Takut dengan masa depan, takut hilang kerja,takut orang kata.Hidup dalam ketakutan.Dalam mengatasi ketakutan tersebut, kita secara tak sedar berusaha untuk menjadi independent.Which is good tapi secara tak sedar menjadi selfish.Aku jaga diri aku, kerja aku supaya aku dapat kebahagiaan sebenar.Padahal kita sebenarnya hidup dalam alam interdependent.Apa itu interdependent?Maknanya adalah kita berdikari tetapi kita juga bergantung kepada sesuatu.Well, only Allah berdiri dengan sendiri, we still need to depend on him.So interdependent is -independent  plus dependent.Gittew!!Pepandaila korang.

2)"I want it now!"
Oh sangat setuju dengan pendapat penulis ni.Sekarang bila kita nak something, kita mahukan cepat, SEKARANG!!Nak duit.Nak rumah besar,kereta besar,bini besar eh?Nak semuanya,I deserve it.Tambahan pula kita hidup dalam masyarakat credit card whereby we can get it now at pay it later.*Uhuk.Kadang-kadang kita lupa nak ukur baju di badan sendiri.Kita rasa kerja kuat sahaja tak cukup, especially sekarang dengan kemajuan teknologi.Keinginan kita bermacam.*Berangan nak ipad,iphone haippp..

Kita jadi terdesak untuk ke depan, laju dan tepat.Dekat office boss demand the result,even kalau kita sakit kalau boleh nak sembuh la la tu jugak!

The need to produce today is today's reality.

Sakit kan?

3)Blame and victimism
Setiap kali kita ada masalah, kita akan pointkan kesalahan tu kat orang lain.
Kalaulah boss aku..
Kalaulah kakak aku..
Kalaulah bapak aku..
Kalaulah kawan aku...

Jarang sendiri kalaulah aku...sebab?Sebab dengan blaming orang kita akan rasa kurang stress,kurang painful.Tapi it just temporary relief kan?

4)Hopelessness
Bila kita terfikir bahawa kita ini mangsa kepada orang lain, kita akan putus harapan.Anak-anak akan putus harap sebab mereka fikir mereka adalah mangsa kepada ibu bapa mereka.
we lose hope,we lose drive,we settle into resignation and stagnation

aku hanyalah boneka, tidak dapat berbuat apa-apa?aku hanyalah serangga di bumi yang besar ini??Eh...

5)Lack of life balance
Adei..lack of  balance.Unid makan banyak kerja sikit?Tak balance kan?
Hidup dalam zaman platform whereby semuanya di ujung ujung jari ni memang demanding.Dalam banyak-banyak perkara kenapa mesti kerja kita yang paling penting.*Uhuk.
Padahal adakah kerja kita punca masalah ?Kerja kita adalah engine of life?Kita hidup dalam culture

go in earlier,stay later,be more efficient,live with sacrifice for now--but the truth is that  balance and peace of mind are not produced by these;

Uhuk uhuk uhuk...batuk sebab terkena kat hidung sendiri.*Usap idung.

6)What's in it for me?
Kita hidup dalam persaingan.If we want something, we need to look for number one.

Life is a game, a race,a competition, and you better win it.

Kawan persekolahan,kawan sekerja,adik beradik,sedara mara semua seperti competitor.Mesti kawin dulu dari...mesti dapatkan husband yang lagi baik dari...mesti pandai dari... dan makin banyak mereka menang, makin sikit kita dapat.

Memang kita jadi baik hati , let them be, i am  happy for you but privately so many of us makan hati bila lihat orang dapat tapi kita tak dapat while we are chasing the same thing.Kan?Kan?

7)The hunger to be understood
Ramai yang berpendapat, untuk mempengaruh sesuatu adalah dengan menyuarakan pendapat dengan jelas.Kelantangan dan kebebasan bersuara.Ya , penting tapi bila kita sibuk nak bercakap kita lupa nak mendengar.Kita jadi sensitif untuk mendengar,kita takut nak mendengar especially reality ,pendapat orang lain tentang diri kita.Kita mahu mereka faham,jadi kita bersusah payah untuk bercakap tapi kita tanak mendengar.

Our cultures cries out for,even demands,understanding and influence.However,the principle of influence is governed by mutual understanding born of the commitment of at least one person to deep listening first.

8)Conflict and differences
Kita banyak persamaan tapi kita sangat berbeza.Pelik kan?Cara berfikir,apa yang value untuk diri kita,berbeza.Selagi kita tak dapat apa yang kita nak, we never we agree with other people kan?

9)Personal stagnation
Stagnation, unid siap google lagi makna dia.Tapi in malay maknanya 'genangan'...apakah itu?Unid tak berapa sure tapi rasanya macam stuck.Air yang tak mengalir,tidak productive.Sila-silalah cari makna and let me know okay?

Manusia secara semula jadi terdiri dari body,mind,heart and spirit.Tapi cuba kita lihat macammana element element ini menjadi stuck.Budaya kat bawah ini adalah apa yang kita selalu buat,principle adalah yang sepatutnya kita buat.

Body
Budaya: kekalkan gaya hidup ,kalau sakit settlekan dengan ubat-ubatan.

Principle:mencegah penyakit dan masalah dengan mengubah gaya hidup untuk menjadi harmoni dan lebih sihat.

Mind
Budaya:banyak tengok tv-"entertain me". Uhuk uhuk..saya suka tengok tv especially stress.

Principle:Banyakkan membaca dan mencari pengetahuan secara berterusan.

Heart
Budaya:Memanipulasikan hubungan untuk mendapatkan sesuatu,selfish interest.
Principle:memahami,respek,mendengar dan serve others brings greatest fulfillment and joy.

Spirit
Budaya: succumb to growing secularism and cynicism.*tatau den nak explain,faham kan sendiri ya.
Principle:kenal pasti punca keperluan kita,tujuan kita -pendek kata believe in Allah.

Fuh... baru beberapa muka surat unid baca tapi panjang giler kan?So itulah antara permasalahan / cabaran yang dihadapi manusia yang telah dikenal pasti oleh penulis.Check balik apa masalah kita,so mungking after that kita boleh focus pulak dengan solution.

Penat wooh nak type.Nanti unid sambung lagi, and share apa yang unid baca.Setakat ni ja dulu.

Jumpa lagi.Bye.

Comments

Popular Posts