Tuesday, November 14, 2017

Ubah

"Takper la, kau kerja doktor.Gaji banyak."

"Takper la, kau dah success.Jual apa jer , laku.Aku nak start jual sehelai tudung pun siksa."

"Takperla, kerja kau flexible.Tak macam aku 9-5.Tu pun kadang-kadang lajak kut."

"Takper la, hidup kau senang.Bolehlah nak happy.Aku susah nak happy macam mana?"

"Takper la, anak kau ramai.Aku dua orang jer , dua dua kahwin semua jarang balik."

"Takper la, anak kau sikit.Aku lapan jenuh nak urus weh duit pun habis banyak."

"Takper la,kau single lagi.Boleh lah pergi merata.Takde commitment."

"Takper la.Kau dah kahwin, aku ni tatau bila nak dapat jodoh."

"Takper la...

And the list is goes on, non stop.Apabila disuruh buat perbandingan apa yang kita takde,cepat jer kita compare dengan orang lain.Dan bila kita compare dengan orang lain selalunya kita akan check apa yang kita tak ada dan apa yang orang lain ada.Hasilnya kita yang merana.

Kita jarang nak check apa yang orang lain ada dan apa yang kita ada.

Itu yang membuatkan kita tak yakin, sedih, negatif dan jealous.Bila kita susah, kita compare dengan orang yang kita nampak senang bukan dengan orang yang susah.

Yang ini unid sangat respek dengan mak unid.Dari kecik bila sesuatu yang buruk berlaku dia akan tegaskan, "Takper la, ada orang yang lagi susah.Sekurang-kurangnya ..."

Dia akan gunakan perkataan "sekurang-kurangnya atau dalam English "at least.." disambung dengan ayat yang menyatakan kenapa kita patut bersyukur.

Kadang-kadang unid rasa annoying juga.Sampai ada satu tu dia keluarkan ayat."Lembu yang takde akal tu pun berusaha nak hidup.Takkan manusia yang ada akal ni tak boleh.Takkan Allah nak biarkan kita padahal dia bagi kita hidup.Selagi kita hidup mesti ada jalan.Kita yang kena usaha cari jalan tu." Amboi, lembu pun keluar.Tapi logiknya, jika binatang dan pokok tak pernah putus asa kenapa kita manusia nak putus asa?

Ayat-ayat di atas sebenarnya memberi peluang untuk kita putus asa dan berhenti berusaha.Manusia dilahirkan untuk berubah.Manusia tak dilahirkan semula jadi pandai, menarik, kaya dan cantik.Manusia yang hebat selalunya dicabar dengan pengalaman pengalaman yang hebat.Kita mungkin tak sedar perkara yang buruk yang terjadi sekarang adalah pengalaman yang hebat.

Kita menganggur sekarang, semua orang mencemuh.Kita boleh habiskan masa kita dengan mengarang ayat,"takperla..." atau bina hidup.Suatu hari nanti kita akan lihat pengalaman kita menganggur tu adalah titik permulaan sesuatu yang hebat.Soalannya bila kita nak mula tulis titik permulaan tu?Ianya takkan terhasil dengan berangan tanpa usaha.

Rugi bila kita abaikan perkara-perkara buruk yang terjadi ni tanpa mengubah ia menjadi hebat.Antara contoh ayat yang typical.

"Takper la dia pandai bahasa English, aku tak pandai."

Instead of guna ayat tu as a full stop dan berhenti berusaha, fikir balik dan tanya soalan pada diri sendiri.

"Kenapa aku tak pandai English?"

Adakah sebab aku tak belajar?Eh... aku dari tadika dah start belajar bahasa English.Logik ke kalau dari kecik belajar tapi tak reti lagi.Adakah aku tak belajar bersungguh-sungguh?Eh, aku belajar dapat A lagi dalam English SPM.

Habis tu kenapa?Tengok balik dalam diri.Allah nak tunjuk jalan tu.Jawab soalan tu dengan jujur, inshaaAllah mesti Allah bagi jalan.

