Antara pertimbangan dan realiti.

Wah kemain tajuk.Whatever~

Beg tangan unid yang itam tu dah lama dah.Mengelupas sana sini tapi still boleh pakai.Unid plan nak tukar tapi malas nak jenjalan so pakai jer la beg tu.

Nak dijadikan cerita 1hb Dec ,unid ikut member pi kenduri tahlil kat Pondok Mat Nahu di pedalaman Sik.Lepas abis semua, member unid drop unid kat Suntech sebab unid park kereta kat situ.

Before balik kampung, pi order burger bakar kat depan CIMB tu.Unid order empat ketul sebab nak bagi famili rasa.Nak beli seorang seketul takut tak abis sebab besar gak portion dia.Sementara tunggu burger siap unid masuk Sun Shine kononnya nak window shopping.

Takde nyer window shopping sebab sekarang tengah Christmas Sales.Pulak tu nampak Sales dekat bahagian beg, heh macam orang mengantuk disorong bantal.

So unid pun apa lagi ..dok belek beg jer la.Nak cari yang simple dan comey dan boleh sling.Agak-agak burger yang unid order tu dah sejuk dibuatnya.

Last-last terjumpa yang satu ni.Cantik,simple dan boleh dibuat sling bag.Terus angkut beli.Malam tu jugak balik kampung menciwi, semua barang susun elok-elok.Mak tengok pastu perli.

"Susun elok-elok, pastu nanti cari barang tak jumpa goh balik semua."

Tehee..Unid pakai la untuk beberapa hari tapi unid perasan sesuatu.

Biji daun yang tergantung cantik kat beg tu sebenarnya tak practical.Ianya keras dan menggerutu so bayang kan setiap kali terlanggar pintu kaca atau pintu kereta.Menyebabkan calar.

Masa unid beli unid nampak benda tu cantik, tapi tak terfikir tentang practicality.Sekarang bila dah terscratch kereta dan pintu baru terfikir.

Ianya cantik tersangkut tergantung kat situ tapi tak berapa nak practical.Now I have to be more careful bila nak buka pintu kereta atau pintu kaca.Selalu pakai secara terbalik, and I am thinking on how to remove that stuff without make my bag ugly.

Plus material beg tu agak keras dan kurang flexible berbanding yang dulu.Ianya kemas tapi agak susah nak sumbat buku atau barang yang keras cth. botol air ke,lotion ke.

Masa nak beli segala faktor telah dipertimbangkan tapi bila pakai baru kita dapat rasa how that bag suit with our eeal life situation.Unid still suka sebab ia kecik kemas tapi kalo untuk dibawak travel jauh jauh mungkin kurang sesuai.

Comments

Popular Posts