"Adakah sebab aku takut nak bercakap dengan orang?Kenapa takut bercakap dengan orang?"

Takut salah.Takut kena gelak dengan orang. Jika bukan takut, teruskan bertanya lagi "kenapa" kat diri sendiri.Tapi kalau dah rasa jawapan tu tepat, mari kita kaji masalah ketakutan tu.

Sometimes kita admit dengan jawapan tu  tapi kita akan akhiri dengan ,"takperlah kau berani.aku pemalu."

Tu godaan setan untuk kita putus asa.Especially kalau nak buat benda benda baik.Cuba kalau mengata belakang orang, takde lah pulak istilah pemalu atau takut.

Takde orang dilahirkan jadi berani.Masa baby kita takut macam macam.Kita takut dengan mop, berus sabut, topi keledar dan bermacam macam tapi sekarang kita berani kenapa?

Berani adalah skill, kena practices baru jadi berani.Takut nak travel sesorang, cubalah sekali.Jangan pula pi travel without study, jangan terjun laut tanpa ada safety jacket atau swimming knowledge.Itu bukan berani, itu bodoh.

Keyakinan, keberanian boleh dipupuk,same goes with happiness, hardworking, pembersih and other positive attitude Semua boleh dilatih.Jangan tunggu lama-lama nak jadi manusia yang lagi baik dari semalam.Setkan objective untuk diri kita.

Walaupun kita kata nak ubah diri sendiri susah tapi sebenarnya nak ubah orang lain lagi susah.Tak percaya trylah ubah orang lain, you may end up mengumpat setimbun, tak bercakap setahun and last last apa yang berubah?Silap silap kita pula yang berubah jadi lagi buruk.

Sebab tu orang kata, nak ubah dunia , ubahlah diri sendiri.

Jadi bila kita start rasa negatif dan start membandingkan diri dengan orang lain,cepat cepat stop dan bersyukur.Listkan apa yang kita perlu buat jika betul kita nak benda benda baik yang berlaku kat orang lain tu jadi kat kita.Terus grab buku dan tulis.

Percayalah perkara-perkara baik yang kita selalu nampak jadi kat orang lain tu come with price.Pricenya adalah usaha keras.Tapi jangan pula kita cakap ,"anak cheta tu lahir jer kaya, takyah nak usaha keras."

Itu kesilapan utama kita sebab kita fikir nikmat tu dalam bentuk kekayaan jer.Cuba fikir, kalau kita usaha keras dan jadi kaya, ianya membuatkan kita manusia yang lagi baik sebab kita pernah berusaha.Jika katalah kita dah berusaha tapi still tak kaya, usaha keras kita mungkin membawa perkara yang lagi baik dari kekayaan.Allah janji akan bagi sesuatu yang baik untuk orang yang berusaha.Jika tak ada usaha, kekayaan pun boleh jadi perkara yang buruk.

Tau tak coca cola, ianya dihasilkan dengan secara tak sengaja.Yang buat coca cola tu sebenarnya nak buat ubat penenang.Tapi tah tersalah bancuh so secara tak sengaja terhasillah minuman yang sekarang ni dikenali sebagai Coca Cola.Ini unid baca dari buku Sometimes you win, Sometimes you learn. Bayangkan punya eagernya nak menghasilkan ubat penenang.Mesti kena baca banyak buku , buat eksperiment beberapa kali tapi takdirnya tak menjadi ubat penenang, jadi soft drink pulak.

Ingat.

"Those things that hurt, instruct"-Benjamin Franklin





Jumpa lagi .
💖unid

1 comment:

  1. Awesome 2017

    Yes,unid..bkn senang nk ubah. I love this post, very good sharing. Mmg kita selalu ja ada alasan utk give up.. tp actually itula cabaran yg sebenar kalu nk bjaya.. cabaran utk maju n not giving up at the middle of the journey.. tp actually bila dh bjaya melepasi halangan tu, rewardnya sgt2 bernilai..

    Love,
    Cheerah

    ReplyDelete